Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Wednesday 8 July 2015

Golongan Miskin Bandar Terima Sumbangan Makanan



IPOH: Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dengan kerjasama UMNO Ipoh Barat, Ipoh Timur dan bahagian Gopeng mengagihkan 200 kotak makanan kepada golongan yang dikategorikan sebagai miskin bandar sekitar Bandaraya Ipoh hari ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Encik Hairul Anwar Mohamed Noor, sebanyak 200 kotak diagihkan melibatkan 100 kotak bagi peneirma di flat  Ashby Road,
PERAKTODAY (4)
“Miskin bandar kebanyakannya lebih miskin daripada miskin luar bandar contohnya mereka yang bekerja dalam bandaraya ini sebagai pegawai am rendah dengan gaji RM1500 sahaja dan tanggungan yang ramai,” katanya,
Jelasnya lagi agihan 200 kotak makanan tersebut melibatkan 100 kotak  buat penerima di  flat Ashby Road, 50 kotak di flat Conolly Pasir Putih dan 50 kotak buat penerima di Kampung Sri Kinta.
Ujarnya lagi, tujuan agihan sumbangan kali ini bagi meraikan dan menceriakan golongan tersebut bagi menyediakan persiapan menjelang syawal yang mendatang.
PERAKTODAY3 (3)
“Ini adalah contoh yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri iaitu tidak meninggalkan mereka yang memerlukan serta sokongan yang diberikan oleh kepimpinan masyarakat yang hadir bagi mendengar keluh kesah dan bertanya khabar golongan ini,” katanya lagi.
Pihak YBUDR juga sedang giat mengesan dan mendapatkan jumlah sebenar miskin bandar dalam kawasan bandaraya Ipoh bagi diserahkan kepada pihak kerajaan untuk bentuk bantuan disalurkan kelak.
“Miskin bandar ini statistiknya berubah dari semasa ke semasa dan mereka segelintirnya datang daripada luar bandar dan bekerja di kawasan bandar,”katanya.
PERAKTODAY2 (6)
Tegasnya lagi, kerjasama dengan pemimpin setempat diperlukan bagi mengatasi masalah tersebut dengan bentuk bantuan yang diperlukan.
“Bantuan diberikan mengikut keperluan seperti kotak bantuan, pinjaman mikro kredit dan memantau kehidupan mereka seharian dengan mengenal pasti ahli keluarga.
“Jika mereka berminat untuk berniaga bantuan pinjaman boleh diberikan,” katanya.
Statistik jumlah miskin bandar tersebut dijangka diperolehi penghujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment