KLANG:
Setiap perdana menteri melakukan yang terbaik serta mempunyai jasa
dan sumbangan buat negara pada zaman masing-masing, kata Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Apa
yang penting, (ialah) untuk kita lakukan yang terbaik dalam zaman
kita kerana sejarah akan menilai kita, dan saya berazam untuk
melakukan terbaik untuk rakyat,” katanya pada majlis ‘Sepetang
bersama Perdana Menteri’ anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat
(Mubarak) Selangor dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Selangor
di sini, Sabtu.
Najib
berkata: “Kita tahu jasa Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri
PertamaTunku Abdul Rahman Putra Al-haj) kepada negara. Saya tidak
boleh kata (saya) lebih baik daripada (ayahanda) Abdul Razak (Perdana
Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein) dan juga pemimpin-pemimpin
lain yang menjadi perdana menteri.”
Sehubungan
itu, katanya, beliau tidak menganggap dirinya sebagai perdana menteri
yang terbaik berbanding lima perdana menteri sebelum ini.
Najib
mengulas kenyataan Yang Dipertua Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan
Omar dalam ucapan aluannya yang menganggap beliau sebagai perdana
menteri terbaik berbanding perdana-perdana menteri Malaysia sebelum
ini.
Turut
hadir Pengerusi UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar serta kira-kira
2,000 orang tetamu. Najib berkata beliau tidak mempunyai niat lain
dalam menjalankan tugasnya memimpin negara selain berusaha dengan
terbaik untuk bersikap telus kepada rakyat.
Malah,
katanya usaha kerajaan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan
(GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah membantu dalam
perkembangan ekonomi negara.
“Dari
segi ETP dan GTP, kita telah capai kadar 6 peratus. Beberapa negara
boleh capai kadar itu? Kita boleh bilang dengan jari sebelah tangan
dan kita telah atasi banyak negara lain.
“Malah,
sejak saya jadi perdana menteri, kadar penambahan GNI (ukuran
kekayaan negara) dalam tempoh lima tahun bertambah 49 peratus dan ini
bererti kekayaan negara kita telah bertambah,” katanya.
Najib
turut mengulangi komitmennya untuk melakukan yang terbaik buat rakyat
dan negara, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan kritikan
daripada pelbagai pihak.
Mengulas
mengenai kritikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
terhadapnya, beliau berkata setiap perdana menteri mempunyai cabaran
dan ujian tersendiri ketika zaman masing-masing termasuk Dr Mahathir.
“Ketika
berdepan ujian UMNO diharamkan pada 1987, Dr Mahathir berkata jika
beliau menang satu undi pun, beliau akan tetap jadi perdana
menteri…dan walaupun hampir 50 peratus anggota UMNO tolak
kepimpinannya, beliau tetap tidak turun.
“Maknanya,
saya juga amalkan prinsip yang sama. Kalau hari ini saya dapat
sokongan, kenapa saya patut turun? Saya dipilih melalui proses
demokrasi dan yang pilih saya ialah anda semua,” katanya.
Mengenai
sistem pemilihan baharu UMNO dengen meminda Perlembagaan parti itu
pada 2009 dan dilaksanakan pada pemilihan jawatan parti itu pada
2013, Najib berkata ia dilakukan bagi menjamin pemilihan yang lebih
telus dan terbuka termasuk dalam pemilihan jawatan tertinggi parti.
“Jika
ikut perlembagaan UMNO dahulu, kalau nak cabar presiden parti mesti
dapat minimum undi daripada 63 bahagian. Jadi, Dr Mahathir bolehlah
kekal selama 22 tahun menjadi presiden parti dan perdana menteri bila
guna perlembagaan macam itu.
“Saya
bagaimanapun nak UMNO lebih terbuka di mana kita biar, jika ada orang
nak bertanding (untuk jawatan presiden parti) tetapi Alhamdulillah,
saya menang tanpa bertanding dan saya tidak bergantung kepada kuota
atau undi bonus,”katanya.
Sebelum
pindaan Perlembagaan UMNO pada 2009, seseorang yang mahu bertanding
jawatan tertinggi parti perlu terlebih dahulu mendapat jumlah atau
kuota sokongan tertentu daripada 191 Bahagian UMNO.
Mengulangi
falsafah Bugis yang berbunyi “walau bumi berkeping dua, tak
kanmungkin ku berbalik haluan’ sebagai pegangannya, Najib
menegaskan beliau tetap meneruskan perjuangannya bukan kerana kuasa
tetapi kerana iltizamnya untuk melakukan sebaik mungkin,termasuk
meneruskan agenda dalam memastikan Malaysia mencapai status negara
maju menjelang 2020.
“Agenda
untuk pastikan UMNO dan BN terus berkuasa di bumi bertuah ini
jugawajib kita perjuangkan. Kita akan rapatkan barisan kita dan
berusaha lebih gigih lagi untuk pastikan PRU (Pilihan Raya Umum)
ke-14, BN akan berjaya seterusnya pastikan bumi Malaysia ini terus
dipimpin oleh BN,” katanya bersemangat sambil disambut dengan
sorakan padu daripada mereka yang hadir.
-mstar
No comments:
Post a Comment