Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan Majlis
Sambutan Tahun Baru Cina 2015 Peringkat Negeri Perak di Hotel Kinta
River Front pada Ahad.
Tuanku
yang diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut
menyempurnakan majlis itu dengan menggaul 'Yee Sang' yang merupakan
menu tradisi masyarakat Cina bersama pemimpin negeri.
Hadir sama
Raja Muda Perak, Raja Jaafar Rama Muda Musa, Raja Puan Besar Perak,
Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat
Nayan.
Turut
hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Intergrasi
Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Datuk Dr Mah Hang
Soon yang juga Pengerusi Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat
Negeri Perak 2015 dan barisan exco kerajaan negeri.
Sultan
Nazrin dan Tuanku Zara Salim turut berkenan menyampaikan ang pau
kepada seramai 58 orang anak yatim dari beberapa buah rumah kebajikan
sekitar Ipoh.
Terdahulu
Dr Mah dalam ucapannya berkata, Tahun Baru Cina yang diraikan bersama
pelbagai kaum adalah kesan dari kemakmuran dan perpaduan semua kaum
di negeri ini.
"Kemakmuran
yang dikecapi hari ini haruslah dikekal dan dipertahankan, semangat
tulin 1Malaysia dan kekayaan tradisi pelbagai kaum menjadi teras
untuk kita terus menjadi bangsa yang berdaulat serta disengani,"
katanya.
Majlis
turut diwarnai dengan pelbagai persembahan seperti tarian naga,
gendang, seni mempertahankan diri wusyu dan nyanyian.
No comments:
Post a Comment