Ajaran
Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh yang pernah
menggemparkan umat Islam negara ini dengan pelbagai upacara pelik
bakal diwartakan sesat serta haram di Perak selepas Jawatankuasa
Fatwa Negeri mendapati amalan dibawa individu berkenaan sebagai
terpesong dari agama.
Mufti
Perak Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi mengesahkan perkara
itu serta memberitahu mesyuarat diadakan semalam memutuskan perkara
berkenaan dan pihaknya dalam proses mewartakannya.
Menurut
Harussani, bila ia diwartakan belum diketahui kerana ia membabitkan
beberapa lagi proses seperti mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan
Nazrin Shah sebelum dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Ia
betul, Raja Bomoh bakal diwartakan sebagai haram serta sesat selepas
kami mendapati ajaran dibawanya terpesong dari agama, namun belum
diwartakan kerana ia masih dalam proses pewartaan.
“Mesyuarat
diadakan dan memutuskan perkara itu. Kami sekarang hanya menunggu
proses seterusnya sebelum mewartakannya,” katanya.
Ibrahim
sebelum ini pernah menggemparkan umat Islam dengan upacara mencari
pesawat MH370 yang hilang dengan menggunakan bubu mata pancing dan
teropong daripada buluh, kelapa serta beberapa barangan lain.
Selain
itu, Ibrahim juga pernah mengadakan upacara di Perak di hadapan
Menara Condong Teluk Intan pada 16 Mac tahun lalu serta di kawasan
kemalangan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh.
No comments:
Post a Comment