GOPENG:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kepada semua
rakyat agar terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau
untuk menerajui kepimpinan negara.
Beliau
berkata, pada masa ini bukanlah masa untuk berbalah antara satu sama
lain tetapi perlu mencapai muafakat dalam memastikan agenda
pembangunan negara dapat diteruskan.
“Sebab
itulah, ini bukanlah ketika untuk kita berbalah sesama kita…
bukanlah satu masa untuk menyuruh pemimpin turun daripada jawatan
tetapi masa untuk kita bersatu, bermuafakat kerana terlalu banyak
cabaran yang perlu dihadapi,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Lawatan Kerja
Ke Negeri Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di
sini, sebentar tadi.
Turut
hadir sama, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk
Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad
Husni Hanadzlah serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Najib
yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pemimpin
juga manusia biasa yang tidak lekang daripada melakukan kesalahan,
namun itu bukanlah sebab untuk menjatuhkan hukuman.
“Dalam
mana-mana pentadbiran pun tidak lekang kerana manusia ada kelemahan…
cuma saya minta bagilah peluang dan kepercayaan serta sokongan kepada
saya.
“Saya
akan lakukan yang terbaik untuk negara kita yang mana saya mesti
melakukan dengan segala kudrat dan kekuatan yang diberikan oleh Tuhan
kepada saya untuk rakyat serta negara.
“Banyak
lagi perkara yang boleh lakukan dan banyak lagi agenda kita,
tunggulah kita akan maklumkan kepada rakyat,” tegasnya.
Katanya,
sokongan yang telah diberikan oleh rakyat, parti komponen BN serta
semua pihak merupakan jaminan Malaysia yang bersatu padu atas
semangat prinsip 1Malaysia.
Terdahulu,
perhimpunan Perdana Menteri bersama rakyat tersebut telah dianjurkan
oleh Kerajaan Negeri serta barisan pimpinan BN negeri untuk
menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada
kepimpinan beliau.
Perak
juga merupakan negeri pertama yang dilawati oleh Najib sempena
lawatan kerjanya selepas pembentangan Rancangan Malaysia ke-11
(RMK11).
Hampir
20,000 orang telah hadir dari seluruh pelusuk negeri Perak bagi
menyatakan sokongan mereka terhadap pemimpin nombor satu negara itu.
No comments:
Post a Comment