IPOH:
Pemuda Barisan Nasional Perak memohon agar kepimpinan tertinggi iaitu
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk
memberikan penjelasan yang lengkap bagi menjawab segala isu-isu yang
menimbulkan kegusaran rakyat kini.
Menurut
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor
pelbagai isu timbul antaranya seperti cukai barangan dan perkhidmatan
(GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), perumahan generasi kedua
Felda dan terbaru kini pembelian aset oleh Lembaga Tabung Haji.
“Semua
ini dilihat semakin berterusan dan menjadi gunting dalam lipatan
kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan sedia ada,” katanya lagi.
Ujarnya
lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memberi
penjelasan mengenai isu tersebut yang semakin berlegar di ruang maya
dan menjadi buah mulut rakyat.
“Pilihan
raya kecil baru-baru ini turut dijadikan medan bagi pihak pembangkang
untuk terus menimbulkan kebencian rakyat kepada kepimpinan.
“Akibat
daripada isu-isu ini dan juga kesilapan penjelasan oleh segelintir
pemimpin juga mendorong kepada akibat amat dahsyat dikemudian hari
dikhuatiri mengakibatkan kekalahan besar dalam pilihan raya akan
datang,” jelasnya lagi.
Sarannya
lagi, Perdana Menteri yang merupakan selaku presiden parti juga perlu
menjawab dan memberi penjelasan kepada rakyat terhadap isu tersebut
bagi memastikan kepercayaan serta keyakinan rakyat kepada UMNO dan
BN tetap kukuh.
“Ini
adalah harapan dan suara rakyat yang kami semua dengar dan memohon
penjelasan secepat mungkin,” katanya.
Jelas
Hairul lagi, Perdana Menteri perlu menjelaskan sendiri
perihal isu pembelian aset oleh Lembaga Tabung haji secara
lengkap dan telus supaya dapat menangkis fahaman
negatif beranggapan ianya digunakan untuk menampung dana 1MDB.
No comments:
Post a Comment