ACARA gilang gemilang yang akan
diadakan di Batu Kurau pada 27-28 September ini bukan sahaja sebuah
acara untuk mempromosikan Batu Kurau tetapi juga sebagai medium untuk
mempertingkatkan lagi ekonomi penduduk Batu Kurau.
Ahli Dewan Undangan Negeri Batu
Kurau, Dato' Dr Muhammad Amin Zakaria ketika ditemui Harian Batu
Kurau berkata bahawa acara ini secara tidak langsung akan membantu
penduduk Batu Kurau berniaga dan memperkenalkan produk masing-masing.
" Kami akan mengadakan satu
karnival sempena acara itu yang diberi nama Grand Expo Batu Kurau
International Mountain Bike Challenge 2014 dengan tujuan untuk
memberi ruang kepada penduduk Batu Kurau mencari rezeki dengan
berniaga. Ketika itu nanti ramai orang akan datang ke Batu Kurau
termasuk dari luar negara, jadi rebutlah kesempatan ini untuk menjana
ekonomi masing-masing," ujar beliau yang juga Exco Kerajaan
Negeri Perak.
Tapak niaga telah dibuka untuk
sewaan orang ramai dengan harga amat berpatutan iaitu RM60 untuk 3
hari (tapak 8 x 10 kaki). Tapak ini sesuai untuk penduduk Batu Kurau
berniaga pelbagai jenis perniagaan seperti kuih muih, air, makanan
ringan dan sebagainya. Manakala bagi khemah seluas 10 x 20 kaki pula
bernilai RM300 untuk 3 hari. Khemah ini sesuai untuk berniaga kain
baju, cenderamata, produk-produk kesihatan dan sebagainya.
Kepada yang berminat untuk
mendapatkan ruang niaga itu bolehlah hubungi 017-4094486 untuk
tempahan.
No comments:
Post a Comment