Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Tuesday 18 August 2015

Rumah Baharu Untuk Asnaf-










Buat pengetahuan sahabat FB Zakat Perak sekalian, pada 17 Julai 2014 yang lalu, rumah yang didiami oleh Encik Tajudin Bin Hashim telah musnah dalam kebakaran.
Alhamdulillah, melalui Projek Jiwa Murni iaitu salah satu program di bawah NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan), kerjasama antara pihak Majlis Agama Islam Dan 
'Adat Melayu Perak (MAIPk), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta Pejabat DUN Batu Kurau telah berganding bahu untuk membantu Encik Tajudin Bin Hashim sekeluarga.
Sebagai makluman, sehingga Julai 2015 pihak MAIPk (Baitulmal Perak) telah membina hampir 300 unit rumah bagi Asnaf Fakir dan Miskin di seluruh ini. Kediaman ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu Jenis A (3 Bilik) yang bernilai RM44,000.00 seunit dan Jenis B (2 Bilik) yang bernilai RM38,000.00 seunit tertakluk kepada jumlah isi rumah.

Jutaan penghargaan diucapkan kepada para pembayar zakat sekalian, dengan zakat yang dikeluarkan oleh tuan/puan sekalian, ianya memberi seribu erti kepada para asnaf ini untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih, moga Allah memberkati rezeki kalian.

No comments:

Post a Comment