Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Friday 31 July 2015

Perpaduan Bukannya Barang Yang Boleh Dijual Beli-PM


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menasihati semua pihak supaya terus mempertahankan perpaduan yang dimiliki selama ini.
Menerusi catatannya di laman Facebook milik beliau, mesej ringkas mengenai perpaduan itu antara lain menyaran semua pihak agar terus bersatu dan mengekal perpaduan yang terjalin.
Perpaduan bukannya barang boleh diganti.
Perpaduan bukannya barang yang boleh dijual beli,” katanya.

Beliau turut menyifatkan bahawa perpaduan nasional yang mapan adalah tunjang kepada haluan Malaysia menjadi sebuah negara yang terus maju.

Thursday 30 July 2015

PM Terima Kejutan Sambutan Hari Jadi



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kejutan sambutan hari jadinya ke-62 hari ini.
Menerusi laman facebooknya hari ini, sambutan hari jadinya diraikan dengan pemberian dua biji kek di pejabatnya pagi tadi.
Saya dikejutkan dengan kek di Pejabat tadi. Terima kasih atas ucapan selamat hari jadi,” katanya ringkas.
11709769_10152906912075952_4635390566698825541_n
Menteri-menteri kabinet dan ahli-ahli parlimen juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat melalui platform media sosial seperti Twitter.
Najib dalam akaun Twitter peribadinya juga turut menulis sebarang tweet tentang kejutan yang diberikan kepadanya oleh pegawai-pegawainya.
Beliau berkata: “Saya terkejut dengan kek di pejabat tadi Terima kasih kerana hasrat hari jadi..”,
Orang ramai juga tidak melepaskan peluang menyampaikan ucapan hari lahir mereka kepada pemimpin nombor satu negara ini.
Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953, di Kuala Lipis, Pahang.



Wednesday 29 July 2015

Program Bersama Rakyat(Rakyat Sentiasa Di Hati)









Program yb Dato Dr Hj Muhamad Amin bin hj Zakaria Exco Pendidikan Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau neg Perak dan ADUN Bt Kurau.
1. Menghadri kenduri kahwin atas undanganEn Din Che Ak Kpg Sg Akar Bt Kurau.
2. Menghadiri jamuan hari raya di rumah Pk Lah ketua Cawangan Titi Kasai Tengah dan Yb Dato turut menyampaikan sumbgan duit raya kepada kanak2 disitu dan turut menyampaikan Buletin Bt Kurau kepsda tetamu yg hadir
3. Melawat ibunda kepada Pn Wani Putri Jelai yg baru keluar hospital.
4. Menghadiri mesyuarat JKKK Bt 14 petang td.



Tuesday 28 July 2015

Kaji Semula GST Ke Atas Peladang



BATU KURAU: Kerajaan diminta agar mengkaji semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas Pertubuhan Peladang.
Pengerusi Pertubuhan Peladang  Negeri Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, meskipun terdapat subsidi yang diberikan, namun GST perlu dikecualikan kepada Peladang.
Sekiranya ahli Peladang dikenakan GST, ianya akan memberi kesan terhadap hasil pertanian negara.
Oleh itu, kami merayu supaya ahli Peladang dikecualikan GST kerana ianya merupakan salah satu pertubuhan dibawah Kerajaan,”katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka PPK Batu Kurau, hari ini.
PERAK TODAY 5
Selain itu, beliau turut menyarankan agar Pertubuhan Peladang dapat mencari alternatif atau teknologi baharu untuk menyuburkan tanah pertanian.
Sekiranya ada teknologi baru yang boleh menyuburkan tanah, pastinya ia dapat menggalakkan aktiviti pertanian.
Kalau tidak, hasil pertanian masih berada di takuk yang lama,”ujarnya.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi, Sains dan Alam Sekitar, Datuk Dr Mohamad Amin Zakaria, telah merasmikan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Batu Kurau yang berlangsung di sini hari ini.
PERAK TODAY 1
Katanya, sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk membina 30 pusat pengumpulan di negeri ini yang menelan belanja RM100,000 setiap satu.

Beliau turut menyampaikan zakat PPN kepada hampir 150 ahli Peladang yang layak.

Monday 27 July 2015

#Prihatin: Hanya Mampu Jadikan Zink Terbuang Sebagai Tempat Berteduh



BATU KURAU: Hanya pondok usang yang berdindingkan  zink-zink dan perkakas terbuang menjadi tempat tinggal bagi seorang warga emas untuk berlindung daripada hujan dan panas.
Begitulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh Ahmad Amain 59, dari Kampung Perak, di sini yang telah menghuni pondok tersebut sejak 10 tahun yang lalu.
Ahmad yang hidup sebatang kara itu telah  tinggal di pondok usang tersebut tanpa bekalan eletrik dan juga bekalan air.
Kata Ahmad lagi, zink dan peralatan terbuang  itu dikutip dari tempat pembuangan sampah.
????????????????????????????????????
Saya tinggal di sini seorang diri. Tidak pernah berkahwin. Saya membina pondok ini kerana tidak mahu menyusahkan ibu saudara yang telah menjaga saya sejak kecil.
Ibu dan bapa saya telah bercerai selepas saya dilahirkan dan saya hidup berdikari sendiri selama ini,” katanya ketika ditemui.
Katanya, tapak tempat beliau mendirikan pondok berkenaan merupakan kebun sawit milik ibu saudaranya.
Alhamdulillah, saya bersyukur masih diberi ruang untuk saya berteduh.
Kalau hujan, saya terpaksa menadah besen bagi mengelakkan pondok diimasuki air hujan,” ceritanya.
????????????????????????????????????
Ujarnya, beliau hanya menyalakan pelita tanah di waktu malam untuk menerangi pondok usang tersebut dan menggunakan air dari anak sungai yang berhampiran dengan rumahnya untuk kegunaan seharian.
Bagi menampung kehidupan sehariannya, Ahmad berkata, beliau melakukan pelbagai kerja kampung yang mampu dilakukan olehnya.
Saya tidak pernah minta mana-mana bantuan sebelum ini. Saya hanya melakukan pelbagai kerja kampung untuk menampung kehidupan seharian,” jelasnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Dr Amin Zakaria yang turut mengunjungi Ahmad berkata, beliau akan cuba memberi bantuan bagi memastikan kehidupan Ahmad lebih selesa.
Amin berkata, kunjungan beliau tersebut bukanlah satu kunjungan yang biasa, sebaliknya untuk menyelami penderitaan yang dihadapi oleh Ahmad dan membantunya untuk memperolehi kehidupan yang lebih terjamin.
????????????????????????????????????
Katanya lagi, Ahmad juga merupakan salah seorang yang masih berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa.
Sebelum ini, pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) melalui program e-kasih telah datang membuat temuduga, dan besar kemungkinan kita akan dapat membina rumah baru untuk Ahmad dalam menjalani kehidupan yang lebih selesa,”katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menghubungi atau berkunjung ke Pusat Khidmat ADUN Batu Kurau di Jalan Pekan Batu Kurau, Perak.


Sunday 26 July 2015

Kesalahan Tatabahasa : Buat Pembetulan Segera



BATU KURAU: Buku rujukan dan latihan yang mempunyai kesalahan tatabahasa yang serius perlu ditarik semula daripada pasaran dan dibuat pembetulan dengan kadar segera.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, ianya bertujuan untuk menjaga kualiti buku pendidikan di negara ini.
“Langkah yang saya cadangkan sekiranya ia betul berlaku, tarik balik buku-buku itu dari pasaran dan buat pembetulan kemudian edarkan semula.
“Itu cara untuk kita jaga kualiti buku pendidikan kita,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Rumah Terbuka anjuran UMNO Bahagian Larut Matang dan Selama.
Ujar beliau lagi, sekiranya kesilapan tersebut melibatkan tatabahasa, ianya boleh membawa makna yang berbeza dan perlu dibuat pembetulan.
Amin turut berkata, Lembaga Penapisan yang terdiri daripada beberapa pakar perlu terlibat dalam menyediakan buku latihan yang akan digunakan oleh pelajar.
“Sebelum kita edarkan di pasaran, ia mesti melalui Lembaga Penapisan yang terdiri daripada pakar-pakar seperti pakar isi kandungan, pakar bahasa dan juga pakar pendidikan.
“Pihak tersebut perlu memainkan peranan untuk memastikan kesilapan yang berlaku dalam buku latihan yang digunakan pelajar sekolah tidak berulang sekali lagi,” tegasnya.
Terdahulu, laporan Mstar pada Rabu lalu melaporkan terdapat penggunaan tatabahasa yang serius dalam beberapa buku latihan bagi subjek Sains dan Matematik.
Salah satu contoh yang paling ketara dapat ditemukan dalam sebuah buku rujukan Sains bagi kegunaan pelajar Tingkatan Tiga.
Pada bahagian penutup buku tersebut turut dinyatakan bahawa kandungan buku tersebut diambil daripada soalan sebenar daripada kertas ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga 2014 dan telah mendapat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Seorang pengurus syarikat penerbitan, Mohd Sharizan Walat mengesahkan bahawa soalan itu diambil secara terus daripada soalan peperiksaan awal dan pihaknya hanya mengatur semula soalan-soalan tersebut sebelum dicetak.
Katanya lagi, kesilapan tatabahasa tidak seharusnya berlaku kerana soalan yang dicetak merupakan salinan langsung daripada soalan asal dalam kertas ujian 2014.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan berkata, penerbitan swasta tidak terletak di bawah kementerian tersebut.
Katanya lagi, kementeriannya juga tidak memberi lesen kepada penerbitan swasta bagi menerbitkan buku rujukan.
“Kadang-kadang penerbit hanya mengambil sebahagian maklumat daripada kertas peperiksaan tanpa asal tanpa memeriksa dengan teliti,”katanya.
Kamalanathan turut berkata, kementerian tidak dapat membuat pemeriksaan ke atas penerbit swasta dan guru-guru, ibu bapa serta pelajar bebas untuk memilih buku latihan yang mereka mahu gunakan.

Saturday 25 July 2015

Ahli UMNO Perlu Bersatu Hadapi Fitnah





BATU KURAU:  Ahli-ahli UMNO disaran supaya terus bersatu bagi menempuh pelbagai fitnah yang dilontarkan oleh banyak pihak sejak kebelakangan ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamzah Zainuddin  meminta supaya rakyat mampu untuk membezakan di antara baik dan buruk sesuatu berita tersebut.
Ahli UMNO janganlah terikut-ikut begitu juga dengan rakyat yang sepatutnya tahu bezakan mana buruk, mana baik di zaman yang penuh dengan fitnah ini.
Perkara-perkara yang boleh memburukkan Negara senang dilakukan dengan perkara-perkara fitnah terancang,”katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Anjuran UMNO Bahagian Larut Matang dan Selama, tengah hari tadi.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Luar turut berkata, rakyat perlu menyedari bahawa segala tindakan yang di ambil pihak kerajaan adalah demi  kebaikan Negara.
Rakyat perlu tahu bahawa apa sahaja yang kerajaan buat pada hari ini adalah untuk kebaikan bangsa, agama dan Negara yang selama ini hidup dalam keadaan aman dan sejahtera,”ujarnya.
Sementara itu, beliau turut mengulas tindakan penarikan lesen penerbitan akhbar The Edge.
Katanya, tindakan yang dilakukan itu bertujuan untuk menyiasat sama ada maklumat yang disebarkan kepada rakyat hanya untuk memastikan kesahihannya.
Kadang-kadang ada sesetengah yang tak faham bahawa sudah ada orang yang mengakui menerima maklumat daripada pihak yang ditangkap, maka kita mahu siasat bahawa perkara yang mereka siasat itu betul atau salah.
Sebab itu, kita harus menggantungkan dahulu supaya kita dapat mencari kebenaran dan ini adalah satu perkara yang baik supaya mereka dapat mengeluarkan perkara-perkara yang betul sahaja,”katanya. 

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit The Edge dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan bermula Isnin ini.

Friday 24 July 2015

#coupleseat : “Jangan ambil kesempatan jadi jagoan kampung” – DS Zambry



MANJUNG: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menempelak tindakan terburu-buru yang dilakukan oleh parti pembangkang susulan kenyataan yang dikeluarkan pihak tersebut berkaitan isu kerusi berkembar atau ‘couple seat’ disebuah pawagam dekat Seri Iskandar.
Beliau berkata, parti tersebut seharusnya tidak mengambil kesempatan untuk menjadi ‘jaguh kampung’ semata-mata untuk mengaut laba politik daripada rakyat.
Saya ingin menasihatkan kepada rakan-rakan pembangkang supaya tidak cepat melatah dan tidak terlalu pantas untuk mengambil kesempatan politik dengan menghaburkan kata-kata serta cacian terus bagi mengambil laba politik daripada masalah yang wujud dalam masyarakat khususnya yang melibatkan ‘couple seat’ dalam panggung wayang ini,” tegasnya.
Ujarnya, tindakan tersebut tidak menunjukkan sikap seorang ahli politik yang baik kepada masyarakat yang mana kenyataan berkenaan dilihat mampu mengeruhkan lagi keadaan yang berlaku.
Lantaran itulah saya menyatakan dalam isu-isu sensitif yang tertentu, saya telah memberitahu kepada media dan pemberita bahawa saya tidak mahu memberi pandangan sehinggalah saya mendapat fakta-fakta yang sebenarnya.
Sekadar nak jadi jaguh… rasa-rasa boleh mendapat laba ataupun keuntungan politik tanpa memikirkan implikasi buruk yang bakal muncul, ini bukan menggambarkan sebagai seorang ahli politik yang baik,” tambah beliau lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika diminta mengulas berhubung kenyataan yang telah dibuat oleh DAPSY yang menggesa agar larangan terhadap pasangan bukan muhrim untuk menggunakan kerusi berkembar di sebuah pawagam di Seri Iskandar ditarik balik.
Zambry menyatakan bahawa pembangkang seharusnya melakukan semakan sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan khususnya berkaitan dengan isu-isu yang sensitif.
Sepatutnya apabila mereka mendapat berita yang sedemikian, mereka hendaklah pergi terus kepada pihak yang berwajib khususnya Majlis Daerah untuk mendapatkan gambaran sebenarnya, barulah kita anggap sebagai ahli politik yang bertanggungjawab.
Ini tidak, dia rasakan yang boleh memberi kepentingan politik… dia tidak memikirkan implikasi buruk serta kenyataan-kenyataan biadap yang dikeluarkan itu boleh mengguris perasaan umat Islam yang lain,” kata beliau lagi.
Terdahulu, sebuah pawagam di Seri Iskandar, Lotus Five Star Cinemas (LFS) telah mengambil langkah untuk mempamerkan notis larangan terhadap penggunaan kerusi berkembar bagi pasangan bukan mahram yang belum berkahwin.

Pasangan yang menggunakan kerusi berkenaan juga perlu menunjukkan surat nikah untuk berbuat demikian.

Thursday 23 July 2015

Desak Penubuhan Tribunal Antarabangsa Untuk Pembelaan MH17



BATU KURAU: Kerajaan akan tetap mendesak untuk menubuhkan tribunal antarabangsa bagi membawa penjenayah yang bertanggungjawab menembak jatuh kapal terbang Malaysia Airlines (MH17) ke muka pengadilan.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, beliau akan berlepas ke New York pada Isnin depan supaya tuntutan Malaysia berhubung perkara tersebut dapat diterima oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
“Saya akan ke New York pada Isnin ini di atas resolusi yang Malaysia bawa untuk menentukan bahawa tribunal antarabangsa bagi MH17 dapat diterima oleh UNSC.
“Saya yakin bahawa ramai rakyat dunia hari ini mahu melihat sesiapa yang melakukan kesalahan menembak jatuh pesawat malang itu akan dihukum,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Larut Matang dan Selama, di sini, hari ini.
Beliau berkata, mesyuarat tersebut akan bermula pada 29 Julai depan dan beliau yakin bahawa penjenayah yang menembak jatuh pesawat itu akan didakwa.
Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai telah ditembak jatuh di ruang udara Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu dan telah mengorbankan 298 penumpang termasuk anak kapal.
Terdahulu, Duta Rusia di Malaysia, Valery Yermolov berkata, tidak terdapat kes duluan bagi menubuhkan tribunal antarabangsa untuk membawa pihak yang bertanggungjawab menjatuhkan pesawat malang itu ke muka pengadilan.
Malaysia telah membentangkan  draf resolusi kepada UNSC untuk menubuhkan tribunal pengguna serta telah mendapat sokongan daripada beberapa buah Negara termasuklah Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine.
Bagaimanapun, Rusia telah menolak draf tersebut dan kemudiannya mengemukakan draf resolusi alternatif kepada UNSC bagi menghalang penubuhan tribunal yang akan membawa penjenayah yang menembak jatuh MH17 ke muka pengadilan.

Wednesday 22 July 2015

Ambil Peluang Atas Perpecahan Pembangkang : DS Zambry



IPOH: UMNO dan Barisan Nasional (BN)  disaran supaya tidak hanya ‘tunggu dan lihat’ berikutan senario pergolakan ideologi yang meruncing dalam komponen parti pembangkang kini.
Malah komponen parti tersebut seharusnya mengambil peluang tersebut untuk melaksanakan analisa dan  membentuk srategi yang lebih baik  untuk terus memperkukuhkan parti.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pergolakan yang berlaku dalam parti pembangkang kini merupakan senario kemantangan pihak masing-masing.
UMNO dan BN katanya melihat perkembangan ini dengan teliti serta merangka pendekatan dan startegi yang terbaik bagi menghadapi perkembangan politik era ini.
Katanya ada pengumuman pada 14 September ini jadi kita tengok lah..,” katanya mengulas mengenai penubuhan Parti baharu Gerakan Harapan Baharu yang diuar-uar akan menggantikan PAS.
Tambahnya lagi, sejarah perkembangan politik tanah air sentiasa berubah apabila sesebuah pertubuhan parti yang dominan telah pun berada di persada politik tanah air atau dalam landskap politik dalam satu jangka masa yang lama.
Katanya lagi, perpecahan yang berlaku biasanya terjadi disebabkan oleh  serpihan-sepihan komponen yang tidak berpuas hati dan sebulu dengan cara perjalanan parti tersebut.
Ianya pernah berlaku sendiri dalam UMNO, MIC, MCA dan sebagainya dan kumpulan-kumpulan ini akan berhadapan dengan suasana yang mencabar bagi mengharunginya,” katanya.
Beliau berkata demikian sejurus selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pesara-pesara kerajaan peringkat negeri Perak di kediaman Menteri Besar hari ini.
Tambahnya lagi sejarah juga telah membuktikan dengan kewujudan pelbagai badan yang tertubuh daripada pelbagai parti dan akhirnya terkubur dan  tidak dapat tampil sebagai parti sebenar.

Kita tidak boleh hanya melihat tanpa melakukan sebarang analisa berhubung situasi berkenaan,” katanya.

Tuesday 21 July 2015

Pondok Usang Bakal Di Ganti Rumah Baru




Hasil maklumat yg diperolehi dari Pengerusi dan JKKK Kpg Perak Yb Dato Dr Hj Muhamad Amin Hj Zakaria ADUN Bt Kurau telah turun padang menjengok En Ahmad bin Amin serta menghulur bantuan sementara, berupa wang tunai dan barangan keperluan makanan kpd beliau. Hasil usaha JKKK Kpg jg, serta perbincgan yg telah dibuat bersama yb dato, sebuah rumah baru akan dibina utk beliau agar beliau dpt mnjalani kehidupan yg lebih selesa. Tahniah kepada pengerusi dan JKKK kpg Perak atas keperihatinan kes sebegini

Monday 20 July 2015

Sambutan Aidilfitri Parlimen Larut dan ADUN Bt Kurau














Kemeriahan sambutan aidilfitri Parlimen Larut dan ADUN Bt Kurau pada hr ini 25 Jul 15 . Yb Dato Hamzah Zainuddin Tim Menteri Luar dan Ahli Parlimen Larut, Dato Dr Hj Muhamad Amin exco Perak ADUN Bt Kurau Ktua UMNO bahagan Tn Hj Faizul Arbi, Pegawai Derah, Ketua wanita serta AJK Bahagian..ketua pemuda/putri serta AJK, ketua ketua kpg div div jemputan turut hadir brrsama menjaya srta memeriahkn majlis.

Sunday 19 July 2015

Pemimpin Sentiasa Di Hati Rakyat











Aktiviti dan aturcara Yb Dato Dr Hj Muhamad Amin bin Hj Zakaria ADUN Bt Kurau dan Exco Perak ketika berada di kawasan sepanjang hari ini pada 24 Jul 2015
1: Awal pg Yb Dato Muhamad Amin bin Hj Zakaria berada di Pej DUN Bt Kurau utk berjumpa dg penduduk setempat.
2. Yb Dato Menyampaikn sumbgan keewangan kepada cikgu Ismail iaitu ketua kumpulan Band Boy Kpg Repoh.
3. Yb Dato menunaikn solat jumaat di Masjid Titi Kasai tghari td
4. Sebelah petang Yb dato ADUN Menziarahi dan menyampaikn sumbgan kotak YBU dan keewangan kepada En Ahmad bin amin@yusof d kpg toh paduka kpg perak yg kehidupannya amat daif
5. Meneruskan program diSebelah petang Yb Dato bersama KUB Tn Hj Faizol serta rombongan memeriahkan sambutan hari raya di Kpg Perak bersama ketua kampung Jkkk dan penduduk setempat

Saturday 18 July 2015

Teruskan Melanggan Akhbar Buletin Batu Kurau




Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan semua pihak terutama YB Dato Dr Muhammad Amin Zakaria Adun Batu Kurau, juga Exco Negeri Perak, Jabatan Pertanian Batu Kurau terutama Encik Halim, ayahda bonda, saudara mara, jiran tetangga, rakan2 dan semua kenalan FB secara langsung atau tidak. Sesuatu yg terbaik dikongsikan bersama. Sesuatu yg hebat dimanafaatkan bersama.

Friday 17 July 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin



Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin dari Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak,

Thursday 16 July 2015

Iftar dan terawikh bersama Yang Mulia Imam Masjidil Haram, Makkah




















Iftar dan terawikh bersama Yang Mulia Imam Masjidil Haram, Makkah dan Guru Al-Quran, Syeikh Osama bin Mohamad Iqbal beserta jemaah di Masjid Al-Kurauwi, Batu Kurau pada 7hb. Julai, 2015. Terima kasih kpd YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir yg telah membawa Syeikh Osama ini ke Negeri Perak utk di 'dikongsikan' ajaran dan bimbingannya kpd umat Islam di sini. Terima kasih juga kerana mengizinkan untuk saya membawa Syeikh Osama ke Batu Kurau. Kenangan ini akan terus kekal di dalam ingatan warga Batu Kurau sekaliannya.

Wednesday 15 July 2015

Henti Sebar Fitnah, Istiqamah Dalam Ibadat – Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak orang ramai untuk berhenti daripada menyebarkan fitnah, terutamanya di bulan Ramadhan dan terus beristiqamah dalam melakukan ibadat.
“Di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita semua berhenti menyebarkan fitnah dan kebencian serta terus beristiqamah melakukan amal ibadat pada sepuluh malam terakhir.
“Mohonlah agar dosa kita diampunkan dan bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan keberkatan malam istimewa ini kerana ia mungkin malam Lailatul Qadar kita yang terakhir,” katanya menerusi catatan terbaharu di blognya, najibrazak.com.
Ujarnya lagi, malam Lailatul Qadar adalah malam yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam kerana ianya merupakan malam yang penuh rahmat dan mempunyai nikmat besar daripada Allah SWT.
“Pada malam tersebut, kita dijanjikan ganjaran pahala ibadat yang berlipat ganda seperti yang digambarkan dalam maksud firman Allah dalam Surah Al-Qadr, ‘Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan,”tulisnya.
Beliau turut menegaskan bahawa seluruh umat Islam perlu melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana diberikan nikmat untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Tuesday 14 July 2015

Majlis belajar bacaan Al Fatihah



Majlis belajar bacaan Al Fatihah secara terus dengan Imam Masjidil Haram, Syeikh Osama Muhammad Iqbal (juga guru Quran di Mekah) di Masjid Al Kurawi, Batu Kurau. Kelihatan sama Adun Batu Kurau, Dato Dr Muhammad Amin Zakaria.

Monday 13 July 2015

Alhamdullilah Selesai Solat Berjemaah Bersama Imam Masjidilharan Mekah








Tuan sheikh Osama Muhamad Iqbal imam masjidilharam mekah bersama Yb Dato Hj Muhammad Amin Zakaria, serta jemaah masjid Alkurawi Batu Kurau berjemaah malam tadi di masjid tersebut untuk solat isyak dan tarawikh.