Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Saturday 2 May 2015

Pelantikan Sultan Nazrin Mengikut Undang-Undang Tubuh

Pelantikan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak Ke – 35 adalah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak melalui Mesyuarat Dewan Negara.
Menurut Orang Kaya Temenggong Paduka Raja, Datuk Seri Wan Fadzir Wan Hussain, pelantikan Sultan Perak tidak dibuat secara automatik sebaliknya diputuskan melalui Mesyuarat Khas Dewan Negara Perak
Mesyuarat Khas Dewan Negara yang dipengerusikan oleh Datuk Bendahara Seri Maharaja dan tidak memanggil Raja Muda, Raja Dihilir dan Raja Bergelar untuk menghadiri mesyuarat khas itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita berhubung salah silah Raja-Raja, Orang-Orang Bergelar dan Orang Besar Jajahan di KUISAS, Kuala Kangsar pada Khamis.
Beliau seterusnya menjelaskan Dewan Negara Perak merupakan satu badan tertinggi di bawah institusi Beraja bagi negeri Perak dan Dewan itu dipengerusikan oleh Sultan Pemerintah bagi negeri Perak.
Di antara tugas penting Dewan ialah memastikan hak-hak kebebasan semua pihak terutama mereka yang di bawah institusi Beraja dan hak-hak kebebasan ini dipatuhi dihormati dan juga dilaksanakan.
Begitu juga Dewan Negara berperanan untuk melantik Orang Besar dan juga untuk dalam keadaan kekosongan Raja Pemerintah melantik seorang Raja Pemerintah baru,” ujarnya.
Menurut Wan Fadzir, di negeri Perak, terdapat satu kumpulan yang dikenali sebagai Orang Besar Perak di mana kumpulan ini terdiri daripada Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enambelas dan Orang Besar 32 termasuk satu lagi kumpulan iaitu Toh Muda.
Semua ini adalah Orang Besar Perak tetapi yang utamanya ialah Orang Besar Empat dan Orang Besar Lapan dengan nama-nama gelarannya.
Yang Tertinggi di kalangan Orang Besar Empat ialah Orang Kaya Bendahara Maha Raja kemudian Orang Kaya Maha Raja seterusnya Orang Kaya Temenggong Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan,” jelasnya.
Beliau memberitahu, Orang Besar itu merupakan pendukong kepada institusi Beraja bagi negeri Perak.
Ia merupakan satu komponen, sebab sebelum ada pemerintahan Beraja bagi negeri Perak memang sudah ada pembesar-pembesar di kawasan-kawasan tertentu dan perkara ini memang sudah menjadi satu tradisi yang kekal sehingga ke hari ini,” katanya.
Menurut beliau lagi, satu lagi komponen baru ialah Orang Besar Jajahan selepas wujudnya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kerajaan Negeri Perak dan Orang Besar Jajahan ini dipilih dikalangan Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enambelas dan Toh Muda.
Adalah hak mutlak seseorang raja pemerintah untuk melantik Orang Besar dan mereka ditempatkan di jajahan-jajahan serta menjadi pegawai kepada Dewan Negara dan bertanggungjawab kepada Dewan Negara serta institusi Beraja ataupun kepada Raja Pemerintah,” tambahnya.
Wan Fadzri menjelaskan bahawa Kesultanan Melayu Perak merupakan lanjutan daripada Kesultanan Melayu Melaka.
Kalau mengikut cerita sejarah, Sultan Perak yang pertama, Sultan Muzaffar Shah yang datang atau berangkat ke ngeri Perak pada tahun 1528 merupakan anak kepada Sultan Mahmud iaitu Sultan Melaka yang terakhir.
Sebab itu, bagi negeri Perak banyak alat- alat kebesaran di negeri Perak ini yang asal usulnya adalah dari Melaka, salah satu alat kebesaran itu ialah Pedang Cura Simanjakini,” ujarnya.
Menurut Wan Fadzir, ketika Tabal Istiadat, Raja Pemerintah yang baharu akan menerima Pedang Cura Simanjakini sebagai tanda kebesaran Diraja bagi negeri Perak.



No comments:

Post a Comment