Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Saturday 21 March 2015

Peruntukan Besar Bukti Kerajaan Komited Dalam Pendidikan



 Kerajaan sentiasa menambah baik sistem pendidikan negara bagi menghasilkan pelajar yang berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ibu bapa bagaimanapun perlu sedar bahawa sebarang penambahbaikan memerlukan tempoh beberapa tahun sebelum membuahkan hasil yang diingini.

“Sebab itu untuk menganjak ini, kita kaji. Kajian ini telah pun dibuat dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) itu adalah dokumen yang saya anggap cukup penting, supaya dalam tempoh berbaki 12 tahun.

Maka sistem kita ini bukan saja bertambah baik tetapi outcome pelajar nya juga meningkat dengan secara agak berperingkat-peringkat supaya ia menjadi sistem pendidikan yang berkualiti,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, kerajaan sememangnya memberi penekanan kepada pendidikan negara dan buktinya ialah menerusi peruntukan sebanyak 21 peratus daripada bajet negara, setanding atau lebih daripada negara maju.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi pembinaan dewan terbuka untuk kegunaan pelajar sewaktu merasmikan Karnival Warna-Warni Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam, Jumaat.

No comments:

Post a Comment