Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Sunday 1 February 2015

Galak kepelbagaian bahasa



Kuala Lumpur: “Komuniti India Malaysia adalah anak bangsa tanah air ini dan kerajaan akan pastikan mereka terus maju dan pada masa sama akan melindungi bahasa serta kebudayaan kaum itu,” kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, sejak berlakunya migrasi besar-besaran masyarakat India pada abad ke-19 mereka banyak menyumbang kepada negara dan sehingga kini turut maju seiring dengan kemajuan Malaysia.
Beliau berkata, kerajaan sentiasa memperjuangkan dasar kepelbagaian budaya dan bahasa di Malaysia.
Kita sentiasa menggalakkan penggunaan bahasa ibunda terutama dalam sistem pendidikan dan memberikan semua bantuan yang diperlukan kepada pelbagai kumpulan etnik bagi memastikan bahasa mereka diamalkan dan dipelihara.
Saya bangga untuk menyatakan bahawa komuniti Tamil di Malaysia berjaya melindungi dan memelihara bahasa serta budaya mereka,” kata beliau semasa berucap pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Tamil Kesembilan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.
Turut hadir Duta Khas Malaysia bagi Infrastruktur ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu yang juga pengerusi penganjur persidangan dan Menteri Kanan Negara, Kementerian Undang-Undang dan Kementerian Pendidikan Singapura Indranee Rajah.
Sebanyak 1,500 peserta termasuk pembentang kertas kerja dari Malaysia dan 20 negara lain hadir pada persidangan empat hari itu yang bermula kelmarin.
Ini adalah kali ketiga Malaysia dipilih sebagai hos persidangan selepas tahun 1966 dan 1987.
Sementara itu, Najib berkata status sosio ekonomi masyarakat India mengalami perubahan signifikan khususnya selepas kemerdekaan negara.
-Metro



No comments:

Post a Comment