Kongres
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengesa
kerajaan menambahkan bilangan perumahan mampu milik bagi persediaan
masa hadapan penjawat awam.
Presidennya,
Datuk Azih Muda berkata, ini berikutan pemerhatian yang dijalankan
oleh pihaknya mendapati bilangan rumah mampu milik yang disediakan
buat penjawat awam masih tidak mencukupi buat masa ini.
Beliau
berharap dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang
yang dijadualkan bulan ini, kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan
untuk menambah jumlah peruntukan bilangan rumah mampu milik sebanyak
sekali ganda.
"Ini
kerana, penjawat-penjawat awam berhadapan dengan tekanan sekiranya
harga rumah meningkat lagi pada masa hadapan, walhal gaji mereka
tidak pula bertambah," katanya.
Beliau
berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Pasca
Bencana Banjir 2016 anjuran ANGKASA dan CUEPASC kepada penjawat awam
di Dewan Serbaguna Kg Gajah, Kampung Gajah pada Rabu.
Menurutnya,
kerajaan seharusnya mengambil kira mengenai isu penjawat awam yang
tidak mempunyai kemampuan untuk membeli rumah yang selesa berikutan
gaji mereka yang tidak setimpal dengan harga rumah.
Katanya,
kajian terperinci harus dilakukan terhadap dasar perumahan negara
serta Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 agar
generasi masa depan tidak terbeban dalam memiliki rumah sendiri.
"CUEPACS
berharap Majlis Perumahan Negara akan menyelidik perkara ini kerana
saya tidak pasti samada pemaju perumahan sengaja mengambil keuntungan
yang banyak atau kadangkala meletakkan harga yang tinggi utuk projek
pembinaan mereka.
"Kita
tidak hendak perkara ini menjadi satu fenomena yang akan berlarutan
buat jangka masa panjang dan penjawat-penjawat awam ini tidak akan
akan mampu membeli rumah," ujarnya lagi.
Azih turut
meminta kerajaan-kerajaan negeri untuk menyediakan satu pelan khas
bagi persiapan pemilikan rumah generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment