Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Tuesday 31 March 2015

Seni bonzai: suatu kombinasi antara alam, kesenian dan keindahan.






Di waktu lapang Datuk Dr.Amin Zakaria banyak menghabiskan masa dengan kesenian semulajadi alam antaranya Seni bonzai: suatu kombinasi antara alam, kesenian dan keindahan. Cukup indah kurniaan yang allah berikan kepada setiap manusia dan seluruh alam di muka bumi ini amin.

Monday 30 March 2015

Program Jejak Menara 2015










Hari ini Datuk Dr.Muhamad Amin Zakaria Menghadiri Program Jejak Menara untuk anak-anak muda yang bakal ke menara gading anjuran YADIM dan UiTM. Seramai 145 orang pelajar daripada Batu Kurau turut diberi peluang menyertai program ini. Antara pengisian adalah motivasi, ujian minat kerjaya dan bgm menjadi sahabat YADIM. Slot menarik yang menjadi tarikan kepada peserta ialah slot bersama Ikon Artis Yatt Hamzah dan Huzaimi Nowseeheart. Terima kasih juga di ucapkan kepada pihak penganjur yang telah menjayakan program ini amin.

Sunday 29 March 2015

GST : Kerajaan Jamin Harga 73 Barang Keperluan di Pasar Tani Tetap Turun





Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula esok tidak akan menjejaskan penurunan harga jualan 73 jenis barang keperluan yang terbabit dalam Program Jualan Turun Harga Pasar Tani yang dilancarkan Februari lalu.

Beliau berkata, bahawa harga 73 barang dan produk berasaskan pertanian segar, kering dan diproses yang dijual di 580 pasar tani seluruh negara akan kekal murah antara lima hingga 20 peratus berbanding tempat lain.

"Program Jualan Turun Harga Pasar Tani akan diteruskan kerana ia bukan saja memberi impak yang baik kepada pengguna malah peniaga.
 
"Purata nilai jualan komoditi terpilih di pasar tani sebelum dan selepas pelaksanaan program ini menunjukkan peningkatan yang amat menggalakkan.

"Komoditi terpilih itu termasuk ayam proses, barang runcit, buah-buahan, daging lembu, ikan laut, sayur-sayuran dan telur mencatatkan nilai jualan sebanyak RM 30.33 juta pada Mac lalu meningkat 13 peratus berbanding Januari lalu iaitu RM26.40 juta," katanya pada sidang media semasa melakukan lawatan kerja di Pasar Tani Putrajaya, di sini, hari ini.


Saturday 28 March 2015

'Kenapa Perlu Ganggu Majlis Resepsi Anak PM?'



 Orang ramai yang ditemui pada hari ini mempersoalkan tindakan pembangkang merancang demonstrasi jalanan untuk mengganggu majlis perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan pada esok hari.
rakyatnews, perdana menteri, najib razak, rosmah mansor, kita lawan, najib undur, anwar liwat, pkr, pas, dap, parti keadilan rakyat, umno, mca, mic,
Menurut Rohaizan Rahman, 59, demonstrasi jalanan itu merupakan satu tindakan yang tidak munasabah dilakukan oleh pihak pembangkang apabila dilihat seolah-olah ingin menyerang majlis perkahwinan tersebut.

"Mengapa kita perlu berdemo dalam perkara kecil seperti itu? Saya ada anak juga, (jika itu berlaku kepada saya) itu merupakan urusan peribadi saya.

"(Mereka) sedangkan tidak munasabah diri sendiri, mereka mahu membantah orang lain punya urusan peribadi pula," katanya ketika ditemubual wartawan Rakyat News di sini, hari ini.

Beliau berkata, demonstrasi yang dijalankan oleh pihak pembangkang langsung tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada rakyat negara ini.

"Kita berbalik pada Al-Quran dan Sunnah iaitu sedangkan jika ada duri ataupun ranting dijalanan, kita perlu buang ranting tersebut bagi tujuan untuk tidak menyusahkan diri sendiri mahupun orang lain.

"Tetapi pada masa sekarang ini, bukan sahaja kita buang ranting dijalanan sebaliknya kita menabur ranting dan duri dijalanan," katanya.
alt
Bagi Yasmin Makmur, 54, menyifatkan demonstrasi itu adalah bertujuan untuk menggangu majlis perkahwinan itu.

"Mereka berdemo semasa majlis itu saya dapat rasakan tujuannya adalah untuk menggangu majlis itu.

"Kalau anda kahwin dan orang lain mengganggu majlis anda, adakah anda tidak marah? Apa yang kamu dapat apabila buat perkara demikian? setiap reaksi ada tindakannya, setiap aksi ada tindak balasnya," katanya.
alt
Selain itu, Pemandu Teksi, Zainal Abidin, 49, berkata tindakan menggangu majlis perkahwinan itu jelas akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di ibu kota.

"Perkara demikian tidak perlulah kita menggangu. Pasal orang lain janganlah orang lain pula jadi mangsa.

"Pada hujung minggu sepatutnya adalah hari untuk orang beriadah bersama keluarga. Tidak perlulah untuk berdemo," katanya.

Tambahnya, pendapatan sebagai seorang pemandu teksi seperti beliau akan tergangu sekiranya demonstrasi jalanan tersebut berlangsung.

"Pergerakan menjadi terbatas menyebabkan apabila kita mahu menghantar penumpang ia menjadi susah," katanya.
Sebelum ini, sebuah portal pro-pembangkang melaporkan Kumpulan Protes #KitaLawan merancang sebuah lagi perhimpunan besar di hadapan pusat membeli belah Sogo di ibu negara Sabtu ini.
Bagaimanapun, selain menolak pentadbiran Najib dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), mereka turut mahu sama-sama ‘meraikan’ perkahwinan anak perempuan perdana menteri Nooryana Najwa, minggu lepas.
Pemimpin PKR dan ketua NGO Jingga 13 Fariz Musa berkata mereka merancang berarak dari Sogo ke Menara Berkembar Kuala Lumpur pada 28 Mac, tertakluk kepada perubahan akhir.

Friday 27 March 2015

Hassan Malek Nafi Laporan Tiada Kenaikan Minyak



Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek hari ini menafikan penyebaran gambar paparan skrin yang menunjukkan ‘jaminan’ beliau bahawa tiada kenaikan harga minyak akan berlaku bulan depan.
Beliau menafikan perkara itu melalui laman Facebooknya, hari ini dengan menyifatkan penyebaran itu suatu kebiadaban.
Satu kebiadaban dan sikap yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Melalui paparan skrin yang menggunakan namanya itu, ia turut menyebut bahawa beliau rela hati meletakkan jawatan sebagai menteri jika harga minyak naik.

Hari ini, kerajaan akan mengumumkan harga minyak baru bagi April 2015 yang bakal terpakai untuk tempoh sebulan.

Thursday 26 March 2015

Kebebasan Bersuara Bukan Untuk Suka-Suka, Kata Shabery



Penahanan warga kerja The Malaysian Insider (TMI) perlu dijadikan contoh kepada warganegara untuk tidak menyebarkan berita palsu bagi mencapai objektif peribadi.

Mengumpamakan situasi kebakaran di dalam panggung wayang, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penyalahgunaan kebebasan bersuara boleh mendatangkan kemudaratan besar kepada orang yang mempercayainya.

"Dalam sebuah panggung yang penuh sesak, tiba-tiba seorang menjerit "API-API"!. Penonton bertempiaran, ada yang terpijak sama sendiri. Rupanya api tak ada.

"Bila ditanya kepada yang menjerit, dia jawab "saja nak berseronok. Lagikan dalam negara demokrasi, inilah kebebasan bersuara, kita boleh cakap apa saje yang kita suka". Sambil ketawa dia berjalan keluar," katanya menerusi laman sosial Facebook, hari ini.

Sebelum ini polis menahan tiga editor TMI, dua eksekutifnya dan pemilik portal tersebut ekoran penerbitan artikel berkaitan pelaksanaan hudud.

TMI minggu lepas melaporkan, Majlis Raja-Raja menolak cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan sekaligus tidak membenarkan PAS membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hukum tersebut di Parlimen.

Wednesday 25 March 2015

Kementerian Siasat Kes Guru Islamkan Pelajar Sekolah di Miri



 Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah berkata, Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan menyeluruh dan rapi mengikut prosedur standard operasi (SOP) berhubung kes dua orang guru di di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong, Miri yang didakwa cuba mengislamkan seorang pelajar Iban berusia 13 tahun, Sabrina Anak Ngumbang.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah berkata, pihaknya memberi jaminan siasatan akan dilakukan secara telus.

Ia bagi memastikan nasib kedua-dua pihak yang terlibat terbela sepenuhnya dan segala bukti akan dikumpul dan siasatan akan dilakukan dalam masa tujuh hari dari tarikh kejadian.

Laporan perlu disiapkan dalam masa tiga hari selepas insiden berkenaan. Sejurus laporan disiapkan, ada tujuh hari untuk ambil tindakan. Kalau lebih awal lebih bagus,” ujarnya pada sidang media di sini semalam.

Kontroversi ini timbul apabila gambar sepucuk surat aduan yang dihantar kepada pengetua sekolah itu mengenai guru terbabit dan satu salinan laporan polis mengenainya dimuatkan dalam laman Miri Community, laman facebook berasaskan komuniti untuk berkongsi maklumat tentang Bandar Raya Miri, yang mendakwa guru berkenaan memaksa murid itu memeluk Islam.

Gambar itu segera tersebar dengan meluas dan banyak pengguna internet berkongsinya serta telah mengundang pelbagai kritikan tidak berasas, tuduhan melulu dan komen yang tidak sewajarnya sama sekali.

Sebuah portal berita Sarawak pula melaporkan, dua guru wanita sekolah berkenaan yang bimbang dengan keselamatan diri mereka dikatakan membuat laporan polis bagi menafikan laporan awal yang mengandungi unsur fitnah yang telah dibuat oleh Sabrina.

Fatimah yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap hal pendidikan Sarawak turut menyatakan usaha dua guru berkenaan yang cuba menukar agama pelajar itu tanpa kebenaran ibu bapanya adalah satu kesalahan.

Daripada siasatan yang dijalankan, tindakan lanjut akan diambil terhadap guru terlibat mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib (Pindaan 2002). Pihak kementerian sendiri yang akan ambil tindakan selepas meneliti laporan yang diterima,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, setakat ini, kedua-dua guru terlibat telah dibawa keluar dari lokasi oleh pihak kementerian dan ditempatkan sementara di Pejabat Pelajaran Daerah Miri sepanjang proses siasatan.

Katanya, tindakan tersebut bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah dan situasi tegang antara pihak berkaitan termasuk pihak sekolah, keluarga mangsa dan masyarakat setempat.

Fatimah turut mendapat maklumat menerusi pengakuan pelajar terlibat dalam satu pertemuan Jumaat lepas yang mengakui berminat untuk memeluk agama Islam.

"Namun dari segi undang undang, pelajar berkenaan perlu mendapatkan kebenaran dari kedua-dua ibu bapanya untuk menukar agama meskipun beliau dijaga oleh datuk dan neneknya sejak dilahirkan.

"Kedua, guru berkenaan juga harus mengetahui bahawa soal penukaran agama bagi mereka yang masih di bawah umur, adalah perlu untuk mendapat persetujuan ibu bapa mereka," ujarnya.

Fatimah turut menyeru kepada semua guru agar sentiasa peka dan bijak dalam menangani isu sensitif berkaitan kaum dan agama di negeri berkenaan.

Tuesday 24 March 2015

Johari Abdul Puas Hati : Anwar Diberi Layanan Istimewa di Penjara



Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi layanan istimewa sepanjang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Ketua Whip Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pihak penjara telah menyediakan katil dan tilam khas yang sesuai serta tandas duduk untuk Anwar setelah dimaklumkan menghidap penyakit tulang belakang yang dihidapinya selama ini.

"Selain itu, Anwar juga mendapat rawatan pakar daripada empat pakar perubatan untuk memantau keadaan kesihatannya.

"Pengarah penjara juga bersetuju untuk memberikan Anwar bahan bacaan yang telah disahkan tidak terlarang selepas disemak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di penjara Sungai Buloh di sini hari ini,

Turut hadir termasuk Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail; Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid dan Ahli Parlimen Sepang, Hanifah Maidin.

Anwar menjalani hukuman penjara selama lima tahun setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya.

Johari turut berpuas hati dengan penjelasan Pengarah Penjara Sungai Buloh, Narender Singh berhubung jadual dan rutin Ketua Umum PKR itu sepanjang tempoh menjalani hukuman tersebut.

"Kami diberi penerangan semua aktiviti beliau dalam penjara.

"Ahli Parlimen tidak diberikan akses melawat kerana peruntukkan undang-undang negara, yang dibenarkan adalah ahli keluarga, peguam dan Menteri Besar Selangor kerana Datuk Seri masih penasihat ekonomi negeri," katanya.

Monday 23 March 2015

Ibrahim Ali Ramal PR Tawan Putrajaya pada PRU14



- Pakatan Rakyat (PR) mungkin bakal menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mengawal kenaikan harga barang sujurus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April nanti.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Kerajaan Pusat perlu mengawal orang tengah seperti pemborong dan pengilang yang mungkin mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang selepas GST.

Kita tahu cabaran kerajaan adalah sama ada mampu atau tidak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani kesempatan orang tengah ini.

Kalau kita lihat semasa kenaikan harga minyak, tidak mudah untuk KPDNKK mengawal kenaikan harga barang ketika itu. Sebab kakitangan KPDNKK ini bukan ramai pun,” ujar beliau dalam satu sidang media semalam di Pejabat Perkasa, di sini.

Beliau menjelaskan, rakyat Malaysia dilihat masih terkeliru dengan perlaksanaan GST menyebabkan mereka mudah beremosi apabila mendapat maklumat yang kurang tepat.

Masyarakat akan membuat perbandingan yang mana lebih baik, sama ada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atau GST. Namun, apa-pun yang terjadi selepas perlaksanaan GST ini, rakyat harus mendapat hasilnya.”

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, kerajaan harus membuat pertimbangan dengan kadar segera untuk meningkatkan gaji pekerja melalui skim gaji minima bagi mengatasi risiko kos sara hidup tinggi rakyat.

Katanya, kerajaan perlu meneliti semula tahap pendapatan gaji di Malaysia yang secara puratanya masih pada paras terendah.

"Daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia, bahagian gaji dari ekonomi di Malaysia hanya satu per tiga atau lebih kurang 30 peratus. 70 peratus yang lain adalah keuntungan atau pendapatan modal.

"Di negara-negara maju pembahagian antara gaji dan keuntungan adalah terbalik iaitu 70 peratus gaji dan 30 peratus keuntungan peniagaan.

"Jelas daripada data ini menunjukkan bahawa ada ketidakadilan dan keseimbangan berlaku dalam negara kita.

Beliau juga berkata, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya mampu menampung perbelanjaan kira-kira RM50 sebulan dan dasar jumlah pendapatan rakyat perlu seiring dengan kos sara hidup yang sedia ada.

"Untuk mengatasi gejala kos sara hidup yang tinggi dengan gaji rendah, PERKASA mendesak kerajaan dengan segera mengkaji semula dan melaksanakan sepenuhnya dasar gaji minima supaya dinaikkan serta-merta pada tahun ini kepada RM1,200 dari tahap sedia ada RM900 sebulan dan seterusnya kepada paras anggaran RM1,700-RM1,800 pada tahun 2020.

"Hanya melalui cara ini apa yang dijanjikan kerajaan dalam Bajet 2015 untuk menaikan tahap nisbah gaji dan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) pada 40% dapat dicapai. Kalau tidak, ianya hanya sekadar retorik," tegasnya.

Sunday 22 March 2015

Shafee Abdullah Saman 3 Ahli Majlis Peguam



Peguam Tan Sri Shafee Abdullah mengemukakan saman terhadap 3 individu didalam Majlis Peguam ekoran pembentangan usul bagi menghalang kelakuannya dibincangkan pada  Mesyuarat Agung Tahunan badan tersebut.

Shafee yang diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin mengemukakan saman fitnah kepada 3 defendan iaitu; bekas Presiden Christopher Leong, peguam Tommy Thomas dan Tan Sri VC George.

"Ya, anak guam saya memfailkan saman fitnah sebagai tindakan terhadap defendan," kata Kamaruddin.

Shafee juga mendapatkan injuksi ex-parte daripada hakim Datuk Asmabi Mohamad bagi menghentikan usul difailkan Thomas dan disokong George yang akan dibincangkan pada AGM 14 Mac.

Mahkamah akan mendengar permohonan hari ini bagi mengetepikan injunksi Shafee itu yang menghentikan perbincangan mengenai kelakuan peguam kanan itu ketika mengambil bahagian dalam road show mengenai perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saturday 21 March 2015

Peruntukan Besar Bukti Kerajaan Komited Dalam Pendidikan



 Kerajaan sentiasa menambah baik sistem pendidikan negara bagi menghasilkan pelajar yang berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ibu bapa bagaimanapun perlu sedar bahawa sebarang penambahbaikan memerlukan tempoh beberapa tahun sebelum membuahkan hasil yang diingini.

“Sebab itu untuk menganjak ini, kita kaji. Kajian ini telah pun dibuat dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) itu adalah dokumen yang saya anggap cukup penting, supaya dalam tempoh berbaki 12 tahun.

Maka sistem kita ini bukan saja bertambah baik tetapi outcome pelajar nya juga meningkat dengan secara agak berperingkat-peringkat supaya ia menjadi sistem pendidikan yang berkualiti,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, kerajaan sememangnya memberi penekanan kepada pendidikan negara dan buktinya ialah menerusi peruntukan sebanyak 21 peratus daripada bajet negara, setanding atau lebih daripada negara maju.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi pembinaan dewan terbuka untuk kegunaan pelajar sewaktu merasmikan Karnival Warna-Warni Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam, Jumaat.

Friday 20 March 2015

Mufti Perak Tegur Pendakwah Bollywood



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur trend aliran dakwah yang dibawa oleh pendakwah hari ini yang menjurus kepada penglipurlara sehingga ada yang digelar penceramah 'Bollywood'.
Beliau merasakan kebimbangan mengenai aliran dakwah seumpama itu di mana pendakwahnya begitu mudah mengeluarkan hukum yang kadangkala tidak memenuhi kehendak syarak.
Harussani berkata, ini mengakibatkan berlaku kekeliruan di kalangan umat Islam antara menyampaikan ilmu dengan unsur luaran dalam berdakwah yang dibimbangi tersasar daripada matlamat dakwah untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Menurutnya, seperti sudah menjadi suatu keperluan semasa kepada pendakwah apabila berdakwah, nyanyian dan alunan lagu dikumandangkan, seolah-olah lagu itu satu keutamaan ketika berceramah sehingga terdapat penceramah digelar dengan gelaran tertentu seperti bollywood dan seumpamanya.
"Terdapat juga kecenderungan menyelit unsur lawak berlebihan dalam dakwah sehingga penceramah tertentu lebih dikenali dengan lawaknya ,berbanding ilmu disampaikan dan lawaknya menjadi bahan ulangan yang sering disebut-sebut berbanding isi dan kandungan ceramahnya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kompleks Islam, Ipoh pada Khamis.
Menurut Harussani, terdapat juga pendakwah yang mengambil pendekatan tidak menghormati fatwa dikeluarkan oleh institusi fatwa negeri-negeri dengan mengeluarkan kenyataan menyanggahi fatwa itu.
Katanya, ini barangkali bertujuan menimbulkan kesan segera untuk menampilkan pendakwah terbabit sebagai lebih berilmu daripada ulama dan pendakwah sedia ada.
Beliau berkata, kegopohan mengejar selain keredaan Allah ketika menyampaikan dakwah, akan menyebabkan seseorang pendakwah tidak cermat mentafsirkan al-Quran, cuai dalam menaqalkan hadis sehingga mencampur adukkan antara riwayat sahih dan tidak sahih serta membawa cerita yang tidak masuk akal.


Thursday 19 March 2015

30,000 Sertai Malam Cinta Rasul Kerian Berselawat




Malam Cinta Rasul Kerian Berselawat yang berlangsung di Mini Stadium Bagan Serai pada Khamis mendapat sambutan di luar jangkaan dengan kehadiran kira-kira 30,000 umat Islam.
Mereka yang terdiri daripada penduduk dalam daerah Kerian dan kawasan sekitar datang seawal jam 6 petang ke mini stadium itu untuk mendengar persembahan qasidah dan selawat nabi daripada tokoh nusantara, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf bersama kumpulan anak-anak al-Barakah dan al-Ansori.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama-sama pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal, ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat, Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali dan Pengerusi Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR), Datuk Azhar Ahmad turut hadir pada program itu.
Menurut Azhar, kehadiran umat Islam membanjiri Mini Stadium Bagan Serai itu adalah semata-mata kerana rasa cinta dan kasih sayang kepada Rasulullah S.A.W.
"Sambutan adalah diluar jangkaan dengan kehadiran 30,000 pengunjung dan ini jelas membuktikan mereka datang semata-mata kerana rasa cinta dan kasih saying kepada Rasulullah S.A.W," katanya ketika ditemui selepas program itu.
Beliau yakin, program itu juga merupakan hiburan alternatif yang tidak melanggari hukum Allah.
Selain program di sebelah malam, pelbagai aktiviti dianjurkan di sebelah siang, antaranya karnival jualan dan pertandingan nasyid.

Wednesday 18 March 2015

UMNO Takkan Berjaya Jika Ahli Berpecah-Belah - Najib




UMNO tidak akan berjaya pada pilihan raya umum akan datang sekiranya ahli parti itu bersengketa dan berpecah-belah, kata Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Perdana Menteri, berkata untuk itu, ahli UMNO seharusnya mengamalkan solidariti, kesepakatan dan bekerja sama sesama mereka.

Beliau turut mengingatkan ahli UMNO supaya mengurangkan permasalahan dalaman dan cantas-mencantas antara satu sama lain selain mengelakkan daripada mewujudkan dua pasukan dalam bahagian parti itu.

"Sentiasa pastikan kita tidak lupa tugas utama kita, iaitu pastikan UMNO terus berkuasa memimpin dan memperjuangkan hak rakyat yang sentiasa dekat di hati," katanya dalam tulisan menerusi blognya, NajibRazak.com, hari ini.

Najib turut melahirkan rasa syukur dengan semangat baharu dalam kalangan anggota UMNO Kedah yang hadir pada Konvensyen UMNO Kedah 2015 bertemakan 'UMNO Tonggak Transformasi' semalam.

"Alhamdulillah saya lihat sebuah semangat baharu dalam kalangan ahli UMNO Kedah yang hadir, dan mudah-mudahan pada konvensyen akan datang kita akan lihat semangat ini kekal subur dan dijadikan suatu punca inspirasi untuk kita terus berjuang," katanya.

Najib berkata, ahli UMNO negeri itu perlu menjadikan faktor kejayaan merampas Kedah daripada pembangkang sebagai iktibar dalam perjuangan.

"Tahniah kepada jentera UMNO Kedah kerana Alhamdulillah kita bertemu di Konvensyen UMNO Kedah pagi semalam dalam keadaan kita sebagai parti pemerintah negeri Kedah.

"Kita perlu mengambil kegagalan Kerajaan Kedah sebelum ini dan apa yang menjadi faktor kejayaan kita memenangi Kedah sebagai iktibar untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang," katanya.

Najib berkata, antara faktor penyumbang kemenangan itu adalah permuafakatan dan semangat sepasukan.

Tuesday 17 March 2015

Kes Saman PM Terhadap Malaysiakini Didengar 6 Mei ini




Mahkamah Tinggi menetapkan 6 Mei untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh untuk membuang beberapa perenggan daripada kenyataan tuntutan balas dan bela diri Malaysiakini serta dua yang lain berhubung satu saman fitnah.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan, mewakili Najib dan Ab Rauf, memberitahu pemberita Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norfauzani Mohd Nordin menetapkan tarikh itu apabila perkara berkenaan dibawa kepada beliau untuk pengurusan kes.
  
Nor Hazira berkata, permohonan yang difailkan pada 28 Januari itu, antara lain, dibuat dengan alasan tuntutan balas dan bela diri itu bersifat remeh, menyusahkan dan menyalahguna proses mahkamah.
  
Najib dan Ab Rauf memohon membuang lebih 50 perenggan daripada kenyataan tuntutan balas dan bela diri itu.
  
Perdana menteri memfailkan saman itu pada 30 Mei tahun lepas atas kedudukan peribadi beliau, manakala Ab Rauf, bagi pihak Umno, terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd, ketua pengarang Malaysiakini.com Steven Gan dan ketua ketua editor Fathi Aris Omar.
  
Mereka mendakwa defendan telah melaporkan, menerbitkan dan membenarkan tersiarnya pada 14 Mei dua artikel berkenaan dalam ruangan 'Yoursay' www.malaysiakini.com.
  
Najib dan Ab Rauf berkata, defendan secara sengaja membenarkan penyiaran artikel itu, walaupun mengetahui ia mengandungi tuduhan tidak berasas dan tidak benar.

Mereka mendakwa perkataan berbaur fitnah, yang terkandung dalam artikel itu, mencemar nama baik Najib sebagai ahli politik, presiden Umno dan perdana menteri.

Kedua-dua plaintif berkata komen yang disiarkan membayangkan secara sarkastik bahawa Umno tidak mempunyai kecekapan sebagai sebuah badan politik dan tulang belakang Barisan Nasional (BN).
  
Mereka mendakwa, akibat tersiarnya artikel itu, nama baik mereka tercemar teruk apabila Umno dikutuk, terutama dalam media sosial dan media massa.
  
Mereka menuntut ganti rugi teruk, melampau, am dan khas, faedah serta satu perintah bagi menghalang defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan artikel berkenaan.

Plaintif juga memohon agar defendan membuat permohonan maaf secara bertulis melalui akhbar, dan kos.

Monday 16 March 2015

Perjumpaan Dengan Warga Cina Dari Seluruh Parlimen Larut Di Selama, Perak











Datuk Dr.Muhammad Amin Zakaria Menghadiri Majlis Tahun Baru Cina Peringakat Parlimen Larut.Turut memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Larut, kepimpinan MCA Bahagian Larut, ketua-ketua sayap UMNO, MCA dan orang ramai.

Sunday 15 March 2015

Menziarahi Penduduk Yang Uzur Dan Sakit Di Dun Batu Kurau









Datuk Dr.Muhammad Amin Zakaria Menziarahi Penduduk Yang Uzur Dan Sakit Di Dun Batu Kurau.Insayallah segala sumbangan akan di salurkan kepada mereka dan kami Di pusat khidmat Batu Kurau Akan beri yang terbaik untuk mereka amin.

Saturday 14 March 2015

Hari Bertemu Rakyat Di Pusat Khidmat ADUN Batu Kurau....
















Hari ini Datuk Dr.Muhammad Amin Zakaria bertemu rakyat di Dun Batu Kurau untuk menyelesaikan masalah rakyat dan Alhamdullilah segala masalah yang mereka hadapi kami akan atasi dengan baik amin.

Friday 13 March 2015

Program Selangkah ke Universiti Teknologi Mara anjuran UiTM Perak













Datuk Dr.Muhamad Amin Zakaria di PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC) Gopeng diadakan Program Selangkah ke Universiti Teknologi Mara anjuran UiTM Perak. Turut hadir ialah Prof Ir Dr Zainab, Rektor, Prof Madya Dr Mohd Yusof, Timbalan Rektor dan pegawai-pegawai kanan universiti. Antara acara yang dijalankan ialah ceramah kerjaya, ujian minat kerjaya, pendaftaran Unit Pusat Universiti secara online, pemeriksaan kesihatan, rundingcara akademik dan cabutan bertuah. Sejumlah 15,000 orang pengunjung telah mengunjungi program ini yg rata-ratanya ialah pelajar lepasan SPM 2014 dan para ibu bapa. Program ini banyak membantu para pelajar dalam memilih kursus yang diminati untuk mereka menyambung pengajian dinperingkat IPT. TAHNIAH kepada UiTM Perak..

Thursday 12 March 2015

Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Pasukan Bomba Sukarela Batu Kurau di SK Toh Sajak.






Hari ini Datuk Dr,Haji Muhammad Amin Zakaria Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Pasukan Bomba Sukarela Batu Kurau di SK Toh Sajak.Alhamdullilah sambutan yang ditunjukkan Amat memberasang sekali Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini.

Wednesday 11 March 2015

Menyempurnakan Majlis Penutup Program Selangkah Ke UiTM Di RTC Gopeng









Datuk Dr.Muhammad Amin Zakaria menyempurnakan majlis penutup program Selangkah ke UiTM di RTC Gopeng. Hampir 15,000 hadir terutamanya pelajar lepasan SPM bersama ibu bapa masing-masing.Tahniah kepada semuanya.