Menteri
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK), Datuk Hasan Malek hari ini menafikan penyebaran gambar
paparan skrin yang menunjukkan ‘jaminan’ beliau bahawa tiada
kenaikan harga minyak akan berlaku bulan depan.
Beliau
menafikan perkara itu melalui laman Facebooknya, hari ini dengan
menyifatkan penyebaran itu suatu kebiadaban.
“Satu
kebiadaban dan sikap yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Melalui
paparan skrin yang menggunakan namanya itu, ia turut menyebut bahawa
beliau rela hati meletakkan jawatan sebagai menteri jika harga minyak
naik.
Hari
ini, kerajaan akan mengumumkan harga minyak baru bagi April 2015 yang
bakal terpakai untuk tempoh sebulan.
No comments:
Post a Comment