IPOH:
UMNO dan Barisan Nasional (BN) disaran supaya tidak hanya
‘tunggu dan lihat’ berikutan senario pergolakan
ideologi yang meruncing dalam komponen parti pembangkang kini.
Malah
komponen parti tersebut seharusnya mengambil peluang tersebut untuk
melaksanakan analisa dan membentuk srategi yang lebih baik
untuk terus memperkukuhkan parti.
Menurut
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak merangkap Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pergolakan yang berlaku dalam
parti pembangkang kini merupakan senario kemantangan pihak
masing-masing.
“UMNO
dan BN katanya melihat perkembangan ini dengan teliti serta merangka
pendekatan dan startegi yang terbaik bagi menghadapi perkembangan
politik era ini.
”
Katanya
ada pengumuman pada 14 September ini jadi kita tengok lah..,”
katanya mengulas mengenai penubuhan Parti baharu Gerakan Harapan
Baharu yang diuar-uar akan menggantikan PAS.
Tambahnya
lagi, sejarah perkembangan politik tanah air sentiasa berubah apabila
sesebuah pertubuhan parti yang dominan telah pun berada di persada
politik tanah air atau dalam landskap politik dalam satu jangka masa
yang lama.
Katanya
lagi, perpecahan yang berlaku biasanya terjadi disebabkan
oleh serpihan-sepihan komponen yang tidak berpuas hati dan
sebulu dengan cara perjalanan parti tersebut.
“Ianya
pernah berlaku sendiri dalam UMNO, MIC, MCA dan sebagainya dan
kumpulan-kumpulan ini akan berhadapan dengan suasana yang
mencabar bagi mengharunginya,” katanya.
Beliau
berkata demikian sejurus selepas menghadiri majlis Ramah Mesra
Aidilfitri Pesara-pesara kerajaan peringkat negeri Perak di kediaman
Menteri Besar hari ini.
Tambahnya
lagi sejarah juga telah membuktikan dengan kewujudan pelbagai
badan yang tertubuh daripada pelbagai parti dan akhirnya terkubur dan
tidak dapat tampil sebagai parti sebenar.
“Kita
tidak boleh hanya melihat tanpa melakukan sebarang analisa berhubung
situasi berkenaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment