SHAH
ALAM – Susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
dan kenaikan kos sara hidup, BN mungkin berdepan kekalahan jika
Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) jika ia diadakan dalam waktu terdekat
ini.
Malah
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang,
Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM),
Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, jika isu ini tidak
ditangani dengan baik, rakyat akan ‘lari’ kepada parti politik
yang mampu membantu mereka.
“Di
negara barat, mereka (rakyat) akan lebih memilih untuk ‘apolitical’
iaitu tidak berminat langsung dengan politik… menolak terus politik
jika ada perbalahan parti. Kesan kepada itu pada pilihan raya
selalunya jumlah keluar mengundi turun, sebab mereka dah tak percaya
pada parti politik.
“Tapi
di Malaysia lain sedikit. Lagi mereka (parti politik) berbalah,
rakyat makin mula minat politik. Dengan kewujudan media sosial buka
ruang untuk rakyat suarakan pandangan tanpa sekatan. Jadi, apabila
rakyat rasa terbeban dengan sistem ekonomi sekarang, mereka akan
bersuara dan mendekati parti politik yang mana mereka rasa
perjuangkan hak mereka,” katanya kepada Sinar Online.
Menurutnya
lagi, PR boleh menang pada PRU14 dengan syarat pakatan pembangkang
itu kukuh tidak goyang seperti sekarang.
“Kalau
ada pilihan raya pada masa sekarang, agak sukar untuk BN. Isu ekonomi
ini yang dihadapi oleh semua peringkat rakyat akan menghambat BN.
Kalau mood politik pada hari ini kekal hingga PRU14, berat sikit
untuk BN menang tapi dengan syarat PR tidak berpecah belah, kukuh.
“jika
PR pun berpecah belah, kita kena lihat kemudianlah bagaimana suasana
ketika itu nanti, sekarang tak boleh nak jangka lagi macam mana,”
katanya.
Mengulas
soal pengumuman kerajaan berhubung isu kad tambah nilai baru-baru
ini, beliau menyifatkan kerajaan ‘terlupa’ bahawa golongan
pelajar paling ramai terkesan dalam isu berkenaan.
“Pada
saya pengumuman menteri berkenaan GST dikenakan ke atas kad tambah
nilai itu tidak menyelesaikan keadaan. Walaupun alasan menteri
sebelum ini sebut ramai warga asing guna prabayar, saya rasa tidak
juga begitu. Paling banyak guna adalah golongan bawahan, pelajar.
“Golongan
pelajar terutamanya yang sepatutnya dijaga pihak menteri sebab mereka
ini pengundi dalam pilihan raya akan datang. Jika mereka tidak
percaya pada parti politik tertentu, saya percaya parti politik itu
akan terjejas teruk. Sebab isu-isu ini melibatkan kehidupan mereka.
pengaruhnya besar. Faktor ekonomi memang boleh memberi kesan kepada
politik,” katanya.
Dalam
pada itu, beliau membangkitkan soal sasaran Malaysia untuk menjadi
sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 namun sehingga
kini, gaji minimum masih belum meningkat.
“GST
memang baik tapi tempoh matangnya lambat. Jadi, apabila laksana GST,
banyak barang naik… di situ isu penguatkuasaan. Perlu dimantapkan
oleh pihak kerajaan. Kalau nak capai tahap matang pula, pendapatan
isi rumah perlu dinaikkan.
“Sekarang
ini, pendapatan isi rumah tak naik. Bila nak naik? Kalau tak naik, ia
akan beri kesan yang tidak baik dari segi ekonomi di mana inflasi
akan meningkat, rakyat pun tidak banyak berbelanja sebab terlalu
berjimat cemat dalam perbelanjaan mereka. Jadi, pusingan ekonomi itu
akan kurang dan beri kesan kepada pertumbuhan ekonomi. GST ini banyak
kesan rantaian.
“Sasaran
tahun 2020 Malaysia akan jadi negara berpendapatan tinggi, tapi yang
nak naikkan pendapatan itu bila? Itu yang kita tak tahu,”
katanya.-sinar harian
No comments:
Post a Comment