Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Sunday 2 August 2015

Akar Umbi Setia Di Belakang Najib



Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin nombor satu negara berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketuanya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pihaknya menganggap isu berkenaan sengaja dibangkitkan pihak tertentu yang sengaja mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selagi tiada bukti kukuh, Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka berdiri teguh di belakang kepemimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.
Sokongan tidak berbelah bahagi akan terus diberikan terhadap kepemimpinan negara kerana usaha kotor pihak tidak bertanggungjawab ini adalah kerja-kerja jahat musuh politik negara,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka, di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu laporan Wall Street Journal yang mendakwa hampir AS$700 juta dana 1MDB disalurkan ke akaun persendirian Perdana Menteri.
Abdul Razak berkata, selain dinafikan sekeras-kerasnya oleh Najib, semua pihak perlu menunggu bukti kukuh sebelum membuat pelbagai tuduhan termasuk menantikan laporan penuh Ketua Audit Negara berhubung isu itu.
Janganlah kita menggembar-gemburkan sesuatu perkara yang tidak tahu kesudahannya,” tegas beliau.

No comments:

Post a Comment