KUALA
LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa
simpati beliau bagi keluarga penumpang dan anak kapal pesawat
Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, susulan pengumuman
kerajaan Malaysia bahawa MH370 adalah satu kemalangan.
Beliau
berkata pencarian bagi pesawat malang itu akan diteruskan.
“Hari
ini doa saya ialah bersama keluarga penumpang MH370.Operasi mencari
akan diteruskan. Malaysia, Australia dan China terus komited untuk
menjejaki pesawat,” kata beliau dalam catatan terbarunya dalam
Twitternys.
Pada
petang Khamis, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk
Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan bahawa kerajaan mengisytiharkan
239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah meninggal dunia.
Pesawat
Boeing 777-220ER milik MAS itu, yang dalam perjalanan ke Beijing,
hilang daripada imbasan radar sejam setelah berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac
2014.
Sementara
itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam tweet
terbarunya berkata: “Harapan dan doa saya sentiasa bersama anggota
keluarga mereka yang berada di dalam pesawat MH370. Ia telah dan
terus menjadi masa yang sukar untuk mereka dan negara.”
-mStar
No comments:
Post a Comment