IPOH:
Kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap tindakan peneroka tanah
milik kerajaan secara haram dengan terus memberikan ruang kepada
mereka untuk menjalankan kegiatan tersebut tanpa halangan.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir ianya merupakan satu contoh amalan yang tidak baik kepada semua
kerana masih terdapat kelompok lain yang masih mematuhi peraturan dan
undang-undang telah ditetapkan.
“Mereka tidak dapat manakala rakyat yang
meneroka secara haram boleh dapat kepentingan ini namun kawasan tertentu telah
dinilai yang telah pun diteroka disebabkan masalah teknikal berkaitan dengan
jabatan yang tidak dapat diberikan.
“Kawasan tersebut berkemungkinan tidak
dapat diusahakan, malah dikawasan Pengkalan Hulu terutamanya mereka sedia
maklum banyak permasalahan yang berjaya diatasi,” katanya.
Ujarnya lagi, perhatian kini tertumpu di
dikawasan sempadan yang turut mendukacita apabila terdapat kawasan yang
diteroka oleh peneroka haram berasal luar daripada negeri Perak
sendiri.
“Tak akan kita nak biar orang luar daripada
negeri Perak datang meneroka termasuklah di kawasan Tanjung Malim dan bukan
hanya dikawasan sempadan yang dilihat tetapi juga mereka ini boleh beroperasi
melibatkan tanah yang besar,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas
membentangkan pembentangan pergulungan Sidang Dewan Undangan negeri Perak hari
ini.
Tambahnya lagi, wujud juga satu gerakan
yang begitu tersusun dilakukan oleh sindiket besar malah perkara tersebut
sedang giat dipantau serta turut melibatkan penyiasatan daripada satu
pasukan khas termasuklah pihak Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan pihak pejabat tanah.
Ujar Zambry lagi, pasukan khas telah
mengesan tindakan sindiket yang menggunakan nama petani dan menerusi komplot
dengan pihak tertentu bagi mencuri kayu balak serta penebangan hutan yang
dilakukan sewenang-wenangnya.
“Kita tidak akan biarkan manakala rakyat
susah sepatutnya mendapat hak tetapi dinafikan apabila mereka ini berselidung
atas nama petani dan saya tidak akan membiarkan keadaan ini berlaku.
Ujarnya lagi, kerajaan negeri memahami
dilema yang dihadapi para petani dan setakat ini juga sebanyak 44 ribu kes
melibatkan golongan petani berjaya diatasi.
“Demonstari dibuat, Kerajaan Negeri dilihat
seolah-olah langsung tiada hati dan perasaan dan tidak mengambil tahu nasib
petani.Namun sehingga kini kita berusaha menyelesaikan pelbagai tempat dan
masalah,” katanya.
Tegasnya lagi,
tuduhan terhadap kerajaan negeri yang disifatkan seolah-olah tidak
membantu para petani merupakan satu kenyataan pembohongan daripada pihak yang
tidak bertanggungjawab.
“Kita membantu 44 ribu kes para petani
angka ini bukan menjadi bukti apa lagi bukti yang boleh ditunjukkan mengenai
komitmen kerajaan membantu mereka.
“Sudah lama kita tubuhkan jawatankuasa yang
turut melibatkan ahli pembangkang, contohnya dikawasan Malim Nawar bagi mencari
jalan terbaik menyelesaikan masalah dikawasan itu,” katanya.
Ujarnya lagi, kes-kes yang melibatkan
sindiket tertentu telah dikenalpasti malah tanah yang digunakan bagi
tujuan pembangunan baharu tidak boleh dibiarkan kerana ianya adalah untuk kepentingan
rakyat.