GOPENG:
Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan mengeksploitasi
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah menimbulkan persepsi
buruk kepada Kerajaan.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebanyakan permasalahan
dan salah faham mengenai GST yang menimbulkan kemarahan rakyat adalah
berpunca daripada sikap peniaga yang ingin mengaut keuntungan yang
berlebihan.
Katanya
lagi, hasil daripada kutipan GST yang dilakukan oleh kerajaan
tersebut akan digunakan untuk memberikan manfaat kepada rakyat.
“Kalau
kita tambah hasil, saya akan bentangkan kepada rakyat setiap ringgit
tambahan hasil negara melalui GST, saya akan bentangkan untuk
pengetahuan rakyat,” tegasnya.
Beliau
berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Lawatan Kerja
Ke Negeri Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di
sini, hari ini.
Tambah
Najib lagi, dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan adalah demi
kepentingan rakyat serta untuk mengukuhkan kewangan negara.
“Kita
punya dasar baik… bila orang mengeksploitasikan keadaan ini, mereka
salahkan kerajaan.
“Walhal,
niat di hati saya ialah untuk mengukuhkan keadaan kewangan negara
untuk kesejahteraan rakyat,” jelasnya.
Beliau
berkata, kerajaan telah berusaha untuk membantu rakyat dengan
memansuhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan
menggantikannya dengan GST.
“Ada
barang yang orang tidak tahu dulu ada SST, tetapi yang masalahnya SST
dulu patut dikurangkan harga, bukan dikurangkan malah ditambahnya
lagi enam peratus.
“Inilah
punca masalahnya rakyat marah kepada kerajaan.
“Ini
bukan soal dasar, tetapi dalam tempoh satu tahun lagi, saya yakin dan
percaya, perkara ini boleh dibetulkan,” tambah beliau lagi.
Ujarnya,
peniaga tidak bertanggungjawab tersebut yang patut dipersalahkan
bukannya kerajaan kerana mereka tidak ada isi hati untuk memikirkan
berkenaan kepentingan rakyat.
Tegasnya,
tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan
itu akan dipergiatkan lagi.
“Kepada
para pekedai ini, kita minta penguatkuasaan kita lebih tegas lagi,
heret mereka ke mahkamah dan saman mereka… pengguna-pengguna tolong
beritahu kita apa kesalahan mereka supaya kita boleh ambil tindakan.
“Percayalah,
dasar kerajaan dan agenda ini ialah untuk rakyat, kalau ada
permasalahan, sama-samalah kita betulkan,” ujar beliau lagi.
No comments:
Post a Comment