Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Friday 28 August 2015

Kerajaan Negeri Bertegas Isu Peneroka Haram



IPOH: Kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap tindakan peneroka tanah milik kerajaan secara haram dengan terus memberikan ruang kepada mereka untuk menjalankan kegiatan tersebut tanpa halangan.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ianya merupakan satu contoh amalan yang tidak baik kepada semua kerana masih terdapat kelompok lain yang masih mematuhi peraturan dan undang-undang telah ditetapkan.
“Mereka tidak dapat manakala rakyat yang meneroka secara haram boleh dapat kepentingan ini namun kawasan tertentu telah dinilai yang telah pun diteroka disebabkan masalah teknikal berkaitan dengan jabatan yang tidak dapat diberikan.
“Kawasan tersebut berkemungkinan tidak dapat diusahakan, malah dikawasan Pengkalan Hulu terutamanya mereka sedia maklum banyak permasalahan yang berjaya diatasi,” katanya.
Ujarnya lagi, perhatian kini tertumpu di dikawasan sempadan yang turut mendukacita apabila terdapat kawasan yang diteroka oleh peneroka haram berasal  luar daripada  negeri Perak sendiri.
“Tak akan kita nak biar orang luar daripada negeri Perak datang meneroka termasuklah di kawasan Tanjung Malim dan bukan hanya dikawasan sempadan yang dilihat tetapi juga mereka ini boleh beroperasi melibatkan tanah yang besar,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas membentangkan pembentangan pergulungan Sidang Dewan Undangan negeri Perak hari ini.
Tambahnya lagi, wujud juga satu gerakan yang begitu tersusun dilakukan oleh sindiket besar  malah perkara tersebut sedang giat dipantau serta turut melibatkan penyiasatan daripada satu pasukan khas termasuklah pihak Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak pejabat tanah.
Ujar Zambry lagi, pasukan khas telah mengesan tindakan sindiket yang menggunakan nama petani dan menerusi komplot dengan pihak tertentu bagi mencuri kayu balak serta penebangan hutan yang dilakukan sewenang-wenangnya.
“Kita tidak akan biarkan manakala rakyat susah sepatutnya mendapat hak tetapi dinafikan apabila mereka ini berselidung atas nama petani dan saya tidak akan membiarkan keadaan ini berlaku.
Ujarnya lagi, kerajaan negeri memahami dilema yang dihadapi para petani dan setakat ini juga sebanyak 44 ribu kes melibatkan golongan petani berjaya diatasi.
“Demonstari dibuat, Kerajaan Negeri dilihat seolah-olah langsung tiada hati dan perasaan dan tidak mengambil tahu nasib petani.Namun sehingga kini kita berusaha menyelesaikan pelbagai tempat dan masalah,” katanya.
Tegasnya lagi, tuduhan terhadap kerajaan negeri yang disifatkan seolah-olah tidak membantu para petani merupakan satu kenyataan pembohongan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Kita membantu 44 ribu kes para petani angka ini bukan menjadi bukti apa lagi bukti yang boleh ditunjukkan mengenai komitmen kerajaan membantu mereka.
“Sudah lama kita tubuhkan jawatankuasa yang turut melibatkan ahli pembangkang, contohnya dikawasan Malim Nawar bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah dikawasan itu,” katanya.

Ujarnya lagi, kes-kes yang melibatkan sindiket tertentu telah dikenalpasti malah tanah yang digunakan  bagi tujuan pembangunan baharu tidak boleh dibiarkan kerana ianya adalah untuk kepentingan rakyat.

No comments:

Post a Comment