. 28hb.
Ogos, 2015 jam 11.00 pg mengadakan lawatan tidak rasmi ke Ampangan Chenderoh,
Perak. Ampangan elektrik hidro ini ditubuhkan pd 1927 dgn fungsi sebagai
pembekal tenaga elektrik hidro dan mengawal banjir. Telah mengalami evolusi dan
transformasi ke arah kemajuan dlm meningkatkn fungsinya termasuk menaiktaraf
kuasa generator, turbin dan tranformer. Lawatan ini telah memberi ilmu dan
pengalaman baru kpd saya dari aspek pengeluaran tenaga elektrik hidro dan
aktiviti hilirannya. Dulu tertutup ttp kini
janakuasa ini sgt sesuai dilawati oleh pelajar Sains peringkat sekolah, kolej
dan universiti. Nostalgia: Arwah ayahanda saya pernah berkawal di sini pd thn
1971/72 utk menjaga keselamatan empangan ini dpd dicerobohi anasir komunis.
Lazimnya setiap kali ayah balik bercuti ada ole-ole yg dibawa pulang bersama
berupa ikan air tawar spt jelawat, tenggalan, patin, sebarau dll. Dan hujung
mingu itu hidangan kami menjadi saat yg ditunggu-tunggu bersama adik-adik utk
merasai masakan gulai lemak dan masak cuka ibu yg lazat dan dikongsi bersama
jiran-jiran. Habis cuti ayah akn kembali bertugas di empangan Chenderoh dan
kami bertanya bila ayah akn balik bercuti lg...ayah tersenyum, diam dan
melangkah pergi....ibu mengusap2 rambut kami sambil melambai2
tgnnya....Kehidupan perlu diteruskan spt mengalirnya air Sg Perak ke muara
menerusi Ampangan Chenderoh yg byk berjasa....
No comments:
Post a Comment