Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Saturday 30 May 2015

Meraikan Hari Guru Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Perak








18hb. Mei, 2015: Menjengah sekolah-sekolah sempena Hari Guru 2015. Guru membina ilmu, menyempurnakan akhlak. Terima kasih Cikgu.

Friday 29 May 2015

Seharian bersama rakyat di Batu Kurau


















HAri ini Datuk Dr.Muhammad Amin Zakaria melakukan lawatan Dan Ramah Mesra Bersama Rakyat Di Dun Batu Kurau.Alhamdullilah Semua Berjalan Dengan Lancar Dan Baik serta Terima Kasih Juga Kepada semua yang terlibat menjayakan bersama saya.

Thursday 28 May 2015

Sambutan Hari Guru



Sambutan Hari Guru meriah dengan kehadiran Exco Pendidikan Negeri Perak YB Dr Muhammad Amin Zakaria dan Timbalan Pengarah JPN Perak di SKKR

Wednesday 27 May 2015

Najib Jelajah Seluruh Negara, Beri Penjelasan



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan untuk melepaskan jawatannya.
Memetik laporan daripada portal mStar, Najib dijadualkan akan ke Perlis untuk bertemu dengan barisan kepimpinan UMNO negeri meskipun beliau baharu sahaja pulang daripada urusan rasminya di Jepun pada malam Selasa lalu.
Beliau telah dijadualkan untuk menghadiri majlis makan di Dewan Wawasan 2020 di Kangar selain menyampaikan hadiah kepada pemenang ‘Desa Sejahtera 1Malaysia di Kampung Kurong Tengar, Kuala Perlis.
Sebelum ini, Perdana Menteri turut menghadiri beberapa perhimpunan besar yang lain di seluruh negara antaranya di Kota Belud, Tawau, Johor Bahru, Gopeng serta Pekan.
Najib mengambil peluang dalam majlis tersebut untuk menjelaskan segala isu yang menjadi kontroversi termasuklah isu berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pembelian tanah di Tun Razak Exchange oleh Tabung Haji, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tekanan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan.
Menurut seorang pemimpin UMNO Johor, kehadiran ramai rakyat dalam setiap majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri menunjukkan bahawa beliau masih mendapat sokongan daripada rakyat meskipun pelbagai tohmahan diterima oleh beliau.
Mereka datang untuk mendengar sendiri penjelasan terhadap isu-isu yang berlaku.
Apa pun, Najib perlu membela diri sendiri dan menyakinkan rakyat bahawa beliau komited untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul,” kata pemimpin tersebut.
Sementara itu, Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Rahman pula berkata, Najib perlu turun padang dan menyangkal segala dakwaan dan tuduhan yang dilakukan terhadapnya dan beliau tidak perlu menyerang Tun Mahathir.



Tuesday 26 May 2015

Hasil Perolehan GST Akan Membebankan Rakyat – Tun Mahathir



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasil tambahan yang diperolehi melalui Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan lebih membebankan rakyat.
Katanya, rakyat perlu membayar lebih untuk segala-galanya yang mereka beli, seterusnya mengurangkan kuasa rakyat sebagai pengguna.
Dalam erti kata lain, rakyat telah menjadi lebih miskin untuk memperkayakan Kerajaan,” Mahathir berkata demikian melalui penulisan terbarunya pada laman blog milik beliau, chedet.cc.
Ujarnya, walaupun bukan kesemua barangan dikenakan GST, tetapi harga perlu dinaikkan kerana pemborong yang membekalkan barangan kepada peruncit perlu membayar GST kepada kerajaan.
Kemudian peruncit pula perlu mendapatkan kembali kos mereka dengan menekan harga yang lebih tinggi ke atas pengguna yang mana pada akhirnya, rakyat juga yang perlu menanggung kos GST ,” jelas beliau.
Mahathir dalam penulisannya juga telah menyatakan bahawa kerajaan boleh mengelakkan pelaksanaan cukai tambahan tersebut dengan mengurangkan kos perbelanjaan.
Memberi wang kepada rakyat dengan harapan untuk popular sedangkan rakyat tidak benar-benar memerlukan wang.
Lebih baik jika kerajaan melatih rakyat untuk meningkatkan pendapatan mereka, dan apabila pendapatan meningkat, ianya akan memberi kelebihan terhadap hasil kerja ,” tambah beliau lagi.
Beliau turut berkata, kenaikan gaji tanpa ada peningkatan di dalam produktiviti turut akan mengakibatkan peningkatan defisit.
Tegasnya, jika kerajaan boleh menguruskan kewangan negara dengan lebih baik, GST tidak perlu dilaksanakan.



Monday 25 May 2015

ASEAN, Negara Ketiga Perlu Bantu Selesai Isu Pelarian Rohingya – Najib





KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyarankan agar negara-negara Asean dan negara ketiga memainkan peranan bagi menyelesaikan isu pelarian Rohingya.
Najib melalui penulisan terbaru di laman blognya najibrazak.com berkata, amat penting bagi kesemua negara tersebut bersama-sama dengan kerajaan Myanmar untuk mencari satu jalan penyelesaian ASEAN secara bersama.
Selain itu, negara-negara lain seperti negara ketiga pula perlu memainkan peranan untuk membantu membanteras permasalahan ini disamping menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan,” katanya.
Beliau turut berharap, agar pertubuhan-pertubuhan seperti OIC dan juga PBB turut memainkan peranan masing-masing supaya masalah kemanusiaan seperti pelarian Rohingya ini dapat diatasi.
Sementara itu, Najib juga turut menyatakan bahawa penemuan kubur-kubur besar di kawasan dipercayai kem pemerdagangan manusia berhampiran sempadan Perlis-Thailand tersebut telah mengejutkan banyak pihak.
Ia juga amat jelas memperlihatkan bahawa pelarian berkenaan telah didera dan dizalimi dengan sangat kejam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jelasnya, beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand turut menerima kesan daripada daripada tragedi kemanusiaan yang berlaku tersebut namun, demi kedaulatan negara, orang luar tidak boleh memasuki sempadan negara ini dengan mudah.
Namun sebagai manusia biasa, beliau juga mengakui bahawa timbul rasa belas kasihan terhadap nasib yang menimpa masyarakat Rohingya tersebut yang sanggup mengambil risiko meredah lautan daripada terus tinggal di bumi Myanmar.
Saya akui, setelah melihat keadaan pelarian Rohingya ini, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang merana akibat kelaparan, kehausan dan keletihan, saya telah membuat keputusan mengarahkan operasi menyelamatkan mereka di perairan kita,” ujar beliau lagi.



Sunday 24 May 2015

Sikap Peniaga Tidak Bertanggungjawab Eksploitasi GST, Timbulkan Kemarahan Kepada Kerajaan -PM



GOPENG: Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan mengeksploitasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah menimbulkan persepsi buruk kepada Kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebanyakan permasalahan dan salah faham mengenai GST yang menimbulkan kemarahan rakyat adalah berpunca daripada sikap peniaga yang ingin mengaut keuntungan yang berlebihan.
Katanya lagi, hasil daripada kutipan GST yang dilakukan oleh kerajaan tersebut akan digunakan untuk memberikan manfaat kepada rakyat.
Kalau kita tambah hasil, saya akan bentangkan kepada rakyat setiap ringgit tambahan hasil negara melalui GST, saya akan bentangkan untuk pengetahuan rakyat,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Lawatan Kerja Ke Negeri Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, hari ini.
PERAKTODAY8
Tambah Najib lagi, dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan adalah demi kepentingan rakyat serta untuk mengukuhkan kewangan negara.
Kita punya dasar baik… bila orang mengeksploitasikan keadaan ini, mereka salahkan kerajaan.
Walhal, niat di hati saya ialah untuk mengukuhkan keadaan kewangan negara untuk kesejahteraan rakyat,” jelasnya.
Beliau berkata, kerajaan telah berusaha untuk membantu rakyat dengan memansuhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan menggantikannya dengan GST.
Ada barang yang orang tidak tahu dulu ada SST, tetapi yang masalahnya SST dulu patut dikurangkan harga, bukan dikurangkan malah ditambahnya lagi enam peratus.
Inilah punca masalahnya rakyat marah kepada kerajaan.
Ini bukan soal dasar, tetapi dalam tempoh satu tahun lagi, saya yakin dan percaya, perkara ini boleh dibetulkan,” tambah beliau lagi.
Ujarnya, peniaga tidak bertanggungjawab tersebut yang patut dipersalahkan bukannya kerajaan kerana mereka tidak ada isi hati untuk memikirkan berkenaan kepentingan rakyat.
Tegasnya, tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan itu akan dipergiatkan lagi.
Kepada para pekedai ini, kita minta penguatkuasaan kita lebih tegas lagi, heret mereka ke mahkamah dan saman mereka… pengguna-pengguna tolong beritahu kita apa kesalahan mereka supaya kita boleh ambil tindakan.

Percayalah, dasar kerajaan dan agenda ini ialah untuk rakyat, kalau ada permasalahan, sama-samalah kita betulkan,” ujar beliau lagi.

Saturday 23 May 2015

Bukan Masa Untuk Berbalah, Bersatu Laksanakan Agenda Pembangunan Negara -PM

GOPENG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kepada semua rakyat agar terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau untuk menerajui kepimpinan negara.
Beliau berkata, pada masa ini bukanlah masa untuk berbalah antara satu sama lain tetapi perlu mencapai muafakat dalam memastikan agenda pembangunan negara dapat diteruskan.
Sebab itulah, ini bukanlah ketika untuk kita berbalah sesama kita… bukanlah satu masa untuk menyuruh pemimpin turun daripada jawatan tetapi masa untuk kita bersatu, bermuafakat kerana terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Lawatan Kerja Ke Negeri Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, sebentar tadi.
PERAKTODAY10
Turut hadir sama, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Najib yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pemimpin juga manusia biasa yang tidak lekang daripada melakukan kesalahan, namun itu bukanlah sebab untuk menjatuhkan hukuman.
Dalam mana-mana pentadbiran pun tidak lekang kerana manusia ada kelemahan… cuma saya minta bagilah peluang dan kepercayaan serta sokongan kepada saya.
Saya akan lakukan yang terbaik untuk negara kita yang mana saya mesti melakukan dengan segala kudrat dan kekuatan yang diberikan oleh Tuhan kepada saya untuk rakyat serta negara.
Banyak lagi perkara yang boleh lakukan dan banyak lagi agenda kita, tunggulah kita akan maklumkan kepada rakyat,” tegasnya.
Katanya, sokongan yang telah diberikan oleh rakyat, parti komponen BN serta semua pihak merupakan jaminan Malaysia yang bersatu padu atas semangat prinsip 1Malaysia.
Terdahulu, perhimpunan Perdana Menteri bersama rakyat tersebut telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri serta barisan pimpinan BN negeri untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan beliau.
Perak juga merupakan negeri pertama yang dilawati oleh Najib sempena lawatan kerjanya selepas pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).
Hampir 20,000 orang telah hadir dari seluruh pelusuk negeri Perak bagi menyatakan sokongan mereka terhadap pemimpin nombor satu negara itu.



Friday 22 May 2015

Zambry Lancar Buku, Album Karya Malim Ghozali PK



IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini melancarkan sebuah buku bertajuk ‘Memoir: Di Sudut Duniaku’ dan album ‘Benarkah Laut Itu Biru’.
Kedua-duanya adalah hasil karya Mohamad Ghozali Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Malim Ghozali PK.
Screenshot_2015-05-22-23-32-40_1
Pelancaran tersebut dilakukan semasa Majlis Makan Malam Kampung Karyawan Malim, Inspirasi Kreatif, yang berlangsung di Amanjaya Convention Centre, Hotel Casuarina@Meru, di sini, hari ini.
Turut hadir ke majlis berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Dalam majlis tersebut, Zambry juga tidak melepaskan peluang untuk mendeklamasikan sebuah sajak.
Ghozali yang juga Pengerusi Yayasan Kampung Karyawan Malim berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri Perak kerana meluluskan permohonan sebidang tanah untuk tujuan pembangunan Kampung Karyawan Malim.
Pada tahun 2011, kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Dr. Zambry telah meluluskan sebidang tanah di Kampar untuk pembangunan Kampung tersebut,” katanya.
Ujarnya, pelbagai halangan yang dihadapi oleh pihaknya dalam pembinaan perkampungan seni berkenaan termasuklah daripada segi dana.
Pembinaan kampung ini bukanlah untuk saya, tetapi untuk kita semua ,”tegasnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis itu.
Kampung Karyawan akan dibina di Lembah Gua Tempurung nerupakan perkampungan seni yang pertama di negara ini.


Thursday 21 May 2015

Istiadat Pertabalan Sultan Perak Ke-35 Selesai




Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengisytiharkan segala kerja berkaitan pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV sejak 3 Mei lalu telah selesai sepenuhnya.
Bertitah dalam Istiadat Menutup Kerja di Istana Iskandariah pada Ahad, baginda menzahirkan penghargaan kepada kesemua pihak terlibat menjayakan acara-acara yang telah disusun sepanjang istiadat pertabalan.
Baginda bertitah, kehadiran rakyat jelata yang keluar beramai-ramai menyambut keberangkatan baginda bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di setiap tempat yang diziarahi dan majlis, amat dihargai. “Kehadiran rakyat jelata adalah hadiah amat berharga kepada Beta dan Raja Permaisuri.
Kepada Allah Subhanahu Wata’ala hamba-Mu pohonkan rahmat pertolongan untuk membolehkan kasih sayang rakyat itu dibalas dengan limpahan rezeki dari Mu kepada mereka,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah, pengalaman melawat makam dan menjejakkan kaki di Beting Beras Basah dalam istiadat pertabalan juga telah menginsafkan baginda dan baginda amat beryukur kepada Allah di atas penganjaran diperolehi.
Titah baginda, pengalaman dalam istiadat pertabalan itu telah menginsafkan baginda kepada tiga perkara. “ Pertama: darjat dan jawatan di dunia adalah sementara sifatnya, setiap insan akan dikembalikan kepada asal usul kejadiannya oleh ALLAH yang Maha Pencipta, dari tanah kita dicipta kepada tanah kita kembali.
Kedua: setiap seorang Sultan terdahulu telah berjasa dan masing-masing mencipta sejarah pemerintahan. "Oleh itu, Sultan yang terkemudian tidak wajar bersifat membesar diri, membelakangi mereka, tetapi wajib mengambil pengajaran daripada pengalaman Sultan terdahulu untuk dijadikan pedoman," titah baginda.
Ketiga, baginda bertitah, menjejak kaki di Beting Beras Basah dan pengalaman menziarahi makam membawa minda baginda mengimbas peristiwa silam, betapa susah payah Sultan-sultan terdahulu dengan kemudahan yang sangat terbatas, mengasaskan sebuah negeri dan sebuah pemerintahan.
Kejayaan Marhum-marhum itu membangunkan sebuah negeri berdaulat, negeri beraja-rakyat bersultan yang warganya terdiri daripada segala lapisan rakyat yang begitu pelbagai tetapi hidup bersatu di bawah payung naungan pemerintahan seorang Sultan. Jasa bakti Marhum-marhum itu tidak harus dimusnahkan.
Pada hari ini adalah menjadi tanggung jawab besar hamba-Mu ini untuk memberikan payung naungan pemerintahan yang dapat menyatukan rakyat yang berbilang agama, berbilang kaum, berbilang budaya dari pelbagai latar belakang sosial, ekonomi, politik dan usia agar terus kekal bersatu, hidup dalam harmoni dan saling bekerjasama memakmurkan negeri Perak Darul Ridzuan,” titah baginda.
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah, jalinan kerjasama yang tinggi antara pelbagai jabatan, agensi dan individu dalam menjayakan istiadat itu juga perlu diterapkan sebagai budaya kerja untuk memajukan Perak.
Istiadat pertabalan itu telah berlangsung selama 15 hari bermula dengan Istiadat Meletak Kerja pada 3 Mei lepas.



Wednesday 20 May 2015

'Terima Kasih Cikgu' - Dr Zambry



Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada sekalian guru yang mengajar dengan penuh dedikasi di negeri Perak dan juga di mana mereka berada,
Guru yang terus mendidik anak-anak kita daripada awal hinggalah ke peringkat tinggi dalam memastikan kejayaan anak-anak, sama ada dalam kehidupan mereka, mahupun dalam membentuk keperibadian mereka menjadi manusia yang baik, manusia yang sempurna.
Jasa para guru terlalu besar dan kita tahu bahawa guru sentiasa menjadi pembimbing, menjadi pembawa obor bagi melahirkan generasi-generasi yang berguna untuk negara kita.

Oleh yang demikian, saya mewakili kerajaan negeri mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru dan Terima Kasih Cikgu.

Tuesday 19 May 2015

Nasib BN malang jika PRU diadakan sekarang



SHAH ALAM – Susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos sara hidup, BN mungkin berdepan kekalahan jika Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) jika ia diadakan dalam waktu terdekat ini.
Malah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, jika isu ini tidak ditangani dengan baik, rakyat akan ‘lari’ kepada parti politik yang mampu membantu mereka.
Di negara barat, mereka (rakyat) akan lebih memilih untuk ‘apolitical’ iaitu tidak berminat langsung dengan politik… menolak terus politik jika ada perbalahan parti. Kesan kepada itu pada pilihan raya selalunya jumlah keluar mengundi turun, sebab mereka dah tak percaya pada parti politik.
Tapi di Malaysia lain sedikit. Lagi mereka (parti politik) berbalah, rakyat makin mula minat politik. Dengan kewujudan media sosial buka ruang untuk rakyat suarakan pandangan tanpa sekatan. Jadi, apabila rakyat rasa terbeban dengan sistem ekonomi sekarang, mereka akan bersuara dan mendekati parti politik yang mana mereka rasa perjuangkan hak mereka,” katanya kepada Sinar Online.
Menurutnya lagi, PR boleh menang pada PRU14 dengan syarat pakatan pembangkang itu kukuh tidak goyang seperti sekarang.
Kalau ada pilihan raya pada masa sekarang, agak sukar untuk BN. Isu ekonomi ini yang dihadapi oleh semua peringkat rakyat akan menghambat BN. Kalau mood politik pada hari ini kekal hingga PRU14, berat sikit untuk BN menang tapi dengan syarat PR tidak berpecah belah, kukuh.
jika PR pun berpecah belah, kita kena lihat kemudianlah bagaimana suasana ketika itu nanti, sekarang tak boleh nak jangka lagi macam mana,” katanya.
Mengulas soal pengumuman kerajaan berhubung isu kad tambah nilai baru-baru ini, beliau menyifatkan kerajaan ‘terlupa’ bahawa golongan pelajar paling ramai terkesan dalam isu berkenaan.
Pada saya pengumuman menteri berkenaan GST dikenakan ke atas kad tambah nilai itu tidak menyelesaikan keadaan. Walaupun alasan menteri sebelum ini sebut ramai warga asing guna prabayar, saya rasa tidak juga begitu. Paling banyak guna adalah golongan bawahan, pelajar.
Golongan pelajar terutamanya yang sepatutnya dijaga pihak menteri sebab mereka ini pengundi dalam pilihan raya akan datang. Jika mereka tidak percaya pada parti politik tertentu, saya percaya parti politik itu akan terjejas teruk. Sebab isu-isu ini melibatkan kehidupan mereka. pengaruhnya besar. Faktor ekonomi memang boleh memberi kesan kepada politik,” katanya.
Dalam pada itu, beliau membangkitkan soal sasaran Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 namun sehingga kini, gaji minimum masih belum meningkat.
GST memang baik tapi tempoh matangnya lambat. Jadi, apabila laksana GST, banyak barang naik… di situ isu penguatkuasaan. Perlu dimantapkan oleh pihak kerajaan. Kalau nak capai tahap matang pula, pendapatan isi rumah perlu dinaikkan.
Sekarang ini, pendapatan isi rumah tak naik. Bila nak naik? Kalau tak naik, ia akan beri kesan yang tidak baik dari segi ekonomi di mana inflasi akan meningkat, rakyat pun tidak banyak berbelanja sebab terlalu berjimat cemat dalam perbelanjaan mereka. Jadi, pusingan ekonomi itu akan kurang dan beri kesan kepada pertumbuhan ekonomi. GST ini banyak kesan rantaian.
Sasaran tahun 2020 Malaysia akan jadi negara berpendapatan tinggi, tapi yang nak naikkan pendapatan itu bila? Itu yang kita tak tahu,” katanya.-sinar harian





Monday 18 May 2015

Setiap Perdana Menteri Lakukan Yang Terbaik Untuk Negara – Najib



KLANG: Setiap perdana menteri melakukan yang terbaik serta mempunyai jasa dan sumbangan buat negara pada zaman masing-masing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Apa yang penting, (ialah) untuk kita lakukan yang terbaik dalam zaman kita kerana sejarah akan menilai kita, dan saya berazam untuk melakukan terbaik untuk rakyat,” katanya pada majlis ‘Sepetang bersama Perdana Menteri’ anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Selangor di sini, Sabtu.
Najib berkata: “Kita tahu jasa Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri PertamaTunku Abdul Rahman Putra Al-haj) kepada negara. Saya tidak boleh kata (saya) lebih baik daripada (ayahanda) Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein) dan juga pemimpin-pemimpin lain yang menjadi perdana menteri.”
Sehubungan itu, katanya, beliau tidak menganggap dirinya sebagai perdana menteri yang terbaik berbanding lima perdana menteri sebelum ini.
Najib mengulas kenyataan Yang Dipertua Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar dalam ucapan aluannya yang menganggap beliau sebagai perdana menteri terbaik berbanding perdana-perdana menteri Malaysia sebelum ini.
Turut hadir Pengerusi UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar serta kira-kira 2,000 orang tetamu. Najib berkata beliau tidak mempunyai niat lain dalam menjalankan tugasnya memimpin negara selain berusaha dengan terbaik untuk bersikap telus kepada rakyat.
Malah, katanya usaha kerajaan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah membantu dalam perkembangan ekonomi negara.
Dari segi ETP dan GTP, kita telah capai kadar 6 peratus. Beberapa negara boleh capai kadar itu? Kita boleh bilang dengan jari sebelah tangan dan kita telah atasi banyak negara lain.
Malah, sejak saya jadi perdana menteri, kadar penambahan GNI (ukuran kekayaan negara) dalam tempoh lima tahun bertambah 49 peratus dan ini bererti kekayaan negara kita telah bertambah,” katanya.
Najib turut mengulangi komitmennya untuk melakukan yang terbaik buat rakyat dan negara, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan kritikan daripada pelbagai pihak.
Mengulas mengenai kritikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya, beliau berkata setiap perdana menteri mempunyai cabaran dan ujian tersendiri ketika zaman masing-masing termasuk Dr Mahathir.
Ketika berdepan ujian UMNO diharamkan pada 1987, Dr Mahathir berkata jika beliau menang satu undi pun, beliau akan tetap jadi perdana menteri…dan walaupun hampir 50 peratus anggota UMNO tolak kepimpinannya, beliau tetap tidak turun.
Maknanya, saya juga amalkan prinsip yang sama. Kalau hari ini saya dapat sokongan, kenapa saya patut turun? Saya dipilih melalui proses demokrasi dan yang pilih saya ialah anda semua,” katanya.
Mengenai sistem pemilihan baharu UMNO dengen meminda Perlembagaan parti itu pada 2009 dan dilaksanakan pada pemilihan jawatan parti itu pada 2013, Najib berkata ia dilakukan bagi menjamin pemilihan yang lebih telus dan terbuka termasuk dalam pemilihan jawatan tertinggi parti.
Jika ikut perlembagaan UMNO dahulu, kalau nak cabar presiden parti mesti dapat minimum undi daripada 63 bahagian. Jadi, Dr Mahathir bolehlah kekal selama 22 tahun menjadi presiden parti dan perdana menteri bila guna perlembagaan macam itu.
Saya bagaimanapun nak UMNO lebih terbuka di mana kita biar, jika ada orang nak bertanding (untuk jawatan presiden parti) tetapi Alhamdulillah, saya menang tanpa bertanding dan saya tidak bergantung kepada kuota atau undi bonus,”katanya.
Sebelum pindaan Perlembagaan UMNO pada 2009, seseorang yang mahu bertanding jawatan tertinggi parti perlu terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 Bahagian UMNO.
Mengulangi falsafah Bugis yang berbunyi “walau bumi berkeping dua, tak kanmungkin ku berbalik haluan’ sebagai pegangannya, Najib menegaskan beliau tetap meneruskan perjuangannya bukan kerana kuasa tetapi kerana iltizamnya untuk melakukan sebaik mungkin,termasuk meneruskan agenda dalam memastikan Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.
Agenda untuk pastikan UMNO dan BN terus berkuasa di bumi bertuah ini jugawajib kita perjuangkan. Kita akan rapatkan barisan kita dan berusaha lebih gigih lagi untuk pastikan PRU (Pilihan Raya Umum) ke-14, BN akan berjaya seterusnya pastikan bumi Malaysia ini terus dipimpin oleh BN,” katanya bersemangat sambil disambut dengan sorakan padu daripada mereka yang hadir.

-mstar

Sunday 17 May 2015

MT UMNO Nyata Sokongan Terhadap PM, TPM



KUALA LUMPUR: Majlis tertinggi UMNO hari ini menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Meskipun diasak dengan pelbagai permasalahan serta isu-isu panas sejak kebelakangan ini, namun Najib selaku Perdana Menteri masih mendapat sokongan penuh dalam kalangan anggota UMNO.
Najib berkata, barisan kepimpinan UMNO mahu semua pemimpin bersatu bagi menangani cabaran dalam memperkukuhkan lagi parti itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, petang tadi.
Ujarnya segala khabar angin yang tersebar sebelum mesyuarat berlangsung terbukti tidak benar dan pihak yang menyebarkan hal itu semestinya akan kecewa dengan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat hari ini.
Dalam pada itu, ujarnya, beliau telah mengadakan satu pertemuan secara peribadi bersama dengan Muhyiddin bagi membincangkan perihal parti itu.
Beliau turut menghargai segala idea bernas yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Parti itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang berlangsung, hari ini.
Tegasnya, beliau akan memastikan tiada usaha untuk memecah belahkan pimpinan parti itu dilakukan khususnya terhadap beliau dan Muhyiddin.


Saturday 16 May 2015

Kenangan semasa mengiringi tetamu Kerajaan Negeri Perak, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, keluarga dan pegawai-pegawai baginda.

























Acara keberangkatan pulang KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddin Sa'adullah Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darusalam, Raja Isteri dan ahli keluarga Baginda di Penang International Airport. Baginda sebelum itu pada 9hb. Mei, 2015 telah menghadiri Majlis Santapan bersama raja-raja Melayu yang lain di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sempena pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang ke 35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Sebagai mewakili Kerajaan Negeri Perak, patik-patik semua menjunjung kasih Tuanku.

Friday 15 May 2015

MAJLIS PERTABALAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK KE 35.












Acara sambutan keberangkatan DYTM Tengku Mahkota Negara Brunei Darussalam ke majlis Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang ke 35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 6hb. Mei, 2015.

Thursday 14 May 2015

Tahniah Kepada Anak Batu Kurau



Pendakian Pertama Malaysia ke Paru Paru Dunia Gunung Leuser dan Gunung Kemiri, Pendaki kelahiran Batu Kurau Taiping Perak Khairil Aslan Ab Rasid a.k.a Lanz Pcp, Semoga berjaya dan membawa nama Malaysia dan Perak di mata dunia. Negeri Perak sentiasa bersamamu...#MalaysiaBoleh #PerakBoleh#AnakBatuKurauBoleh