Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Tuesday 10 February 2015

Sultan Nazrin Berkenan Sempurnakan Penyampaian Hadiah Hafazan



Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Ujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak tahun 1436H/2015M di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) Ipoh pada Selasa.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris, Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Pada majlis itu baginda berkenan menyampaikan hadiah kepada pelajar Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin Chenderong Balai, Ahmad Syahir Zafrullah yang muncul johan kategori 1 hingga 30 juzuk lelaki.
Ahmad Syahir yang mendapat markah 91 peratus menerima hadiah wang tunai RM8,000, plak, sijil dan hadiah iringan.
Naib johan dimenangi Muhammad Hanzalah Ahmad Sukry yang menerima RM6,000, plak dan sijil manakala tempat ketiga oleh Uwais Qarni Nor Izam yang menerima RM4,000 plak dan sijil.


No comments:

Post a Comment