Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Monday 6 July 2015

UMNO Perak Sokong Najib Ambil Tindakan Undang-Undang

Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang bermesyuarat pada Ahad, menyokong pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang membuat fitnah terhadapnya.
Ketua Penerangannya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan berkata, UMNO Perak memandang serius perkembangan mutakhir yang bersifat serangan bertali arus kepada kepimpinam parti dan negara.
Sehubungan itu, katanya, Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berpendirian, sudah sampai masanya tindakan perundangan diambil terhadap pihak pihak terbabit yang terus menerus menyebar laporan yang mengelirukan dan berniat jahat.
Menurutnya, badan itu berpendapat, segala tuduhan dan laporan yang diterbitkan perlu disiasat secara terperinci dan telus bagi menjamin kewibawaan dan integriti kepimpinan kerajaan serta parti.
Katanya, ini sesuai dengan pendirian Perdana Menteri yang mendukung tinggi ketelusan siasatan pasukan khas yang melibatkan Bank Negara , SPRM, PDRM di bawah seliaan Peguam Negara yang diharap dapat merungkai permasalahan dan menjernihkan suasana.
Beliau berkata, Badan Perhubungan UMNO turut mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk membuat pemantauan laporan dan pengaliran maklumat yang bersifat serangan-serangan peribadi dan berunsur sabotaj dilaman–laman media sosial yang boleh mencetuskan keresahan rakyat.
Menurut beliau, mesyuarat turut melahirkan harapan agar semua pihak bertenang dan memberikan ruang kepada proses siasatan berjalan dan tidak terburu-buru untuk menjatuhkan hukuman.

No comments:

Post a Comment