PETALING
JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan
mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej
kepada rakyat bahawa beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana
tekanan untuk melepaskan jawatannya.
Memetik
laporan daripada portal mStar, Najib dijadualkan akan ke Perlis untuk
bertemu dengan barisan kepimpinan UMNO negeri meskipun beliau baharu
sahaja pulang daripada urusan rasminya di Jepun pada malam Selasa
lalu.
Beliau
telah dijadualkan untuk menghadiri majlis makan di Dewan Wawasan 2020
di Kangar selain menyampaikan hadiah kepada pemenang ‘Desa
Sejahtera 1Malaysia di Kampung Kurong Tengar, Kuala Perlis.
Sebelum
ini, Perdana Menteri turut menghadiri beberapa perhimpunan besar yang
lain di seluruh negara antaranya di Kota Belud, Tawau, Johor Bahru,
Gopeng serta Pekan.
Najib
mengambil peluang dalam majlis tersebut untuk menjelaskan segala isu
yang menjadi kontroversi termasuklah isu berkenaan Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M), pembelian tanah di Tun Razak Exchange oleh Tabung
Haji, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tekanan daripada mantan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan.
Menurut
seorang pemimpin UMNO Johor, kehadiran ramai rakyat dalam setiap
majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri menunjukkan bahawa beliau
masih mendapat sokongan daripada rakyat meskipun pelbagai tohmahan
diterima oleh beliau.
“Mereka
datang untuk mendengar sendiri penjelasan terhadap isu-isu yang
berlaku.
“Apa
pun, Najib perlu membela diri sendiri dan menyakinkan rakyat bahawa
beliau komited untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul,” kata
pemimpin tersebut.
Sementara
itu, Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Rahman pula berkata, Najib
perlu turun padang dan menyangkal segala dakwaan dan tuduhan yang
dilakukan terhadapnya dan beliau tidak perlu menyerang Tun Mahathir.
No comments:
Post a Comment