Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Friday 24 July 2015

#coupleseat : “Jangan ambil kesempatan jadi jagoan kampung” – DS Zambry



MANJUNG: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menempelak tindakan terburu-buru yang dilakukan oleh parti pembangkang susulan kenyataan yang dikeluarkan pihak tersebut berkaitan isu kerusi berkembar atau ‘couple seat’ disebuah pawagam dekat Seri Iskandar.
Beliau berkata, parti tersebut seharusnya tidak mengambil kesempatan untuk menjadi ‘jaguh kampung’ semata-mata untuk mengaut laba politik daripada rakyat.
Saya ingin menasihatkan kepada rakan-rakan pembangkang supaya tidak cepat melatah dan tidak terlalu pantas untuk mengambil kesempatan politik dengan menghaburkan kata-kata serta cacian terus bagi mengambil laba politik daripada masalah yang wujud dalam masyarakat khususnya yang melibatkan ‘couple seat’ dalam panggung wayang ini,” tegasnya.
Ujarnya, tindakan tersebut tidak menunjukkan sikap seorang ahli politik yang baik kepada masyarakat yang mana kenyataan berkenaan dilihat mampu mengeruhkan lagi keadaan yang berlaku.
Lantaran itulah saya menyatakan dalam isu-isu sensitif yang tertentu, saya telah memberitahu kepada media dan pemberita bahawa saya tidak mahu memberi pandangan sehinggalah saya mendapat fakta-fakta yang sebenarnya.
Sekadar nak jadi jaguh… rasa-rasa boleh mendapat laba ataupun keuntungan politik tanpa memikirkan implikasi buruk yang bakal muncul, ini bukan menggambarkan sebagai seorang ahli politik yang baik,” tambah beliau lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika diminta mengulas berhubung kenyataan yang telah dibuat oleh DAPSY yang menggesa agar larangan terhadap pasangan bukan muhrim untuk menggunakan kerusi berkembar di sebuah pawagam di Seri Iskandar ditarik balik.
Zambry menyatakan bahawa pembangkang seharusnya melakukan semakan sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan khususnya berkaitan dengan isu-isu yang sensitif.
Sepatutnya apabila mereka mendapat berita yang sedemikian, mereka hendaklah pergi terus kepada pihak yang berwajib khususnya Majlis Daerah untuk mendapatkan gambaran sebenarnya, barulah kita anggap sebagai ahli politik yang bertanggungjawab.
Ini tidak, dia rasakan yang boleh memberi kepentingan politik… dia tidak memikirkan implikasi buruk serta kenyataan-kenyataan biadap yang dikeluarkan itu boleh mengguris perasaan umat Islam yang lain,” kata beliau lagi.
Terdahulu, sebuah pawagam di Seri Iskandar, Lotus Five Star Cinemas (LFS) telah mengambil langkah untuk mempamerkan notis larangan terhadap penggunaan kerusi berkembar bagi pasangan bukan mahram yang belum berkahwin.

Pasangan yang menggunakan kerusi berkenaan juga perlu menunjukkan surat nikah untuk berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment