Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
memberi jaminan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
bermula esok tidak akan menjejaskan penurunan harga jualan 73 jenis
barang keperluan yang terbabit dalam Program Jualan Turun Harga Pasar
Tani yang dilancarkan Februari lalu.
Beliau berkata, bahawa harga 73 barang dan produk berasaskan pertanian segar, kering dan diproses yang dijual di 580 pasar tani seluruh negara akan kekal murah antara lima hingga 20 peratus berbanding tempat lain.
"Program Jualan Turun Harga Pasar Tani akan diteruskan kerana ia bukan saja memberi impak yang baik kepada pengguna malah peniaga.

"Purata
nilai jualan komoditi terpilih di pasar tani sebelum dan selepas
pelaksanaan program ini menunjukkan peningkatan yang amat
menggalakkan.
"Komoditi terpilih itu termasuk ayam proses, barang runcit, buah-buahan, daging lembu, ikan laut, sayur-sayuran dan telur mencatatkan nilai jualan sebanyak RM 30.33 juta pada Mac lalu meningkat 13 peratus berbanding Januari lalu iaitu RM26.40 juta," katanya pada sidang media semasa melakukan lawatan kerja di Pasar Tani Putrajaya, di sini, hari ini.

No comments:
Post a Comment