Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Friday 13 February 2015

Dr Zambry Terima Kunjungan Hormat Abu Zahar


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang di pejabatnya di Ipoh pada Rabu.
Turut hadir pada kunjungan hormat tersebut ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Seri S.K Devamany serta timbalannya, Datuk Nasaruddin Hashim.
Dr. Zambry meluang masa kira-kira satu jam pada pertemuan tersebut.
Pada Selasa, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menerima menghadap Abu Zahar di Istana Kinta.
Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, isteri Abu Zahar, Puan Sri Sharifah Rogayah Syed Jaffar, Devamany serta Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Datuk Lamien Sawiyo dan isteri.
Dalam sidang akhbar selepas kunjungan hormat ke atas Sultan Perak, Abu Zahar memberitahu kunjungan hormat itu bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim.
"Kunjungan hormat ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara Dewan Undangan Negeri dan Parlimen serta membincangkan isu-isu berkaitan penambahanbaikan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment