Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Sunday 15 February 2015

Kerajaan Perak Ucap Takziah Kepada Keluarga Nik Aziz


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka pada Khamis malam.
Dr Zambry ketika ditemui pada Jumaat memberitahu, sebagai mewakili kerajaan negeri Perak serta seluruh rakyatnya, mendoakan Allahyarham ditempatkan bersama hamba yang soleh.
"Saya serta seluruh keluarga dan juga anggota kerajaan serta rakyat negeri Perak mendoakan agar allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan mendapat sebaik-sebaik tempat disisinya," ujar beliau.
Beliau berkata selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Watikah Lantikan Ahli-Ahlo Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Daripada D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak di Kompleks Islam Darul Riduzan pada Jumaat.
Beberapa ahli exco kerajaan negeri juga turut menyampaikan ucapan takziah serta doa mereka bagi mantan Menteri Besar Kelantan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, Malaysia kehilangan tokoh pejuang Islam dengan pemergian Nik Aziz.
"Rakyat Malaysia kehilangan seorang pemimpin yang mempunyai peranan dalam usaha membangunkan Islam di negara ini," katanya.
Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berharap keluarga allahyarham tabah menghadapai waktu-waktu sukar ini.
"Semoga kesabaran dan ketabahan keluarga Alllahyarham menghadapai waktu duka ini diberi ganjaran jannah oleh Allah S.W.T," 

No comments:

Post a Comment