Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Saturday 29 November 2014

Najib Kembalikan Keyakinan Orang Melayu



BLOG ZAMKATA - Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sekaligus telah mengembalikan keyakinan terhadap kepimpinannya untuk masa depan Melayu dan negara ini apabila beliau mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan di Perhimpuan Agung UMNO di Kuala Lumpur pada Khamis.

Malah, katanya, bukan sahaja akan dikekalkan tetapi akan dipertahankan dan diperkukuhkan untuk menjamin kesucian agama Islam dan  mencegah penghinaan kepada agama lain dan dengan itu juga, akan membolehkan  tindakan diambil terhadap anasir -anasir yang mahu memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Pastinya pengumuman Najib  menghapuskan anggapan buruk, prasangka dan persepsi terhadap beliau sebagai seorang yang telah tunduk kepada golongan liberal dengan  menunjukkan dirinya sebagai seorang Melayu dan sebagai penerus warisan perjuangan ayahnya, Tun Abdul Abdul Razak.

Benar- ‎benar  ucapan dan jaminan ini ditunggu  oleh para perwakilan kerana apabila sahaja Najib menyatakan bahawa beliau sedar apa yang sedang ditunggu oleh para perwakilan dan pada ketika itu, mereka telah pun bertepuk dan Najib meminta mereka bersabar kerana beliau tahu apa yang mereka mahu dengar.

Sebaik sahaja pengumuman untuk kekalkan Akta Hasutan 48 itu diumumkan oleh beliau, para perwakikan menyambutnya dengan tepuk sorak bergemurah dan bangun bertempik sorak dengan penuh semangat. Syabas Najib!  Daya kepimpinanmu terserlah untuk meneruskan agenda bangsa dan negara dengan adil dan saksama tanpa menggugat  lagi perasaan bangsamu sendiri dalam menggenggam Perlembagaan Negara. ‎

Tenyatalah bahawa jaminan yang diberikan oleh Najib itu mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap kepimpinannya yang telah merosot oleh kerana toleransinya sekian lama terhadap kebiadapan mereka yang cuba menentang Perlembagaan Persekutan  dan menjijak  Akta Hasutan itu, walaupun belum dihapuskan‎.‎

Tentunya jaminan yang diberikan  oleh  Presiden itu  memerlukan susulan tindakan yang tegas dan berani yang boleh memantapkan lagi keyakinan rakyat terutama orang Melayu  yang semakin merosot dan semakin terhakis sejak beliau menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dengan  membiarkan perlakuan-‎perlakuan biadab golongan anti sosial  berlaku dengan bebas .

Najib telah memberikan penawar yang mujarab hingga ke akar umbi untuk mengembalikan keyakinan Melayu terhadap kepimpinannya. Berkerja keraslah seluruh orang Melayu untuk menambah kekuatan UMNO dan menyokong pimpinan yang dapat menjamin masa depan mereka.

No comments:

Post a Comment