Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Saturday 28 February 2015

Program Siswa Turun Desa (STD) 2.0 oleh Universiti Sains Malaysia.



















Hari ini Dato Dr.Muhammad Amin Zakaria bersama warga Kampung Pantai Besar sempena Program Siswa Turun Desa (STD) 2.0 oleh Universiti Sains Malaysia.Alhamdullilah Program yang di jalankan amat baik sekali dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis program ini amin.

Friday 27 February 2015

GST Selamatkan Malaysia Dari Kejatuhan Nilai Ringgit


Keputusan kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini dianggap sebagai langkah tepat untuk menangani ekonomi merosot akibat daripada kejatuhan nilai ringgit, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata, dengan bilangan syarikat yang berdaftar kini dilaporkan meningkat daripada 140,000 kepada 317,000, Putrajaya akan mempunyai tambahan pendapatan sebanyak RM1 bilion.
"Kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM13 bilion, kutipan GST RM23 bilion, namun daripada 140,000 syarikat apabila ia meningkat kepada 317,000 maka pendapatan kerajaan bertambah lagi, kutipan RM1 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program penerangan cukai GST bersama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti)  di bangunan Siti Hasmah di Petaling Jaya, hari ini.
Katanya, dengan tambahan pendapatan RM1 bilion susulan peningkatan bilangan syarikat yang berdaftar, kerajaan kini dijangka meraih kutipan sebanyak RM24 bilion.

Thursday 26 February 2015

Menghadiri Sesi Pengambaran Filem Di Batu Kurau

















Dato Dr.MUhammad Amin Zakaria di Kampung Pantai Besar Ulu, hadir menyaksikan penggambaran filem bertajuk "The Adventure of Buntat". Antara pelakon terkenal terlibat ialah Faisal Hussein, Abu Bakar Omar, Vanida Imran, pelakon kanak-kanak Raiqal dan dibantu oleh pelakon-pelakon pembantu terkenal dan juga pelakon tempatan Batu Kurau sendiri termasuk Awang DJ, Syakirah Hamid dan lain lain lagi. Semoga filem ini nanti sedikit sebanyak akan dapat membantu mempromosi Batu Kurau di mata dunia amin.

Wednesday 25 February 2015

Menghadiri Jemputan Perkahwinan Di Dun Batu Kurau















Dato Dr.MUhammad Amin Zakaria memenuhi jemputan Perkahwinan Di Dun Batu kurau,Terima kasih di ucapkan kepada Tuan Rumah yang sudi menjemput kami datang,Tidak lupa juga kepada masyarakat kampung di batu kurau yang banyak menolong dan menjayakan majlis kenduri ini.Terima kasih banyak-banyak kepada semua.

Tuesday 24 February 2015

Santai Hujung Minggu Bersama Keluarga Tercinta









Alhamdullilah sempena hujung Minggu santai bersama keluarga tercinta,walaupun sibuk bekerja tapi tanggungjawab bersama keluarga mesti di utamakan...Syabas Dato

Monday 23 February 2015

Majlis Anugerah Cemerlang 2014 SK Marian Convent, IPOH











Dato Dr.MUhammad Amin Zakaria memenuhi jemputan SK Marian Convent, Ipoh untuk menyempurnakan Majlis Anugerah Cemerlang 2014 untuk pelbagai kategori termasuk dalam bidang akademik, kokurikukulum dan pengumuman beberapa Tokoh Murid. Sekolah ini mendapat tempat terbaik kategori sekolah rendah bandar bagi UPSR 2014. Tahniah kepada semua.

Sunday 22 February 2015

Aktiviti Di Dun Batu Kurau




























Hari ini Dato Dr.Muhammad Amin Zakaria Bersama Penduduk Di Dun Batu Kurau mengendalikan program Aduan Awam, Klinik Dr Zambry di Arena Batu Kurau, menghadiri majlis pengkebumian bapa kepada Saudara Murugayan KP MIC Bahagian Larut, melawat kelas pengajian Al-Quran di Cht Lobak, menziarahi org sakit dan uzur di Cht Lobak (2 org) dan di Cherok Pelanduk (1 org). Malam sessi perbincangan dengan wakil Badan Anak-anak Perak dr Aceh, Indonesia.

Saturday 21 February 2015

Sultan Nazrin Sempurnakan Sambutan Tahun Baru Cina



Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2015 Peringkat Negeri Perak di Hotel Kinta River Front pada Ahad.
Tuanku yang diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut menyempurnakan majlis itu dengan menggaul 'Yee Sang' yang merupakan menu tradisi masyarakat Cina bersama pemimpin negeri.
Hadir sama Raja Muda Perak, Raja Jaafar Rama Muda Musa, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Intergrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Datuk Dr Mah Hang Soon yang juga Pengerusi Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Perak 2015 dan barisan exco kerajaan negeri.
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara Salim turut berkenan menyampaikan ang pau kepada seramai 58 orang anak yatim dari beberapa buah rumah kebajikan sekitar Ipoh.
Terdahulu Dr Mah dalam ucapannya berkata, Tahun Baru Cina yang diraikan bersama pelbagai kaum adalah kesan dari kemakmuran dan perpaduan semua kaum di negeri ini.
"Kemakmuran yang dikecapi hari ini haruslah dikekal dan dipertahankan, semangat tulin 1Malaysia dan kekayaan tradisi pelbagai kaum menjadi teras untuk kita terus menjadi bangsa yang berdaulat serta disengani," katanya.

Majlis turut diwarnai dengan pelbagai persembahan seperti tarian naga, gendang, seni mempertahankan diri wusyu dan nyanyian.