Mesyuarat
Barisan Nasional (BN) negeri Perak yang berlangsung hari ini
membincangkan isu menyeluruh melibatkan semua komponen parti dalam
berhadapan dengan piliharaya akan datang.
Pengerusi
BN Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata sesi
perbincangan gerak kerja ini adalah bagi membuat semakan tentang
perancangan yang perlu dilakukan BN Perak dalam usaha memeperkukuhkan
kedudukan dan juga memperbaiki kelemahan.
“Kita
merancang ke hadapan,kita melihat perlunya kita bekerjasama dan
mendengar sebarang permasalahan jika ada;bagi kita menyelesaikan
perkara tersebut,” katanya ketika sidang media.
Mengulas
lanjut krisis dalaman parti MIC beliau menjelaskan tiada perbincangan
yang spesifik berhubung perkara tersebut.
“Setiap
parti mempunyai kelebihan dan kekurangan dan peluang yang perlu
digarap. Jadi setiap kelemahan itu diperincikan dan dicari
penyelesaiannya. Dalam hal ini ia tidak khusus pada MIC semata-mata,”
ulas beliau
Dari
segi keanggotaan parti MIC di Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry
berkata pihaknya mengikut seperti yang diputuskan oleh kepimpinan
tertinggi MIC yang melantik Tan Sri Ramasamy Muthusamy sebagai
pengerusi perhubungan negeri Perak serta keanggotaan yang lain.
Mesyuarat
tertutup yang berlangsung di Bangunan UMNO di Ipoh diadakan selama
sejam hanya melibatkan pimpinan utama komponen parti bersama
dengan ahli sayap mereka iaitu ketua-ketua peringkat negeri sahaja.
No comments:
Post a Comment