Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Sunday 30 November 2014

Hari Persidangan UMNO 2014






























Dato Dr.Muhammad Amin Zakaria Menghadiri persidangan UMNO di Kuala lumpur bersama perwakilan dari larut dari bermulanya hari persidangan sehingga berakhirnya persidangan umno di kuala lumpur.Alhamdullilah majlis persidangan berjalan dengan lancar dan baik di mana Presiden umno Datuk Seri Najib Razak telah membahaskan pelbagai usul serta perwakilan yang lain juga bagi memperkukuhkan lagi parti umno di masa akan datang.Sambutan yang di tunjukkan oleh ahli-ahli umno seluruh malaysia sangat baik sekali,ini menunjukkan parti umno di terima semua orang bagi menerajui negara kita malaysia khasnya orang melayu untuk maju lagi di masa hadapan.Syabas umno...

#PAU2014 Suara Solidariti untuk Rakyat Malaysia


Perhimpunan Agung Umno 2014 berakhir hari ini dengan satu mesej paling jelas iaitu solidariti untuk rakyat Malaysia.

Seluruh rakyat Malaysia tiada pilihan. Kestabilan politik dan perpaduan rakyat menjadi kunci utama bagi Malaysia kekal aman dan harmoni bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Keputusan mengekalkan Akta Hasutan 1948, ketegasan berhubung hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara, sebenarnya menjurus ke arah solidariti rakyat Malaysia.

Menggunakan pentas perhimpunan agung tahunan parti terbesar orang Melayu, yang mempunyai 3.47 juta ahli, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berani dan tegas berkata perkara berhubung hak istimewa berkenaan tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak.

Ini membuktikan kerajaan mendengar dan mengambil kira pandangan rakyat yang membantah pemansuhan Akta Hasutan berikutan beberapa isu dan tindakan segelintir pihak yang menyentuh perkara sensitif sehingga menimbulkan ketegangan kaum dan agama.

Laungan mesej Perdana Menteri berkenaan solidariti iaitu bersatu dalam satu angkatan yang kukuh dan padu bukan sahaja untuk solidariti Melayu dan bumiputera, solidariti Umno, tetapi yang paling penting adalah solidariti rakyat Malaysia.

Dalam keadaan Umno sedang menyongsong arus perubahan dan menghadapi landskap politik yang berbeza lagi mencabar, parti tonggak Barisan Nasional (BN) bukan sahaja bertanggungjawab terhadap Melayu dan bumiputera tetapi seluruh kaum lain.

Ketegasan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan adalah untuk melindungi keselamatan seluruh rakyat Malaysia dan bukannya orang Melayu dan bumiputera sahaja.

Walaupun tindakan itu dilihat satu pusingan-U selepas Akta Hasutan dicadang dimansuhkan pada Julai 2012 itu bukan sahaja dikekalkan, malahan diperkukuhkan dengan dua peruntukan khas bagi melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia

Kebebasan bersuara bukanlah segala-galanya. Demokrasi di Malaysia mestilah mengikut acuannya sendiri dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

"Ini mengenai perlindungan untuk semua. Kita tidak mahu konflik mana-mana agama dan etnik berlaku di negara ini. Kita akan lakukan yang terbaik untuk mencegahnya daripada berlaku, itu yang paling penting," kata Najib.

Mengenai Umno, Najib yang mengambil alih kepimpinan parti pada 2009, berkata parti itu mesti melahirkan barisan pewaris kepimpinan yang roh perjuangannya membara seperti pada mula-mula Umno ditubuhkan.

Mendengar keluhan dan rintihan anak muda yang ingin turut serta dalam perjuangan parti, Umno akan membuka pendaftaran keanggotaan secara online kepada anak-anak muda seawal usia 18 tahun, dan dikendalikan terus oleh bahagian pendaftaran Ibu Pejabat Umno pusat.

Bagi Umno merealisasikan peremajaan itu, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata peremajaan parti bukan sekadar menggantikan orang lama dengan orang muda sebaliknya diterjemahkan dalam konteks menyeluruh.

Para perwakilan yang menghadiri perhimpunan termasuk peringkat sayap, seramai 5,739 orang, rata-rata bersetuju gandingan pemimpin lama dan baharu penting dan diperlukan bagi memperkukuh parti meraih kembali sokongan rakyat, khususnya generasi muda.

Perhimpunan agung yang saban tahun dinantikan banyak pihak membicarakan pelbagai isu menyentuh agenda memperkasakan ekonomi orang Melayu dan bumiputera, memartabatkan agama Islam dan akses pendidikan serta hala tuju parti bagi memastikan parti itu sentiasa memenuhi aspirasi rakyat keseluruhannya yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

Saturday 29 November 2014

Najib Kembalikan Keyakinan Orang Melayu



BLOG ZAMKATA - Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sekaligus telah mengembalikan keyakinan terhadap kepimpinannya untuk masa depan Melayu dan negara ini apabila beliau mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan di Perhimpuan Agung UMNO di Kuala Lumpur pada Khamis.

Malah, katanya, bukan sahaja akan dikekalkan tetapi akan dipertahankan dan diperkukuhkan untuk menjamin kesucian agama Islam dan  mencegah penghinaan kepada agama lain dan dengan itu juga, akan membolehkan  tindakan diambil terhadap anasir -anasir yang mahu memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Pastinya pengumuman Najib  menghapuskan anggapan buruk, prasangka dan persepsi terhadap beliau sebagai seorang yang telah tunduk kepada golongan liberal dengan  menunjukkan dirinya sebagai seorang Melayu dan sebagai penerus warisan perjuangan ayahnya, Tun Abdul Abdul Razak.

Benar- ‎benar  ucapan dan jaminan ini ditunggu  oleh para perwakilan kerana apabila sahaja Najib menyatakan bahawa beliau sedar apa yang sedang ditunggu oleh para perwakilan dan pada ketika itu, mereka telah pun bertepuk dan Najib meminta mereka bersabar kerana beliau tahu apa yang mereka mahu dengar.

Sebaik sahaja pengumuman untuk kekalkan Akta Hasutan 48 itu diumumkan oleh beliau, para perwakikan menyambutnya dengan tepuk sorak bergemurah dan bangun bertempik sorak dengan penuh semangat. Syabas Najib!  Daya kepimpinanmu terserlah untuk meneruskan agenda bangsa dan negara dengan adil dan saksama tanpa menggugat  lagi perasaan bangsamu sendiri dalam menggenggam Perlembagaan Negara. ‎

Tenyatalah bahawa jaminan yang diberikan oleh Najib itu mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap kepimpinannya yang telah merosot oleh kerana toleransinya sekian lama terhadap kebiadapan mereka yang cuba menentang Perlembagaan Persekutan  dan menjijak  Akta Hasutan itu, walaupun belum dihapuskan‎.‎

Tentunya jaminan yang diberikan  oleh  Presiden itu  memerlukan susulan tindakan yang tegas dan berani yang boleh memantapkan lagi keyakinan rakyat terutama orang Melayu  yang semakin merosot dan semakin terhakis sejak beliau menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dengan  membiarkan perlakuan-‎perlakuan biadab golongan anti sosial  berlaku dengan bebas .

Najib telah memberikan penawar yang mujarab hingga ke akar umbi untuk mengembalikan keyakinan Melayu terhadap kepimpinannya. Berkerja keraslah seluruh orang Melayu untuk menambah kekuatan UMNO dan menyokong pimpinan yang dapat menjamin masa depan mereka.

Friday 28 November 2014

Perwakilan Gesa UMNO Perkasa Usaha Raih Undi Melayu



Dalam memastikan survival Barisan Nasional (BN), UMNO, sebagai tonggak parti perlu memperkasakan usaha meraih sokongan tuntas kaum Melayu dan Bumiputera, demikian menurut beberapa perwakilan.

Mengakui pentingnya sokongan kaum lain kepada UMNO, mereka berkata UMNO sebagai parti Melayu terbesar di negara ini seharusnya mendapatkan sokongan padu daripada kaumnya sendiri terlebih dahulu.

Seorang daripada perwakilan yang membahaskan perkara itu, Datuk Mohd Radzi Manan, berkata sokongan itu penting untuk diterjemahkan dalam pilihan raya, dan memastikan UMNO terus menerajui BN dan kekal memerintah negara dalam pilihan raya akan datang.

"UMNO mesti berbalik pada bangsa sendiri. Mari kita kenal pasti penyokong tegar Melayu Bumiputera, di desa dan di bandar. Sungguhpun mereka susah, sudah pandang sepi terhadap UMNO, mereka masih sayangkan kita," kata wakil Perak itu semasa membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, di sini hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, dalam Ucapan Dasar Presiden semalam menegaskan perjuangan UMNO membela untung nasib orang Melayu dan Bumiputera wajib disempurnakan.

Dalam usaha mengekalkan undi masyarakat di luar bandar, yang menyumbang kepada kemenangan UMNO dalam pilihan raya umum, Mohd Radzi berkata UMNO perlu mengenal pasti masalah yang menyebabkan sokongan rakyat tidak sehebat dahulu.

Ketua UMNO Bahagian Kampar itu berkata, golongan yang masih setia menyokong UMNO dan BN, tidak boleh dibiarkan terus hidup dalam kesusahan di sebalik kekayaan dan kejayaan yang banyak dinikmati negara ini.

"Sungguhpun kita memerlukan undi semua pihak, kita mesti bertindak mengikut keutamaan. Mana satu penyokong yang perlu kita jaga, yang perlu kita hampiri dan suburkan, di situlah kita pergi," katanya.

Senada dengan Mohd Radzi, Naib Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Dr Awaludin Said menekankan kepentingan usaha memperkasakan pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh negara untuk benar-benar mendekati masyarakat di akar umbi dan memastikan kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.

Awaludin turut berkongsi kejayaan strategi itu apabila BN berjaya menguasai 22 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 hasil daripada langkah pemimpin parti mendekati rakyat di akar umbi melalui saluran PDM.

"Untuk kami (pucuk pimpinan) bergerak di PDM tidak perlu perkara lain, kami hanya memerlukan bantuan orang ramai.

"Sekiranya setiap anggota memberi sumbangan berupa bantuan mengikut saluran mereka di PDM, maka parti akan kuat dan seterusnya membawa kepada kejayaan pada setiap pilihan raya yang dihadapi," kata Awaludin.

Wakil Kedah dari Bahagian Pokok Sena, Dr Mohammad Nawar Ariffin, semasa perbahasannya pula mahu UMNO terus menyuntik aspek kualiti dalam barisan kepimpinan, anggota dan program-program yang dijalankan parti mahupun kerajaan.

Menggunakan analogi 'doktor mengubati pesakit', beliau berkata kualiti dan keaslian parti akan menjamin kedudukan UMNO di hati rakyat kerana kesannya dapat benar-benar dirasai.

"Kalau kita beri ubat kepada pesakit, kita mesti beri yang asli dan berkualiti, begitu juga dengan kualiti dalam kepimpinan parti yang perlu 'asli' supaya generasi akan datang lebih menghormati kita," katanya.

Ketua Cawangan Kampung Menerong itu mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti kepimpinan iaitu meningkatkan integriti, melakukan kerja dari hati dan melalui dasar yang ditetapkan, memberi penekanan terhadap setiap perkara dengan lebih terperinci dan mengutamakan hasil yang memberi kesan menyeluruh.

Warisan Akta Hasutan : Syabas Dato' Sri Najib


BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Presiden UMNO YAB Dato' Sri Najib yang mengumumkan didalam ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agong UMNO pagi tadi bahawa Akta Hasutan 1948 bukan sahaja akan dikekalkan, malahan akan dibuat penambah-baikan terutama berkaitan melindungi agama Islam dan lain-lain agama!

Syabas dan tahniah!

Ini adalah bukti bahawa Dato' Sri Najib adalah seorang yang amanah dengan kata-janjinya iaitu akan mendengar suara hati dan nurani rakyat bawahan. Dan suara rakyat khususnya bangsa Melayu samada melalui indivdu mahupun pertubuhan sangat jelas - mereka mahu Akta Hasutan dikekalkan dan dibuat penambah-baikan!

Dengan pengumuman ini juga sebenarnya Dato' Sri Najib telah mengekalkan amal jariah dan warisan peninggalan Allahyarham ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein.

Sebenarnya mungkin ramai yang tidak tahu bahawa walaupun Akta Hasutan 1948 adalah buatan penjajah British, namun Seksyen 3 (1) (f) yang melindungi empat teras tiang seri negara digubal hanya pada 10 Ogos 1970 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

Penggubalan Seksyen 3 (1) (f) dibuat melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Khas) No. 45, 1970 (P.U. (A) 282/1970) oleh Allahyarham Tun Abdul Razak setelah berlakunya peristiwa berdarah rusuhan perkauman 13 Mei 1969.

Semasa membentangkan Lapuran Mageran pada 06 Okt 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak mengenal pasti punca berlakunya peristiwa hitam 13 Mei adalah kerana perbuatan terkutuk kaum cauvinis dan pelampau perkauman memainkan isu dan sentimen mempersoalkan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu terutamanya Artikel 153 Perlembagaan, disamping tohmahan dan fitnah konon kaum Cina dipinggirkan!

Atas sebab itu, Allahyarham Tun Abdul Razak bukan sahaja mengekalkan Akta Hasutan 1948, malahan membuat penambah-baikan dengan memasukkan Seksyen 3 (1) (f) yang memperuntukkan:

"bahawa ‘kecenderungan menghasut – seditious tendency itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif mana-mana perkara berikut iaitu:

1. Bahagian 3 – perkara berkaitan kewarganegaraan;

2. Perkara 152 – kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;

3. Perkara 153 – kedudukan hak istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak termasuk perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya;

4. Perkara 181 – kedaulatan, kekuasaan, kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu".
 
Terbukti apa yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak membuahkan hasil apabila negara menjadi aman selepas itu dengan penguatkuasaan Akta Hasutan; malah Tun Abdul Razak kemudiannya berjaya membangunkan negara dalam tempoh 3 tahun pemerintahan singkatnya dengan pelbagai dasar yang berjaya mengimbangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum khususnya melalui Dasar Ekonomi Baru.
 
Walaupun Allahyarham Tun Abdul Razak menghadapi kemelut politik yang serius dengan ketewasan beberapa kerusi utama dalam PRU 1969 dengan tumbangnya Pulau Pinang dan Selangor juga hampir kecundang gara-gara mainan politik sempit dan kotor kaum cauvinis dan pelampau perkauman yang meniupkan api perkauman sehingga kaum cina hampir menolak Parti Perikatan, namun keazaman politik memberi kekuatan kepada Allahyarham untuk menentang politik cauvinis dan perkauman ini dan beliau berjaya meneraju negara kearah kecemerlangan yang dikecapi sehingga ke hari ini - walaupun hayat pemerintahan beliau cuma tiga tahun.

Legasi itu kini diteruskan oleh anakanda Allahyarham iaitu Dato' Sri Najib.

Sebenarnya tanpa Dato' Sri Najib sedar, beliau telah meneruskan amal jariah Allahyarham ayahandanya kepada umat Islam, bangsa dan negara ini.

Sesuai dengan sabda Rasulullah saw bahawa "tidak mati seorang anak Adam kecuali putuslah segala amalnya kecuali anak yang soleh yang mendoakannya, ilmu yang ditinggalkan dan dimenafaatkan, dan amal jariahnya".

Legasi Seksyen 3 (1) (f) dan kesinambungan Akta Hasutan adalah amal jariah bagi Allahyarham Tun Abdul Razak, dan kini diteruskan oleh anakandanya. Semoga ianya dijadikan Allah sebagai suatu ibadah dan amal jariah kepada Allahyarham Tun Abdul Razak! Amin dan Al-Fatihah.

Dan sebagaimana yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak yang berjaya menambah-baik Akta Hasutan untuk melindungi bangsa Melayu dan hak keistimewaannya, maka saya mencadangkan supaya Dato' Sri Najib melakukan penambah-baikan kepada Akta Hasutan dengan memperkasa dan melindungi agama Islam dengan cadangan berikut:
 
1. meminda Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan dengan memasukkan peruntukkan tambahan seperti berikut iaitu:
 
“Seksyen 3 (1) (f) memperuntukkan bahawa ‘kecenderungan menghasut (seditious tendency) itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif mana-mana perkara berikut iaitu (kekalkan yang sedia ada) termasuk:
 
Perkara 3 (Islam agama Persekutuan), Perkara 8 (4) (c) (kedudukan orang asli), Perkara 8 (4) (f) (kedudukan Rejimen Askar Melayu DiRaja), Perkara 11 (4) (penyebaran agama bukan Islam), Perkara 12 (peruntukkan dana bagi institusi Islam), Perkara 121 (1A) (bidangkuasa Mahkamah Syariah), Jadual 9 Senarai II (bidangkuasa Dewan Undangan Negeri dan Mahkamah Syariah dalam hal ehwal Islam) , dan mana-mana undang-undang atau enakmen yang diperbuat dibawahnya”;  
 
2. meminda Seksyen 114 (g) Akta Keterangan dengan peruntukkan ‘Mahkamah hendaklah membuat andaian/rumusan bahawa adalah merupakan satu perbuatan menghasut menurut peruntukkan dibawah Akta Hasutan jika ada mana-mana pihak yang cuba mempersoal, mempertikai dan/atau menghina apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif berkaitan Bahagian 3, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 181, Perkara 3, Perkara 8 (4) (c), Perkara 8 (4) (f), Perkara 11 (4), Perkara 12, Perkara 121 (1A) dan/atau Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang atau enakmen yang diperbuat dibawahnya”;
 
3. meminda hukuman bagi sabitan kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan dengan ‘hukuman penjara mandatori tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 25 tahun' bagi sabitan kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan.
 
4. Dan bagi memperkasa, memelihara dan melindungi Akta Hasutan serta peruntukkan yang dibuat dibawahnya, saya mencadangkan supaya peruntukkan berikut dimasukkan iaitu:

"memperuntukkan bahawa ‘kecenderungan menghasut (seditious tendency) itu adalah termasuk apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan keujudan, kedudukan, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif Akta ini atau mana-mana peruntukkan didalam Akta ini”.

5. Dan bagi memastikan keujudan, status dan kedudukan Akta Hasutan tidak lagi diganggu gugat atau dicabar dimasa akan datang, saya sarankan peruntukkan seperti berikut dimasukkan iaitu:

“Tanpa mengambil kira mana-mana undang yang bertentangan dengannya, dan mengambilkira Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan, adalah diperuntukkan bahawa Akta Hasutan, atau mana-mana peruntukkan atau bahagian didalamnya termasuk Seksyen ini tidak boleh dipinda, dimansuh, dibatalkan atau dilakukan apa juga perkara yang boleh menyebabkan ianya tidak boleh dilaksanakan atau dikuatkuasakan samada oleh Parlimen, DUN ataupun Mahkamah  tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”.

Saya percaya dengan penambah-baikan seperti yang dicadangkan diatas, Akta Hasutan bukan sahaja akan terus dikekalkan, malahan legasinya akan memastikan kesinambungan keharmonian dan keamanan yang telah dikecapi oleh rakyat dan negara ini selama ini.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada YAB Dato’ Sri Najib!

Thursday 27 November 2014

Majlis Jamuan Dato Hamzah Zainuddin Bersama Kepimpinan UMNO Larut





Hari ini Dato Dr.Muhammad Amin Zakaria Menghadiri Majlis Jamuan Dato Hamzah Zainuddin Bersama Kepimpinan UMNO Larut.Alhamdullilah dengan semangat perjuangan yang jitu kami akan berkhidmat dengan baik kepada penduduk di larut mahupun di dun batu kurau.Tiada tertinggal dan tiada yang terpinggir.

Wednesday 26 November 2014

Pengumuman Keputusan UPSR 2014 Di Sekolah Marian Convent Ipoh



















Dato Dr.Muhammad Amin Zakaria telah hadir ke Sekolah Kebangsaan Marian Convent, Ipoh .Di mana beliau bersama calon-calon UPSR untuk meraikan kejayaan mereka sebaik sahaja pengumuman di buat.Turut hadir ialah ibu bapa, Pengarah dan pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Perak serta rakan-rakan media. Sekolah Kebangsaan Marian Convent ini adalah antara 10 buah sekolah yang teratas dalam senarai sekolah rendah seluruh sekolah.Tahniah di ucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah cemerlang dalam UPSR 2014 di Negeri Perak.

Melawat Pusat Eko Pendidikan Hutan Paya Laut Matang.


















Dato Dr.Muhammad Amin Mengiringi Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeane Abdullah yang ingin melawat Pusat Eko Pendidikan Hutan Paya Laut Matang. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Malaysia, Pengarah Perhutanan Negeri Perak serta peserta-peserta Seminar Mangrove Management dari dalam dan luar negara. Dalam lawatan ini juga Tun Abdullah Menyusuri semua  muara Sungai Matang hingga ke Selat Melaka.Di situ juga beliau Singgah pula di suatu lokasi untuk menanam anak bakau yang ke 5,000,001/2 dan diikuti oleh peserta-peserta lain. Semasa kami dalam perjalanan ke sel;at melaka kami melihat sekumpulan mamalia Dolphine yang berenang di sekitar bot kami. Sesungguhnya hutan paya bakau kita sentiasa diurus dengan baik hingga menjadi contoh kepada dunia yang ingin datang mempelajarinya. Tahniah kepasa Jabatan Hutan Negeri Perak kerana kendalinya dengan baik.

Sekitar Pertandingan Akhir Cabaran Debat Muda Serta Majlis Penutupan Anjuran Universiti Teknologi Petronas
























Dato Dr.Muhammad Amin Zakaria merasmikan Majlis Pertandingan Akhir Cabaran Debat Muda Di Bawah Umur 21 tahun Alaf 21 (CDM 2121) serta Majlis Penutupannya Anjuran Universiti Teknologi Pertonas, Tronoh. Sebelum balik berjumpa pula dengan Vice Chanselor Dato A. Rahim di pejabat beliau.

Perasmian Seminar Sempena 100 tahun Hutan Paya Bakau Matang
















Hari ini Dato Dr.Muhammad Amin Zakaria Mewakili YAB MB di perasmian Seminar sempena 100 tahun Hutan Paya Bakau Matang. Seminar ini turut dihadiri YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Jeane Abdullah dan peserta-peserta dalam dan luar negara.Alhamdullilah sambutan yang ditunjukkan amat baik sekali dan terima kasih juga kepada pihak Penganjur yang telah menjayakan program ini amin...

Tuesday 25 November 2014

Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Di Program Pendidikan Biodiversiti SEDAKA















Dato Dr.Muhammad amin Zakaria Merasmikan Majlis penutup Program Pendidikan Biodiversiti SEDAKA - PPD - Perhilitan di Royal Belum. Alhamdullilah,Lihatlah wajah-wajah riang mereka tanda kepuasan diri dan perubahan yang terjadi di dalam minda mereka. Semoga mereka manfaatkan serta diterjemahkan dengan kejayaan yang cemerlang amin...