Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengisytiharkan segala kerja
berkaitan pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV sejak 3 Mei
lalu telah selesai sepenuhnya.
Bertitah
dalam Istiadat Menutup Kerja di Istana Iskandariah pada Ahad, baginda
menzahirkan penghargaan kepada kesemua pihak terlibat menjayakan
acara-acara yang telah disusun sepanjang istiadat pertabalan.
Baginda
bertitah, kehadiran rakyat jelata yang keluar beramai-ramai menyambut
keberangkatan baginda bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara
Salim di setiap tempat yang diziarahi dan majlis, amat dihargai.
“Kehadiran rakyat jelata adalah hadiah amat berharga kepada Beta
dan Raja Permaisuri.
“Kepada
Allah Subhanahu Wata’ala hamba-Mu pohonkan rahmat pertolongan untuk
membolehkan kasih sayang rakyat itu dibalas dengan limpahan rezeki
dari Mu kepada mereka,” titah baginda.
Sultan
Nazrin bertitah, pengalaman melawat makam dan menjejakkan kaki di
Beting Beras Basah dalam istiadat pertabalan juga telah menginsafkan
baginda dan baginda amat beryukur kepada Allah di atas penganjaran
diperolehi.
Titah
baginda, pengalaman dalam istiadat pertabalan itu telah menginsafkan
baginda kepada tiga perkara. “ Pertama: darjat dan jawatan di dunia
adalah sementara sifatnya, setiap insan akan dikembalikan kepada asal
usul kejadiannya oleh ALLAH yang Maha Pencipta, dari tanah kita
dicipta kepada tanah kita kembali.
“Kedua:
setiap seorang Sultan terdahulu telah berjasa dan masing-masing
mencipta sejarah pemerintahan. "Oleh itu, Sultan yang
terkemudian tidak wajar bersifat membesar diri, membelakangi mereka,
tetapi wajib mengambil pengajaran daripada pengalaman Sultan
terdahulu untuk dijadikan pedoman," titah baginda.
Ketiga,
baginda bertitah, menjejak kaki di Beting Beras Basah dan pengalaman
menziarahi makam membawa minda baginda mengimbas peristiwa silam,
betapa susah payah Sultan-sultan terdahulu dengan kemudahan yang
sangat terbatas, mengasaskan sebuah negeri dan sebuah pemerintahan.
“Kejayaan
Marhum-marhum itu membangunkan sebuah negeri berdaulat, negeri
beraja-rakyat bersultan yang warganya terdiri daripada segala lapisan
rakyat yang begitu pelbagai tetapi hidup bersatu di bawah payung
naungan pemerintahan seorang Sultan. Jasa bakti Marhum-marhum itu
tidak harus dimusnahkan.
“Pada
hari ini adalah menjadi tanggung jawab besar hamba-Mu ini untuk
memberikan payung naungan pemerintahan yang dapat menyatukan rakyat
yang berbilang agama, berbilang kaum, berbilang budaya dari pelbagai
latar belakang sosial, ekonomi, politik dan usia agar terus kekal
bersatu, hidup dalam harmoni dan saling bekerjasama memakmurkan
negeri Perak Darul Ridzuan,” titah baginda.
Selain
itu, Sultan Nazrin bertitah, jalinan kerjasama yang tinggi antara
pelbagai jabatan, agensi dan individu dalam menjayakan istiadat itu
juga perlu diterapkan sebagai budaya kerja untuk memajukan Perak.
Istiadat
pertabalan itu telah berlangsung selama 15 hari bermula dengan
Istiadat Meletak Kerja pada 3 Mei lepas.
No comments:
Post a Comment