KUALA
LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan
hasil tambahan yang diperolehi melalui Cukai Barang dan Perkhidmatan
(GST) akan lebih membebankan rakyat.
Katanya,
rakyat perlu membayar lebih untuk segala-galanya yang mereka beli,
seterusnya mengurangkan kuasa rakyat sebagai pengguna.
“Dalam
erti kata lain, rakyat telah menjadi lebih miskin untuk memperkayakan
Kerajaan,” Mahathir berkata demikian melalui penulisan terbarunya
pada laman blog milik beliau, chedet.cc.
Ujarnya,
walaupun bukan kesemua barangan dikenakan GST, tetapi harga perlu
dinaikkan kerana pemborong yang membekalkan barangan kepada peruncit
perlu membayar GST kepada kerajaan.
“Kemudian
peruncit pula perlu mendapatkan kembali kos mereka dengan menekan
harga yang lebih tinggi ke atas pengguna yang mana pada akhirnya,
rakyat juga yang perlu menanggung kos GST ,” jelas beliau.
Mahathir
dalam penulisannya juga telah menyatakan bahawa kerajaan boleh
mengelakkan pelaksanaan cukai tambahan tersebut dengan mengurangkan
kos perbelanjaan.
“Memberi
wang kepada rakyat dengan harapan untuk popular sedangkan rakyat
tidak benar-benar memerlukan wang.
“Lebih
baik jika kerajaan melatih rakyat untuk meningkatkan pendapatan
mereka, dan apabila pendapatan meningkat, ianya akan memberi
kelebihan terhadap hasil kerja ,” tambah beliau lagi.
Beliau
turut berkata, kenaikan gaji tanpa ada peningkatan di dalam
produktiviti turut akan mengakibatkan peningkatan defisit.
Tegasnya,
jika kerajaan boleh menguruskan kewangan negara dengan lebih baik,
GST tidak perlu dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment