Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Thursday 27 August 2015

5,190 Pelajar Daftar Sebagai MBK Hingga Jun 2015



IPOH: Seramai 5,190 pelajar telah mendaftar sebagai Murid Berkeperluan Khas (MBK) sehingga 30 Jun 2015.
Daripada jumlah tersebut, seramai 3,629 telah berada di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Rendah manakala 2,281 pelajar berada di PPKI Menengah.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, nisbah MBK berbanding murid perdana di negeri Perak adalah 1:70.
“Pecahan Murid Berkeperluan Khas mengikut daerah adalah seperti berikut Batang Padang seramai 389 pelajar, Manjung (621), Kinta Utara (1,173), Kinta Selatan (394), Kerian (573) dan Kuala Kangsar (595).
“Di Hilir Perak pula 563 pelajar, Larut Matang dan Selama (937), Hulu Perak (269) dan Perak Tengah (396),”katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Leow Thye Yih (DAP-Aulong), dalam Mesyuarat Kedua, Dewan Negeri, hari ini.
Katanya lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Program Pendidikan Khas, di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif.
“Sehubungan itu, pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk membolehkan bahasa ibunda digunakan dalam kelas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC),” katanya.
Ujarnya, sehingga 30 Jun 2015, terdapat lima SJKC yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi di negeri Perak antaranya SJKS Simpang Jalong (Kuala Kangsar), SJKC Nam Hua (Kerian), SJKC Sin Min (Larut Matang dan Selama), SJKC Aulong (Larut Matang dan Selama) dan SJKC Min Te (Manjung).

Tambahnya lagi, bagi mengatasi masalah kekurangan guru yang boleh berbahasa Mandarin, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sentiasa memberi peluang kepada guru aliran perdana di SJKC untuk memohon mengajar di PPKI.

No comments:

Post a Comment