Saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada
sekalian guru yang mengajar dengan penuh dedikasi di negeri Perak dan
juga di mana mereka berada,
Guru yang
terus mendidik anak-anak kita daripada awal hinggalah ke peringkat
tinggi dalam memastikan kejayaan anak-anak, sama ada dalam kehidupan
mereka, mahupun dalam membentuk keperibadian mereka menjadi manusia
yang baik, manusia yang sempurna.
Jasa para
guru terlalu besar dan kita tahu bahawa guru sentiasa menjadi
pembimbing, menjadi pembawa obor bagi melahirkan generasi-generasi
yang berguna untuk negara kita.
Oleh yang
demikian, saya mewakili kerajaan negeri mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan Selamat Hari Guru dan Terima Kasih Cikgu.
No comments:
Post a Comment