Pekan:
Komuniti setempat perlu berperanan aktif dalam memberi sokongan dan
sumbangan kepada pelajar dan sekolah sebagai usaha menjamin
kecemerlangan pendidikan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana
Menteri berkata, ia meliputi penyertaan ibu bapa dalam bidang
akademik dan kokurikulum terutama bagi menjayakan program pendidikan
anak mereka dari peringkat sekolah ke institusi pengajian tinggi.
Pada
masa sama katanya, bekasa pelajar yang sudah berjaya perlu
menyalurkan dana kewangan kepada sekolah dan IPT di kawasan mereka
bagi membolehkan lebih banyak program pendidikan dilaksanakan.
“Jika
(seseorang) bukan dermawan, tanpa wang ringgit, pihak terbabit boleh
tampil menyokong sebarang aktiviti yang dilaksanakan menerusi
pembabitan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
“(Ini)
kerana (pelajar) adalah jaminan aset kepada negara pada masa depan,”
katanya berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 Parlimen Pekan di Dewan
Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, semalam.
Hadir
sama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Ishak Muhamad dan Pengurus
Besar Yayasan Pahang Mahmud Mohd Nawawi.
Najib
yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, masyarakat negara ini perlu
mencontohi budaya masyarakat Barat yang sentiasa membantu institusi
pendidikan mereka selepas berjaya dalam lapangan masing-masing.
Beliau
berkata, lepasan universiti terkemuka seperti Universiti Harvard di
Amerika Syarikat menyalurkan sumbangan kepada institusi pengajian itu
sehingga ia memiliki dana yang besar untuk dimanfaatkan pelajar baru.
Katanya,
langkah itu juga membolehkan institusi pendidikan tersohor itu
menjadi pilihan pelajar dari seluruh dunia.
“Mereka
tidak keberatan membeli peralatan dan kemudahan untuk memajukan
(institusi itu). Ini adalah penanda aras yang baik dan perlu kita
contohi,” katanya.
-Metro
No comments:
Post a Comment