KUALA
LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyarankan
agar negara-negara Asean dan negara ketiga memainkan peranan bagi
menyelesaikan isu pelarian Rohingya.
Najib
melalui penulisan terbaru di laman blognya najibrazak.com berkata,
amat penting bagi kesemua negara tersebut bersama-sama dengan
kerajaan Myanmar untuk mencari satu jalan penyelesaian ASEAN secara
bersama.
“Selain
itu, negara-negara lain seperti negara ketiga pula perlu memainkan
peranan untuk membantu membanteras permasalahan ini disamping
menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan,” katanya.
Beliau
turut berharap, agar pertubuhan-pertubuhan seperti OIC dan juga PBB
turut memainkan peranan masing-masing supaya masalah kemanusiaan
seperti pelarian Rohingya ini dapat diatasi.
Sementara
itu, Najib juga turut menyatakan bahawa penemuan kubur-kubur besar di
kawasan dipercayai kem pemerdagangan manusia berhampiran sempadan
Perlis-Thailand tersebut telah mengejutkan banyak pihak.
Ia
juga amat jelas memperlihatkan bahawa pelarian berkenaan telah didera
dan dizalimi dengan sangat kejam oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Jelasnya,
beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand turut
menerima kesan daripada daripada tragedi kemanusiaan yang berlaku
tersebut namun, demi kedaulatan negara, orang luar tidak boleh
memasuki sempadan negara ini dengan mudah.
Namun
sebagai manusia biasa, beliau juga mengakui bahawa timbul rasa belas
kasihan terhadap nasib yang menimpa masyarakat Rohingya tersebut yang
sanggup mengambil risiko meredah lautan daripada terus tinggal di
bumi Myanmar.
“Saya
akui, setelah melihat keadaan pelarian Rohingya ini, lebih-lebih lagi
kanak-kanak yang merana akibat kelaparan, kehausan dan keletihan,
saya telah membuat keputusan mengarahkan operasi menyelamatkan mereka
di perairan kita,” ujar beliau lagi.
No comments:
Post a Comment