Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Friday 10 July 2015

Ahli UMNO Jangan Terpengaruh Dan Teruskan Fokus Perjuangan Parti:- Tengku Adnan Tengku Mansur



Ahli UMNO diminta terus fokus memperjuangkan parti tatkala kepimpinan parti menerima serangan bertali arus.
Nasihat Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansur lagi, sewajaranya mereka jangan terpengaruh dengan cerita-cerita yang disebarkan.
“Saya terpanggil untuk meminta semua ahli-ahli UMNO, dari kepimpinan atas hinggalah ahli-ahli di akar umbi agar mengambil sikap bertenang dan berfikir secara rasional berhubung pelbagai isu yang berlaku di sekeliling kita sejak kebelakangan khususnya serangan bertali arus terhadap Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri DiRaja Najib Tun Razak.
” Dalam masa yang sama, saya menyeru semua ahli UMNO untuk meneruskan fokus perjuangan parti selaras dengan gerak kerja yang telah diatur,” Tengku Adnan dalam satu kenyataannya semalam.
Disamping memberi sokongan padu kepada presiden parti, adalah penting Datuk Seri DiRaja Najib untuk mendapatkan ruang agar beliau mampu mencari tindakan yang bernas demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
“Kita perlu sedar bahawa dalam keadaan kita hari ini tentunya kita perlu terus waspada dan tidak alpa kerana pihak lain khususnya pembangkang sentiasa mencari ruang dan peluang bagi merobohkan perpaduan dan kesatuan yang menjadi benteng kita selama ini.
“Usahlah kita terpengaruh dengan pelbagai manipulasi dan provokasi yang dilontarkan oleh mereka malah sikap mereka yang kononnya gemar menangguk di air keruh juga perlu kita awasi,” demikian penegasan yang diberikan.
Justeru, Tengku Adnan terus mengharapkan agar ahli UMNO terutamannya berpegang teguh kepada perjuangan parti dan memastikan demokrasi terus subur.
Sejak kebelakangan ini, Datuk Seri DiRaja Najib menerima pelbagai serangan yang dilihat cuba mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai pemimpin.
Terbaharu, dakwaan yang dilemparkan media antarabangsa ke atas beliau melibatkan kemasukkan wang bernilai RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi beliau iaitu didakwannya ada dikaitkan dengan wang 1MDB.

No comments:

Post a Comment