Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Saturday 14 February 2015

Sultan Perak Titah Majlis Rasmi Dimulakan Dengan Bacaan Al-Quran


Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan acara yang dianjurkan oleh pihak istana dan kerajaan negeri hendaklah dimulakan dengan membaca beberapa petikan ayat suci Al-Quran yang disertakan dengan maksudnya.
Titah baginda, itu adalah sebagai satu langkah untuk meningkatkan apresiasi ummah di samping sebagai usaha untuk menangani sebarang salah faham masyarakat umum terhadap Al-Quran.
"Beta dengan ini menititahkan sebolah-bolehnya dalam situasi yang sesuai, acara-cara yang dianjurkan oleh Istana dan Kerajaan beta hendaklah dimulakan dengan membaca beberapa petikan ayat Al-Quran.
"Ayat-ayat yang dipilih tidak perlu panjang tetapi hendaklah terdiri daripada ayat-ayat yang ada kaitan dengan sesuatu acara yang dianjurkan," titah baginda.
Selain itu juga, baginda turut menitahkan kaedah pengajaran Al-Quran disusun semula bagi menyuntik roh islam dan membangunkan sistem pentadbiran berlandaskan Al-Quran.
Titah baginda, pengajaran Al-Quran perlu beralih daripada sifat terburu-buru mahukan anak-anak segara khatam 30 juzuk kepada kaedah yang lebih lengkap dan fokus kepada aspek pemahaman, apresiasi, penghayatan dan amalan.
"Minat mempelajari dan minat mengkaji Al-Quran perlu dihidupkan di hati setiap ummah sehingga terbentuknya rasa kasih dan rasa cinta kepada Al-Quran.
"Al-Quran pada hari ini kelihatan berperanan sampingan disebabkan pembelajaran Al-Quran sering kali berkahir di tahap penguasaan membaca dan menghafal," titah baginda.
Baginda juga menggesa agar MAIPk mengkaji keberkesanan program Kelas Fardhu Ain dan Al Quran (KAFA) di negeri ini.
Titah Sultan Nazrin, MAIPk perlu meneliti hasil kajian tersebut untuk dijadikan asas bagi merangka satu pendekatan baru, format pengajaran dan pembelajaran Al-Quran yang turut memberi fokus kepada aspek-aspek pemahaman dan penghayatan.
Terdahulu, Sultan Nazrin menerima cek zakat perniagaan bernilai RM2,776,486.72 daripada lapan agensi sempena majlis penganugerahan watikah lantikan ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

No comments:

Post a Comment