Kuala
Krai: “Mudah-mudahan ini semua (bantuan diberikan) memberi kelegaan
dan di sebalik kesusahan dialami ada kesenangan nanti,” kata Datuk
Seri Najib Razak.
Perdana
Menteri meluahkan harapan itu di hadapan lebih 2,000 penduduk daerah
ini yang hadir pada Majlis Pelancaran Fasa Bantuan Kekal Untuk Mangsa
Banjir di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru, di sini, semalam.
Pada
majlis itu beliau mengumumkan permulaan fasa bantuan kekal untuk
disumbangkan kepada mangsa banjir yang didahului dengan projek
pembinaan rumah kekal iaitu lima buah bagi peringkat pertama.
Najib
berkata, beliau memilih Manek Urai untuk melancarkan program
sumbangan kekal itu disebabkan ia paling teruk terkesan dan menerima
malapetaka paling dahsyat akibat banjir, bulan lalu.
“Saya
melihat sendiri keadaan di sini, saya membayangkan keadaannya ketika
tempoh kritikal terutama di Manek Urai yang paling teruk ditimpa
malapetaka. Justeru, kalau mahu memulakan fasa bantuan kekal, maka di
bumi Kuala Krai ini patut dimulakan.
“Kami
tahu dan sedar Allah akan menguji dalam kesusahan dan Allah akan uji
dalam kesenangan. Hanya mereka yang tabah dan kuat iman, mereka yang
bertakwa, insya-Allah akan lepasi ujian.
“Insya-Allah
ini saja yang kita berdoa supaya Allah SWT melindungi kita dan supaya
fasa bantuan yang kita harapkan ini akan ditunaikan dengan baik,”
katanya.
Beliau
berkata, dalam fasa itu kerajaan akan memastikan penyaluran sumbangan
dibuat secara berperingkat dengan projek pembinaan rumah kekal di
Manek Urai dimulakan ke atas lima kediaman sebelum diteruskan ke 138
unit lagi.
“Kementerian
Kerja Raya diletakkan sebagai kementerian bertanggungjawab untuk
memastikan rumah dijanjikan ini dapat dilaksanakan dengan kadar
segera kerana di bawahnya terdapat agensi Jabatan Kerja Raya dan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
“Rumah
ini nilainya RM48,000 tak termasuk perbelanjaan membuat kerja
pembersihan tapak mahupun kerja asas. Keluasan adalah 61.3 meter
persegi, menggunakan kaedah binaan terus di atas tanah atau binaan di
atas tiang setinggi 2.6 meter dari aras tanah.
“Saya
mahukan bukan saja rumah mesti sempurna, tetapi apabila rakyat tidur
pada waktu malam, dia tidur dengan selamat, dia tidur dengan rasa
selesa itu yang kita mahukan,” katanya yang memberitahu jumlah
keseluruhan rumah itu mencapai 120.7 meter persegi termasuk ruang
bawah rumah yang boleh digunakan.
Katanya,
ada juga penduduk meminta dibinakan rumah di atas tapak tanah dan
model rumah begitu disediakan yang mengambil keluasan 74 meter kaki
persegi.
Bagaimanapun,
beliau berkata, kerajaan lebih cenderung kepada pembinaan rumah
bertiang berikutan memberi jaminan masa depan selain mengurangkan
risiko ditenggelami air sekiranya berlaku banjir lagi.
“Kami
buat berperingkat dan untuk Kelantan saya juga sudah mohon kepada
kerajaan Negeri memberi kelulusan kepada mereka yang tidak ada tanah
umpamanya yang status setinggan, tapi rumah musnah seperti mereka
yang diami tanah rizab sungai, kumpulan begini, kita minta kerajaan
negeri luluskan tapak baru yang selamat dengan segera.
“Lebih
utama kita mesti menggunakan kontraktor dan pekerja tempatan supaya
ekonomi negara mendapat manfaat kerja pemulihan ini,” katanya yang
menjangkakan projek fasa pertama siap dalam tempoh setahun.
Menurutnya
juga, rumah yang tidak musnah sepenuhnya, namun rosak akan dibantu
membabitkan peruntukan maksimum bagi sebuah rumah RM10,000.
-Metro
No comments:
Post a Comment