Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Thursday 9 July 2015

Raja Permaisuri Agong Sampai Sumbangan Aidilfitri



BAGAN SERAI: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan untuk menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan yang memerlukan termasuk anak-anak yatim di sekitar Daerah Kerian.
Sumbangan berkenaan yang merupakan anjuran Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) telah berlangsung di Dewan Komuniti Bagan Serai, di sini.
Menurut Anggota Lembaga Pengarah YAYSH Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim, lebih 300 anak-anak yatim telah menerima sumbangan yang telah disampaikan pada hari ini.
Beliau berkata, sumbangan berkenaan turut diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik antaranya ibu tunggal, warga emas, fakir miskin serta Orang Kurang Upaya (OKU).
PERAK TODAY 3
Ujar Norazam, pihaknya mensasarkan untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim yang telah disenaraikan oleh Pejabat Daerah di kawasan berkenaan.
“Mereka yang dipilih kali ini adalah anak-anak yatim tumpang iaitu mereka yang tidak tinggal di rumah anak-anak yatim tetapi menumpang atau tinggal di rumah bapa saudara, nenek atau sebagainya.
“Kita menfokuskan golongan tersebut kerana kita tahu banyak pihak lain telah membantu Rumah Anak-anak Yatim tetapi bagi golongan ini kurang mendapat perhatian,” katanya.
PERAK TODAY 2
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan berkenaan di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, program Yayasan berkenaan pada kali ini menumpukan kepada persiapan untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
“Kalau musim cuti sekolah, kita membantu daripada segi kelengkapan persekolahan, manakala pada kali ini kita memfokuskan untuk perayaan antaranya pemberian baju Melayu, kuih raya, dan beberapa barangan lain selain daripada duit raya,” jelas beliau lagi.
Sementara itu, beliau berkata, banyak penambahan telah berlaku selama empat tahun penganjuran program berkenaan.
“Setiap tahun, jumlah penerima akan bertambah dan kita lihat berlaku peningkatan,” kata beliau lagi.

No comments:

Post a Comment