Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Wednesday, 13 May 2015

“PM Perlu Tampil Perjelas Isu Yang Timbul Kepada Rakyat”: Pemuda BN Perak





IPOH: Pemuda Barisan Nasional Perak memohon agar kepimpinan tertinggi iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk memberikan penjelasan yang lengkap bagi menjawab segala isu-isu yang menimbulkan kegusaran rakyat kini.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor pelbagai isu timbul antaranya seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), perumahan generasi kedua Felda dan terbaru kini pembelian aset oleh Lembaga Tabung Haji.
Semua ini dilihat semakin berterusan dan menjadi gunting dalam lipatan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan sedia ada,” katanya lagi.
Ujarnya lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan mengenai isu tersebut yang semakin berlegar di ruang maya dan menjadi buah mulut rakyat.
Pilihan raya kecil baru-baru ini turut dijadikan medan bagi pihak pembangkang untuk terus menimbulkan kebencian rakyat kepada kepimpinan.
Akibat daripada isu-isu ini dan juga kesilapan penjelasan oleh segelintir pemimpin juga mendorong kepada akibat amat dahsyat dikemudian hari dikhuatiri mengakibatkan kekalahan besar dalam pilihan raya akan datang,” jelasnya lagi.
Sarannya lagi, Perdana Menteri yang merupakan selaku presiden parti juga perlu menjawab dan memberi penjelasan kepada rakyat terhadap isu tersebut bagi memastikan kepercayaan serta keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN tetap kukuh.
Ini adalah harapan dan suara rakyat yang kami semua dengar dan memohon penjelasan secepat mungkin,” katanya.

Jelas Hairul lagi, Perdana Menteri perlu menjelaskan sendiri perihal isu  pembelian aset oleh Lembaga Tabung haji secara lengkap dan telus supaya dapat menangkis fahaman negatif beranggapan ianya digunakan untuk menampung dana 1MDB.

Tuesday, 12 May 2015

Tahniah Semua!!!



Tahniah kepada YAB Dato Seri DiRaja Zambry Kadir dan semua ahli Exco Perak yang dilantik semula untuk tahun 2015. Semoga diteruskan segala usaha yang murni demi rakyat

Monday, 11 May 2015

Throback:Program Sukarelawan Mahasiswa Gabungan Perak dan Pulau Pinang di Permatang Pauh



















Alhamdulillah...
Terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Dr. Hj. Muhammad Amin Zakaria, Exco Pendidikan Negeri Perak dan ADUN Batu Kurau bersama Isteri serta rombongan daripada Pusat Khidmat DUN Batu Kurau yang sudi hadir dan seterusnya bersama mahasiswa dalam ramah mesra bersmaa masyarakat Kampung Tanah Liat baru-baru ini..
Terima kasih diucapkan kepada Yayasan Perak atas penganjuran progran sukarelawan mahasiswa serta team BNYV Pulau Pinang dan Perak yang tergolong dari kalangan mahasiswa USM dan UITM yang turut serta turun membantu masyarakat dalam program ini.
Terima kasih kepada team perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur yang terdiri dari lepasan Mahasiswa Universiti Kedoktoran di Indonesia yang turut bergabung tenaga dalam memberi rawatan yang baik serta melayani masyarakat dalam program sukarelawan untuk kali ini.
Kredit for Ayman Penang dan yang terlibat menjayakan program sukarelawan ini


Sunday, 10 May 2015

Throback:Melawat Ke Rumah Petugas Larut Di Permatang Pauh







Terima kasih kpd Yb Dato Dr Muhammad Amin Zakaria beserta rombongan beliau yg hadir memberi sokongan kepada petugas larut di permatang pauh

Friday, 8 May 2015

Sekitar program Persidangan Rektor-Rektor Universiti Islam Asean pada 24hb - 26hb April 2015 di Labersa Grand Hotel & Convention Center, Riau. INDONESIA










Terima kasih kepada YB. Dato' Dr. Hj. Muhammad Amin Zakaria kerna sudi menghadirkan diri serta mewakili Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan selaku tuan rumah bersama Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kurdi, Rektor Kolej Universiti Sultan Azlan Shah dari KUISAS yang berperan besar dalam mesyuarat pembentukan ini.
Terima kasih juga kepada Pengarah Education Malaysia Indonesia (EMI) Prof. Juzhar yang sudi melapangkan diri untuk turut serta dalam persidangan ini yang mana turut serta hadir beberapa perwakilan dari kolrj dan Universiti-Universiti Islam di serata Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Brunei.
Terima kasih pada semua yang terlibat dan yang berusaha keras untuk maju terus membangunkan institusi pendidikan bagi umat Islam di asean supaya mampu memberi manfaat dan meningkatkan lagi mutu pendidikan yang lebih berkualiti di pentas antarabangsa serta memberi impak yang besar dan lebih positif untuk agama, negara dan juga dunia secara umumnya....

Thursday, 7 May 2015

Menghadiri Mesyuarat Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Lembangan Sungai Sepetang







Mesyuarat Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Lembangan Sungai Sepetang dipengerusikan oleh YB Dato Dr Muhammad Amin Zakaria (Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak) dan dianggotai oleh pelbagai agensi...Hasilnya, sepakat semua untuk melaksanakan Pelan - Pelan Tindakan jangka pendek dan panjang... termasuk TMDL