BATU
KURAU: Hanya pondok usang yang berdindingkan zink-zink dan
perkakas terbuang menjadi tempat tinggal bagi seorang warga emas
untuk berlindung daripada hujan dan panas.
Begitulah
nasib yang terpaksa ditanggung oleh Ahmad Amain 59, dari Kampung
Perak, di sini yang telah menghuni pondok tersebut sejak 10 tahun
yang lalu.
Ahmad
yang hidup sebatang kara itu telah tinggal di pondok usang
tersebut tanpa bekalan eletrik dan juga bekalan air.
Kata
Ahmad lagi, zink dan peralatan terbuang itu dikutip dari tempat
pembuangan sampah.
“Saya
tinggal di sini seorang diri. Tidak pernah berkahwin. Saya membina
pondok ini kerana tidak mahu menyusahkan ibu saudara yang telah
menjaga saya sejak kecil.
“Ibu
dan bapa saya telah bercerai selepas saya dilahirkan dan saya hidup
berdikari sendiri selama ini,” katanya ketika ditemui.
Katanya,
tapak tempat beliau mendirikan pondok berkenaan merupakan kebun sawit
milik ibu saudaranya.
“Alhamdulillah,
saya bersyukur masih diberi ruang untuk saya berteduh.
“Kalau
hujan, saya terpaksa menadah besen bagi mengelakkan pondok diimasuki
air hujan,” ceritanya.
Ujarnya,
beliau hanya menyalakan pelita tanah di waktu malam untuk menerangi
pondok usang tersebut dan menggunakan air dari anak sungai yang
berhampiran dengan rumahnya untuk kegunaan seharian.
Bagi
menampung kehidupan sehariannya, Ahmad berkata, beliau melakukan
pelbagai kerja kampung yang mampu dilakukan olehnya.
“Saya
tidak pernah minta mana-mana bantuan sebelum ini. Saya hanya
melakukan pelbagai kerja kampung untuk menampung kehidupan seharian,”
jelasnya.
Sementara
itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Dr Amin
Zakaria yang turut mengunjungi Ahmad berkata, beliau akan cuba
memberi bantuan bagi memastikan kehidupan Ahmad lebih selesa.
Amin
berkata, kunjungan beliau tersebut bukanlah satu kunjungan yang
biasa, sebaliknya untuk menyelami penderitaan yang dihadapi oleh
Ahmad dan membantunya untuk memperolehi kehidupan yang lebih
terjamin.
Katanya
lagi, Ahmad juga merupakan salah seorang yang masih berada dalam
senarai menunggu untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa.
“Sebelum
ini, pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) melalui program
e-kasih telah datang membuat temuduga, dan besar kemungkinan kita
akan dapat membina rumah baru untuk Ahmad dalam menjalani kehidupan
yang lebih selesa,”katanya.
Orang
ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan
menghubungi atau berkunjung ke Pusat Khidmat ADUN Batu Kurau di Jalan
Pekan Batu Kurau, Perak.
No comments:
Post a Comment