KUALA
LUMPUR: Majlis tertinggi UMNO hari ini menyatakan sokongan padu
terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Meskipun
diasak dengan pelbagai permasalahan serta isu-isu panas sejak
kebelakangan ini, namun Najib selaku Perdana Menteri masih mendapat
sokongan penuh dalam kalangan anggota UMNO.
Najib
berkata, barisan kepimpinan UMNO mahu semua pemimpin bersatu bagi
menangani cabaran dalam memperkukuhkan lagi parti itu.
Beliau
berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, petang tadi.
Ujarnya
segala khabar angin yang tersebar sebelum mesyuarat berlangsung
terbukti tidak benar dan pihak yang menyebarkan hal itu semestinya
akan kecewa dengan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat hari ini.
Dalam
pada itu, ujarnya, beliau telah mengadakan satu pertemuan secara
peribadi bersama dengan Muhyiddin bagi membincangkan perihal parti
itu.
Beliau
turut menghargai segala idea bernas yang disampaikan oleh Timbalan
Presiden Parti itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang berlangsung,
hari ini.
Tegasnya,
beliau akan memastikan tiada usaha untuk memecah belahkan pimpinan
parti itu dilakukan khususnya terhadap beliau dan Muhyiddin.
No comments:
Post a Comment