Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Tuesday 5 May 2015

Perak Main Peranan Bangunkan Pendidikan Islam Rantau Asian Melalui KUISAS





Malaysia tampil –mainkan peranannya dalam memartabat, mengukuhkan serta mewujudkan jaringan strategik pembangunan sistem pengajian tinggi Islam di rantau Asian dengan menggerakan penubuhan Persatuan Pengajian Tinggi Islam Asian.
Penubuhan persatuan itu merupakan resolusi yang dicapai semasa Persidangan Pertama Meja Bulat Rektor-Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) yang berlansung selama tiga hari sejak Jumaat di Pekanbaru, Riau Indonesia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Perak, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata persatuan tersebut merupakan forum kepada kesemua univesiti Islam negara-negara Asian bagi mewujudkan kerjasama efektif ke arah pembangunan sistem pendidikan Islam yang lebih mampan.
Katanya ia juga berperanan meningkatkan daya tarikan dunia terhadap pengajian Islam selain mewujukan penyatuan yang kukuh di antara negara-negara ahli melalui kesepakatan sistem pendidikan Islam.
Kata beliau semua universiti Islam di negara ini merupakan ahli kepada persatuan dengan Kolej Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) di Kuala Kangsar, Perak bertindak sebagai sekretariat manakala beberapa universiti Islam di Indonesia, Thailand dan Brunei telah disahkan keanggotaannya.
Ia bukan sahaja bakal mengeratkan silaturrahim dan ukhwah tetapi memantapkan sistem pendidikan Islam sesama negara ahli.
Penyatuan negara-negara ahli dalam mengendalikan institut pengajian ini sudah tentu dapat membawa penambahbaikan bagi menafaat rakyat negara masing-masing dan umat Islam seluruh nusantara,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir di mesyuarat penubuhan persatuan yang dipengerusikan Rektor KUISAS Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi pada malam Sabtu.
Seramai 15 rektor universitI Islam seluruh negara imenghadiri persidangan tersebut yang diadakan di Labersa Grand Hotel and Convention Centre di Pekanbaru.
Turut hadir Pegawai Perhubungan Awam Universiti Fatoni (Thailand) Abdurrahman Waeyusof, Dekan Institut Agama Negeri Antasari Banjarmasin, Indonesia Prof Dr Syaifuddin Sabda, Rektor Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau Indonesia Prof Dr Munzir Hitami, Pengerusi IPTIM Prof Datuk Mohd Yusof Kasim yang juga Rektor Kolej Universiti Insaniah, Kedah, Dekan UIA Associate Prof Dr Shamsul Jamili Yeob, dan Dekan Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Dr Norarfan Zainal.
Pengerusi IPTIM Prof Datuk Mohd Yusof Kasim yang juga Rektor Kolej Universiti Insaniah, Kedah berkata fokus persatuan ketika ini adalah untuk merangka pelan strategik lima tahun pembangunan pendidikan Islam yang realistik supaya perlaksanaan dapat dilakukan dengan berkesan.
Dalam jangka masa lima tahun ini, kerjasama kita tertumpu kepada memanfaatkan sumber dan kekuatan masing-masing. Antaranya memastikan pengiktirafan akreditasi yang lebih flexisbel, pertukaran kakitangan akademik dan pelajar fakulti antara negara ahli,” katanya.
Sasaran lain termasuklah perkongsian maklumat serta kemudahan, kolaborasi dalam projek R&D, menggalakkan pengajian antara sempadan, dan membangunkan kerjasama antara universiti di peringkat antarabangsa, katanya.
Beliau berharap kewujudan persatuan dapat memberi impak positif kepada pembangunan sektor pendidikan Islam di rantau ini setelah kesepakatan kerjasama ekonomi ASEAN gagal memberi manfaat kepada negara anggota.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Malaysia-Indonesia Prof Juzhar Yusoff berkata kerjasama seperti itu mempunyai masa depan cerah berikutan terdapatnya 400 juta penduduk ASEAN dengan anggaran 80 peratus adalah beragama Islam.
Malaysia telah membuat langkah tepat atas inisiatif menubuhkan persatuan ini. Saya yakin kita dapat lakukannya kerana Malaysia mempunyai pemimpin politik yang komited dan berkongsi aspirasi sama dengan masyarakat dalam setiap perkara berkaitan pembangunan Islam,” katanya.


No comments:

Post a Comment