Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Friday 14 November 2014

Najib : Pemimpin Harus Mulakan Perubahan dalam UMNO



Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan perubahan dalam UMNO perlu bermula daripada kumpulan teras dalam kalangan pemimpin parti itu sebelum ke peringkat akar umbi.

Perdana Menteri itu berkata, perubahan itu tidak sahaja membabitkan pimpinan tertinggi, malah ia merangkumi keseluruhan parti sehingga peringkat akar umbi.

Pada masa ini beliau mengakui orang muda sukar untuk mendapat tempat dalam parti.

"Kalau nak naik tangga dalam UMNO, kena cantas, blocking (disekat), sepak.. Mana orang muda nak masuk dalam parti.

"Kita boleh panjat tangga kondominium yang eksklusif tapi tidak sanggup kalau perangai kita tidak berubah.. orang muda nak ke masuk," katanya berucap merasmikan Konvensyen UMNO Johor 2014, di sini sebentar tadi.

Turut hadir beberapa pemimpin UMNO Negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Khalid Nordin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sehubungan itu, Najib berkata, perangai hodoh itu perlu dibuang dalam usaha memastikan UMNO terus diterima rakyat. 

No comments:

Post a Comment